Krukk krukk krukk..

Actually abah telah kekeringan idea untuk menulis. Dan sebenarnya banyak benda yang berlaku pada minggu lepas tetapi bak kata Naju ” Bukan tak boleh update, memang malas tahap kura-kura ” Hahaha okeyla abah try mengimbas kembali rentetan peristiwa yang tidak terupdate itu.

ni Farid -  dah berpunya...

2/06/2005 Birthday Payid aka Farid
Aaaaa masa tu feeling2 hepi birthday kat Farid. Farid banjer makan kat Pecah Periuk, Puchong. Ramai gak yang datang. Bika pon ader. Si bika ni bawak kroni. Lini ngan Kak Ida. Seperti biasa abah dan Epan join sekali… makan free la katakan. Pastu si Farid nih bawak la jugak bos Mc Donald tempat dier kerja ituh sekali ngan mat2 rempit Mc Donald. Yang failnyer seme makan sotong kangkung. Ida ngan Farid maintain makan nasik goreng hayam rasanyer. Thanx Farid!

 
Selamat pengantin baru!

4/06/2005 Orang kawen
Pergi ke umah kawen. Saper kawen? Akak Epan aka Winterwish .Sungguh meriah, pengantin sama cantik sama padan, makanan besh ( sebab makan free ) yang tak tahan tuh , disertakan DJ dan karaoke box untuk sesaper yang nak feeling2 Akademi Fantasia dan Malaysian Idol. Abah – bergegas menyorok disebalik rimbunan semak kerana dikerah oleh ayah Epan untuk menyanyi. Terima kasih Sakib’s Family kerana menjemput! :)

 

12/06/2005 Akak Farid banjer
Yang ni giliran akak Farid plak yang banjer. Bukan sambut birthday ke aper but tuntut janji yang tak tertunai 2 tahun lepas. Akak Farid nih namernyer kak Chaq. Kak Chaq janji nak gi banjer Char kue Teow ( Camaner eja ntah ) yang besh kat Puchong. So, makan la. Disangkakan dah habeh dah aktiviti malam tuh. Tak cukup ngan Char kue Teow, digegasnyer pulak ke kedai mapley ABC Puchong yang Hi-tec lagi nalerk. Kat situh ada Shisha. Dalam pikiran dah target tempat nih bakal menjadik port baru untuk melepak. Yeahh dah jumper shisha! Epan, adam, chort, dan sesaper nak ikut, JOMMMMMM!!!!! kiter berasapkan satu taman Puchong. Aper2 pon Thanx Kak Chaq!

Minggu ni :
Sheikh aka bos tempat intern nih balik kampung ke Terengganu. Sebelum dier balik abah ngan aban diberi kerja untuk menyiapkan poster untuk Muzium Negara. Terasa malasla jugak nak buat sebab dah lamer tak bikin itu poster. Hari nih Astro yang dipotong 2,3 hari lepas telah pon kembali menghidupkan umah abah , Apartment vista pinggiran itu.

Muzium Negara
 

Tapi kalau dipikir – pikirkan balik, tak ler bosan idup abah sebenarnyer. Ramai jer yang nak banjer :) Alhamdulillah… tee hee heee.

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

Comments are closed.