
Semalam satu ofis dikerah untuk mengemas ofis yang setelah sekian lamer kelihatan seperti ofis yang bankrupt. Kerja – kerja gotong royong dimulakan pada pukul 8:00 malam. Almari yang di belakang di bawa ke depan, yang di depan di bawa ke belakang. Pendek kata, rombakan perabot ofis dilakukan dengan sungguh rakus dan ganas.
Melihat semangat pekerja – pekerja yang hampir hilang semangat dan penat pada malam semalam, Sheikh mengambil keputusan untuk menaikkan semangat pekerja – pekerjanya dengan membelanja officemates nyer 2 kotak pizza, 4 mushroom soup, 2 garlic bread, dan 2 botol pepsi. Saper yang menjadi mangsa dan bertanggungjawab untuk membuat pesanan? Tidak lain dan tidak bukan – Abah.

Berdasarkan pengalaman yang tinggi dalam bab – bab mengambil order makanan abah pon menelefon encik pizza hut. Pizza sampai dalam pukul 12:00 tengah malam. Sesi makan – makan diraikan dengan semangat baru dan kelahapan tahap yoda. Mana taknya, abah dan aban tidak balik ke rumah sebelum mengemas office bahkan stay back sehinggalah kerja – kerja mengemas office Nuevo Design selesai.
Balik ke Sri Kembangan pada pukul 2:00 pagi. Keletihan , kekejangan, dan kengantukan.

Datanglah ke Nuevo Design untuk melihat sendiri perubahan yang dibuat. Sila – sila… tee hee heee…. ![]()
Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
Comments are closed.