Ada apa dengan Julai?
Ada apa dengan Julai yerk? Sedar tak sedar dah bulan tujuh dah kita sekarang dalam tahun 2005. Begitu juga dengan kehidupan abah sekarang di Nuevo Design. Tup tup dah berlalu lapan minggu abah menjalankan internship di sini. Tinggal 6 minggu lagi abah akan kembali menjadi pelajar MMU. Mulai entry ini abah akan kerap membuat entry disamping duduk mengira countdown untuk berakhirnya internship program atau nama normalnya practical.
Abah ingat lagi, dua tiga bulan lepas ramai yang tidak sabar – sabar untuk menunggunya program nih. Ada yang sudah awal – awal lagi membeli baju baru untuk bersedia untuk menempuh hidup sebagai seorang yang bercarier. Walaupun tempohnya hanya tiga bulan tetapi atleast bolehlah kami merasai bagaimananya yang dikatakan the ” real world ”
Ada yang mengambil keputusan untuk berehat dahulu selama sebulan dua dan baru mencari syarikat, dan ada juga yang tidak mahu menunggu dan terus mencari syarikat dan merebut peluang untuk bekerja. Abah juga tidak terlepas dari ingin merasai experience yang dilalui oleh para senior.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Semangat yang membara di awal pagi semakin suram bak mentari yang melambai pulang di petang hari. Untunglah pada mereka yang tidak perlu bersusah payah untuk stayback di office, menerima kutukan tidak membina, dan dekat dari tempat office. Rata – rata yang menerima pengalaman bekerja amatlah berbeza. Ada yang sampai berhari – hari dibelenggu dengan tensi, waktu kerja yang ketat, etika pakaian yang formal, jauh dari tempat kerja, dan paling malangnya, walau pun bekerja siang siang dan malam, efforts yang tinggi, akhirnya dibalas dengan kritikan membunuh, dan gaji yang tidak setimpal. Kami tahu, tujuan kami yang sebenar adalah untuk mencari pengalaman untuk di bawa ke masa depan tetapi sekurang – kurangnya apa yang kami mahu adalah sedikit ” motivasi ” untuk kami menempuh hari – hari di dunia bekerja ini. Rasanya kami memberi lebih 100% usaha untuk menolong syarikat untuk maju ke depan. Apakan daya di mata mereka, kami hanyalah pelajar – pelajar dari MMU yang kurang pengalamannya dan masih dianggap “baru” untuk menerima dunia pekerjaan.
Bukankah tujuan sebenar program internship ini adalah untuk menimba pengalaman? Jadi, guide us to be more what that ya’ll expect. Semuanya kena perfect. Dari A sampailah ke Z. Kerja – kerja kena detail. Kalau boleh sampai mata tersembul keluar. Yeah. it’s remind me of the work with Che Mat.
Mungkin bukan abah seorang sahaja yang merasai betapa tak bestnya bekerja dan menghitung hari bilakah berakhirnya program yang disangkakan indah. Masa ini sudah ramai yang merancang jadual untuk pergi melancong. Menghindarkan diri dari kesesakan, kesibukan bandar. Pada masa ini, hutan – hutan konkrit tidak lagi menjadi kebanggaan warga MMU. Terasa la pula nak mandi di pantai, air terjun, pastu nak pula makan seafood and just wanna have fun kat unggun api. Sing and just sing…
Ada juga yang iri hari melihat adik – adik MMU yang baru masuk dan bergegas dan melenggang ke kelas. Kami? hanya menjejakkan kaki ke MMU ( untuk meng settlekan borang internship ) dan mengerling seketika situasi yang bebas itu. Tidak akan ada lagi yang merungut bahawa assignment harus disiapkan dalam masa seminggu. Tidak ada lagi alasan untuk tidak datang ke kelas pada pukul 9:00 pagi. Malah berterima kasih kepada lecturers. Cukuplah abah tempuhi dunia yang horror di luar sana tuh. Masih terasa belum bersedia lagi untuk abah bergelar designer. Motivasi diri tersangat la rendah buat masa sekarang dan apa yang abah dapat harapkan is to be me. Cranky and not perfect.

Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
Comments are closed.