
” Aku keliru. Tersangat keliru. Haruskah selama nih aku harus akur pada diriku? Prinsipku? atau orang lain? Orang lain yang sangat menyayangi aku. Tapi aku tidak mahu menjadi seseorang yang selama ini dianggap ” baik” Aku hipokrit. Aku bukan diri aku selama ini. Dan sekarang aku menerima padah atas apa yang aku lakukan. Mereka itu mahu aku jadi seorang yang mengikut jejari telunjuk mereka.
Hakikatnya aku bukan seperti itu. Aku bertindak apabila mahu dan tidak juga jika mahu. Aku adalah aku! Kenapa hidup ini terasa tidak bebas? Aku mahu jadi aku. Aku yang berfikir sendiri, berdiri sendiri, membawa diri sendiri.
Ah, kadang – kala semua yang bermain difikiranku ini aku lupakan dengan mencari kegembiraan dalam hidup dan sebenarnya aku bingung. Terasa aku mahu menjauhkan diri dengan mereka. Adakah ini normal? Membuat seperti yang disuruh. Supaya puas di mata dan hati mereka. Aku tahu siapa aku. Tetapi tidakkah sudah sampai masanya aku bangun dengan diri sendiri? Adakah 21 tahun dapat mengukur diri aku untuk berdiri sendiri? Ishkk…bingungnya!!!! ”
Tu lakan…Tak semua orang tahu apa yang bermain di fikiran kita nih. Luar nampak gembira. Tapi rupa – rupanya banyak masalah di dalam. Itu adalah rintihan hati abah. Apa yang abah fikirkan. I try my best to handle this problem. Kuatkan semangat dan senyum.
Semalam abah terfikir untuk menutup blog ini selama – lamanya. Abah rasa abah sudah tidak mampu lagi menulis kerana kekeringan idea. Semua benda yang abah mahu ceritakan, sudah diceritakan. Penubuhan blog ini sejak 3 tahun lepas banyak memberi abah pengajaran dalam mencari erti sebenar hidup seorang pelajar di MMU. Pahit dan manis abah telah pon kongsikan bersama. Tidak kira pembaca baru mahupon yang lama. Terima kasih abah ucapkan kepada mereka yang selama ini memberi tunjuk ajar kepada abah. Memperbetulkan apa yang salah, menerima kelemahan abah dalam menulis entry demi entry. Tidak kurang juga yang memberi semangat untuk abah teruskan usaha abah dalam mengekspresikan apa yang terbuku dalam hati.
Semakin abah mahu menutup blog ini , semakin ramai pula yang mahu meng “add” blog abah yang merapu nih. Dan semakin bersalah juga abah mahu menutup blog nih. Pernah abah terfikir
” Ader ker orang yang baca blog aku? ”
” Ader ker orang yang sanggup menerima penulisan aku yang hancur nih?”
” Ader ker orang yang boleh tahan membaca apa yang bermain difikiranku nih?”
” Dan yang paling penting, ader orang kenal ke blog aku? Meluangkan sedikit masa lapang mereka menjenguk seketika blog aku? ”
Tapi nasihat dari member petang semalam untuk meluahkan saja apa yang terbuku di hati adalah sesuatu benda yang personel.

” Jangan bimbang untuk meluahkan apa yang dirasa. Teruskan saja kerana masih ada yang membaca, mem ” book” mark site, serta tidak miss untuk membaca blog kau”
Terharu apabila mendengar pengakuan ikhlasnya. Sekali lagi abah berfikir dua kali apabila mendengar pengakuan itu. Mungkin selama nih abah tidak sedar siapa yang telah membaca blog abah. Tetapi sekarang abah sedar bahawa penulisan di dalam blog bukan saja meng ” copy – paste” maklumat di dalam internet, tetapi juga berkongsi pendapat dan luahan yang datang dalam diri sendiri.
Insyallah, abah mampu lagi menulis dan menulis. Mungkin kemerapuan abah dalam menulis ini dipandang menarik oleh sebilangan pihak. Dan mungkin juga kerana itu, pembaca blog sekalian mahu lagi menerima abah.
Terima kasih abah ucapkan…
Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
Comments are closed.