1991 – Masa tu abah darjah satu. Zaman tuh dunia kekanakan abah digemparkan dengan console game Microgenius dan Sega yang membawa dunia kebosanan kanak – kanak menjadi best. Masa tuh abah juga tidak ketinggalan untuk merasa teknologi baru tersebut. Siang malam abah bemain game. Kadang – kadang yang kelakarnya, sampaikan abah berpura – pura “sakit” untuk tidak datang ke sekolah semata – mata untuk menghabiskan level di dalam sesuatu game. Sungguh dasyat penangan bermain game nih.
Sewaktu abah memasuki darjah 4 dan 5, sekali lagi console terbaru dari nintendo menarik perhatian abah untuk memilikinya. Ayah abah berjanji untuk membelikan abah console baru jika abah menaikkan prestasi dalam pembelajaran. Abah usaha dan usaha. Akhirnya abah dapat aper yang abah mahukan. Console super nintendo yang di bawa termimpi – mimpi pada malam hari. Mimpi yang menjadi realiti. Abah ingat lagi game Donkey Kong yang berharga RM 300 lebih menjadi simpanan abah hingga ke hari ini. Game itu adalah pemberian hari jadi abah pada masa itu. Abah gembira dengan hidup abah.
Darjah 6 – Peperiksaan pertama abah. UPSR. Abah membahagikan masa. Kelihatan seperti abah pandai membahagikan masa. Tetapi hakikatnya abah tetap abah. Bermain game 70% dan study 30%. Abah asyik dan asyik. Walaubagaimana pon, keputusan abah tetap maintain kecuali Math. Hehehe biasa ler. Math abah bengong sket. Tapi taper. Abah puas. Abah tidak mengimpikan untuk masuk ke sekolah asrama seperti MRSM kerana abah happy duduk di rumah dengan game – game abah. Game dan abah tidak dapat dipisahkan lagi. Abah melangkah ke alam baru. Alam remaja. Tingkatan 1.
Masa tingkatan 1, game – game direvolusikan lagi dengan console terbaru iaitu Sony Playstation. Warghh..bersinar – sinar mata abah apabila melihat game – game yang ditawarkan masa itu. Lagi hebat. Lagi canggih…dan lagi errr.. mahal! Masa itu abah mempunyai semangat baru. Dunia peng”game”an abah tinggalkan seketika. Menyibukkan diri dengan kerja – kerja sekolah kelab dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas dan ketua tingkatan. Masa tuh jangan cakap la. Abah rasa abah adalah salah seorang orang dan pengawas yang paling POYO di dunia. Masa tuh abah tidak peduli. Target abah adalah PMR. Harus cemerlang. abah mesti cemerlang.
3 tahun berlalu, begitu juga dengan PMR. Syukurlah dengan apa yang abah dapat. Setimpal dengan apa yang abah usahakan selama ini. Ayah abah mahu kami sekeluarga bercuti ke Kuala Lumpur. Abah gembira. Walaupon bukannya di luar negara, tetapi tempat seperti Kuala Lumpur memang dianggap menarik oleh abah. Tempat yang selalu dilihat di dalam TV. Tempat abah mahu melanjutkan pelajaran. Abah nak tinggal di KL. Itu impian abah pada masa tuh. Chow Kit road dan shopping2 complex menjadi tempat kami sekeluarga bergembira. Hinggalah pada suatu hari itu. Terpampang promosi console game Playstation yang menjunam harganya. Tangan abah terasa gatal lagi untuk memegang console game. Sudah lama abah inginkan. Abah memujuk ayah abah untuk membelikannya. Memandangkan harganya sudah teramatlah jatuh, ayah abah bersetuju untuk membelikannaya. Nah, console Playstation menjadi milik abah. Abah gembira. Tersangat gembira. Hari – hari abah bermain game. Abah kembali kepada normal. 70% bermain game dan 30% study. Huhuhu….
Tingkatan 4 dan 5, teramatlah sukar buat abah. Banyak benda harus diingat. Presure semakin tinggi kerana abah adalah anak sulung. Harus menunjukkan contoh yang baik kepada adik – adik lain. Abah selalu diselubungi dengan tekanan. Tiada siapa yang tahu abah selalu sahaja dilanda sakit kepala akibat tekanan. Abah lepaskan tekanan dengan bermain game. Semakin banyak game yang abah main, semakin bosan abah terasa kerana tekanan pada masa itu. Abah menjadi seorang yang pemarah. Abah tak sabar nak jawab kertas peperiksaan SPM kerana abah tidak sanggup lagi menghafal nota – nota yang bertimbun – timbun. Abah bukanlah seorang yang membahagikan masa. Hidup abah memang tidak terurus. Abah nak lulus cepat dan keluar dari kepompong yang abah duduk selama ni. Mungkin jiwa remaja memang memberontak. Abah mahukan kebebasan.
Dan sekarang, abah gembira, Kadang – kadang terasa sunyi. Tapi abah senang sekarang. Alhamdulillah, abah di University. Walaupon bukan di tengah bandaraya Kuala Lumpur, itu sudah memadai. Abah sangat gembira. Kini, console – console baru seperti Playstation 2 dan x – box menjadi kegilaan anak remaja sekarang. Abah? Mungkin abah sudah lali untuk bermain game. Minat terhadap dunia peng ” game”an telah padam dan luput dari dalam diri abah. Abah hanya tersenyum melihat mereka – mereka yang bermain game. Kadang kala abah mahu semangat bermain game datang semula, tetapi apakan daya abah sudah tidak berminat untuk bermain game! Jauhnyer peribadi abah jika dibandingkan dengan kehidupan abah dan masa kini. Betul lah kata orang manusia boleh berubah. Dan abah berubah. Perubahan ini, membuatkan abah gembira. Abah tersenyum…..
Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
Comments are closed.