arghhhhh sedar tak sedar dah 29 Julai???? That’s mean abah ader 2 minggu lagi untuk menghabiskan praktikal nih. Makin nak abeh praktikal, makin banyak pulak tugasan yang diberi. Masa nih la bos boleh ragging macam2 kan..hehehe..takper. Tak kisah. Kami ( Abah dan Aban ) redha.
Bebaru nih abah sungguh busy membuat kerja 3D. Bukan 3D aper pon..cuma buat objek batang paip yang pelbagai rupa. Bos kater ,
” Gambar asal tidak boleh digunakan kerana ader copyright. So you have to ” built” balik the whole thing ”

Pada mulanyer abah tengok gambar tuh ok jer. Kira mampulah lagi abah untuk me”redo” kembali dalam 3D. Tetapi halangan yang menguji kesabaran abah adalah kelembab-an pc ini untuk merender. 3 hari juga abah memperbetul apa yang salah. It’s seems that abah buat banyak duplication for this one object nih. Ishkk..dah nak buat camaner..takkan nak buat selai2? Abah suka sekali menggunakan Ctrl+D di dalam Maya. Apakan daya, abah tidak mampu melihat button itu serta memanggil2 abah untuk menekan. Demmit! Melalut dah!!!
Ada apa lagi for the next 2 weeks? Abah ngan rakan seperjuangan yang demam *srott2* itu telah diberi tanggungjawab untuk comes out with the idea lantas mengexecute apa yang kita panggil, CD interactive. Untuk siapa? Untuk syarikat ini jugakkk….Nuevo Design. The task will be based on the simple, practical, and attractive. So, MATILAH AKUUUU!!!! Bermain – main lagi dengan Swishmax flash, 3D Maya for the logo syarikat, scripting? Timeline yang pening itu…Warghhh mati la..matilah…. abah redha sambil berlari – lari di dalam ofis… lalu tersadung

Dah ler kerja banyak. Lepas tuh hari – hari tersekat dalam kesesakan jalanraya. Balik pukul 6:30 petang sampai rumah pukul 9 malam. Boleh???
Kepada mamat yang drive pakai lampu hijau tu, pergilah mampos!! Ko nak butakan mata pemandu – pemandu lain ker? Dah ler buruk. Tensi abahhh!! Demm yuh!
Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
Comments are closed.