1 Ogos 2005. Ogos muncul lagi bersama juga dengan kenangan yang terpateri kukuh di dalam diri abah. Masa kat sekolah dulu, setiap tahun abah menjadi mangsa para guru yang memaksa memujuk abah untuk menjadi wakil kelas dalam apa jua pertandingan yang dianjurkan pada bulan kemerdekaan. Sajak, syair, menyanyi, berpantun, berteater, menulis karya - karya seperti cerpen, semuanya abah lakukan. Pada bulan nih jugalah abah paling malas untuk pergi ke sekolah. Desakan secara psikologi yang amat hebat dari para guru tidak dapat abah lari. Mahu tak mahu terpaksa juga abah redah.

Menang dan kalah adat pertandingan. Selalunya selalu menang. Hurrr. Padan muka peserta lain. Saper suruh bertanding ngan abah. Kalau kalah pon, i have no regret ’cause pada mulanya pon, abah bukan nak masuk pon kan..
Tapi yang paling abah ingat sampai sekarang, adalah pertandingan teater peringkat daerah dan pantomin peringkat Negeri Melaka. Masa berteater tuh, sudah lain dah tak bukan, abah dapat watak datuk. Huhuhu suara abah tak lantang nak jadik watak datuk but cikgu - cikgi kater abahnyer karektor cam atuk2. What the hell!!! Mereka tidak tahu ker selepas balik dari sekolah abah layan lagu - lagu rock?! Hurmm atuk moden kot.. Untuk teater, sekolah kami dapat Naib Johan. Jadi la tuh…
Yang paling best, pantomin. Abah jadi suara latar. Kiranya macam panglipulara and all the actors akan melakonkan scenes. Hehehe nih best sebab abah tak perlu berlakon. Cuma dihalakan spotlight yang maha cerah - cerah itu ke arah abah. Sungguh gemilang, sungguh gila famous. Muahahaha…Tapi pantomin nih bukannya pertandingan tetapi sekolah kami diberi penyeksaan penghormatan untuk membuat persembahan kepada rakyat jelata. Chewahhh…lalala hangguk tul. Makin nak dekat exam SPM, makin menjadi - jadi plak show.Errr SHOW? Warghh sungguh glamour..sampai tader pelajar lagi yang dapat menggantikan kreadibiliti abah sebagai panglipulara. Muahaha. Yeah right!!
Lepas tuh nak cerita lagi berkenaan pengalaman abah bernyanyi lagu patriotik la pulak…Hahahaha cikgu - cikgi nih sengaja jer nak tocer abah. Suara tader la sedap. Kali nih abah dipaksa sebab dah tader budak “baik” yang nak volunteer. Sekali lagi, WHY ME??????? Patutnya hari tuh abah dah dapat aura - aura yang fail lantas tidak datang ke sekolah. Sebaliknya, abah ertipu dengan strategi para cikgu yang sungguh keji.
” Perhatian kepada Mohd Hafiz bin Abdul Rahman dari kelas 5 Kemanusiaan Sastera Ikhtisas, anda diminta ke pejabat sekarang juga ( 2 kali ) ” begitulah announcement yang dibuat oleh salah seorang pengawas sengau yang bertugas.
Maka bergegas la abah ke pejabat. ” Shit! kantoi cd blue ker? ” kata abah. Sambil cemas ( Hahahahahah fail! )
Sampai jer dipejabat, abah dipanggil oleh guru sejarah abah selaku ketua guru pengawas pada masa itu. Dalam hati abah, “Demm akhirnya aku kantoi juga!”
” Hafiiizzzzzz jom2 ikut saya ke dewan. Semua dah tunggu awak ” kata cikgu abah itu sambil berjalan laju sambil mengawal keseimbangan badannya itu kerana memakai kasut tinggi. Dan abah,
” Apakahh apakahhh semua ini?” sambil bingung. Dab dub dab dub jantung. Yerlakan, orang ada buat salah..
” Okey…hamek kertas nih, lepas nih tunggu giliran awak kejab lagi ” kata cikgu abah itu sambil berlalu disebalik band - band yang sedang bermain lagu yang pernah didengar sebelum nih.
Eh, jab. Band??? Ni macam lagu…. eh, aper nih… macam pernah tengok karangan nih. Eh, macam lirik lagu jer.
Artis : Aisyah.
Lagu : Bahtera Merdeka.
” Tidakkkkkkkkkkkk. Abah tanak nyanyi!!!! Demmit…pintu - pintu dewan dijaga oleh para guru yang sama - sama seperti tertipu untuk datang ke dewan itu. Biasalah cikgu lelaki. Derang paling tak suka menunggu sebab sure sangap. Biasanya kalau smoker, masa menunggu - menunggu sesuatu benda la derang akan hisap rokok. Tapi apakan daya. Sekolah… Muka mereka itu, sungguh setoya.
Maka abah tidak dapat berbuat apa pada masa itu. Abah pon nyanyi. Punyala hazab! Disuruhnya nyanyi lagu bahtera merdeka, patriotik plak tuh. Kena ader..ala2 forseto.
” Awak salah note…kena tinggi lagi..” kata salah seorang cikgu yang agak meluat gayanya.
Dalam hati abah,
” Ko nak suruh aku nyanyi lagu Aisyah. Lagu Aisyah tu tinggi! Nyaring!Pompuan plak tuh. Ko nak suruh aku mampos?? Suruh nyanyi lagu -lagu rock macam 3 door’s down tuh aku tahula. Demmiittt kenapa aku tertipu!!!!!” masa tuh abah cam nak nangis jer. Apakan daya. Setelah dipraktis dengan penuh macam nak ghak selama 2 hari, akhirnya abah dibawa oleh cikgu abah untuk ke peringkat saringan. Seluruh sekolah dari seluruh negeri Melaka datang. Wargh semangatnya mereka! Siap blazer pelbagai. Abah? Sempoi jer. Dengan tali leher yang dipinjam, dilorotkan sedikit ke bawah. Tadernya nak skema2.
Dah korang paksa abah masuk benda - benda yang diluar kemampuan abah ini, sekarang suka hati aku la camaner aku nak dressing. Warghh sungguh kelas attitude ituh.
Selepas memekakkan telinga para juri ( ader juri yer! 3 orang. Masa tuh tader Malaysian Idol. Tapi abah dah merasa macam maner bernyanyi depan para juri ) Audition tuh dalam bilik. Sebijik la macam Malaysian/ American Idol / Akademi fantasia.
Dan akhirnya abah tewas. Hahahaha penat jer baca kan? Yerla..asyik menang jer. Nak tahu juga perasaan biler kalah.
” Abah tak pandaila nyanyi lagu patriotik. Suara tak cukup mantap dan pemilihan lagu yang kurang tepat mungkin menyebabkan abah tersingkir ” Pengakuan ikhlas abah selepas ditemu ramah oleh rakan - rakan sepaksaan yang lain. Wahahahaha tapi yang paling best, abah memang tahu yang abah akan kalah and abah gembira with that. Gembira sangat. Sebab abah tak akan jumper lagi cikgu - cikgi yang muka setoya ituh. Tak suka…tak suka!!! Abah nak balik kelas abah and bermalas - malasan and menghabiskan masa abah ngan member2. Abah di tahun akhir pada masa itu. Selepas ini, abah tahu yang abah akan susah untuk catch up ngan derang. Masing - masing sure dah ke mana - mana.
” The bottom line is, bulan kemerdekaan sepatutnya tidak dimanfaatkan dengan cara yang salah. Pengertian merdeka itu terletak didalam diri seseorang individu dan bukannya secara paksaan. Sepatutnya para guru harus melihat dari sudut yang lebih matang dalam menilai pengertian kemerdekaan. Paksaan dan desakan mungkin dapat memberikan kepuasan kepada mereka kerana mereka menganggap kerja mereka sudah selesai dalam menaikkan semangat para pelajar di dalam bulan kemerdekaan.
Abah rasa, para guru tidak perlu memilih pelajar yang setiap tahun dipaksa diberi peluang untuk membuat persembahan atau melibatkan diri dalam aktiviti. Ramai lagi pelajar - pelajar yang mungkin malu untuk mencuba bakat tetapi sering kali diketepikan dan diendahkan dan tidak dibenarkan untuk mencuba. Akhir sekali, secara umumnya aktiviti kemerdekaan harus disertai bersama oleh semua pelajar. Tidak kira mereka - mereka itu adalah dari golongan pandai mahu pon tidak ( sangat diskriminasi and its true )
Kebebasan tidak harus disalah ertikan. Kebebasan harus diperguna dengan baik supaya kebebasan itu dapat mengelakkan diri kita dari dibelenggu lagi seperti waktu - waktu sebelum tahun 1957 ”
Abah dah pasang bendera kat atas tu. Korang biler lagik? Hehehe…selamat menghayati bulan kemerdekaan.
Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about 
Comments are closed.