Insyallah… tinggal 6 hari lagi kita akan berhari raya. Bagaimana dengan persiapan para bloggers sekalian? Sure gempak kan..kalah anak umah orang sebelah tu. Abah ala kadar jer. Tader nak shopping besar2 an macam tahun lepas. Maybe puasa tak berkat kot. Asyik tidur jer, so raya pon cam tak happening. Huhuhu padan muka kan?! ![]()
Start dari tahun nih, abah tak dapat pon selai kad raya
Yerla saper la abah nih..tapi taper!
Abah buat kad raya digital kat korang. Senang2 click jer la gamba kat tepi ni erk ![]()
Raya, raya jugak. Lagi beberapa minggu lagi MMU akan memulakan sesi pembelajaran balik! Warghh rindu betul abah dengan alam kampus. Duduk dalam dewan, dan kepolakan membuat assignment. Ni semua gara2 berinternship hari tuh. Rasanya macam belum bersedia jer abah untuk meninggalkan kampus.
Apa yang abah dapat perhatikan masa internship :
[/] Gerak kerja kol 9
[/] Pastu buat2 kerja sampai kol 5 / 6 petang
[/] Pastu balik mengharungi jem yang amat dasyat dan kepenatan kosentrasi membawa kereta
[/] Tapau makanan sebab kelaparan platipus
[/] Pastu kalau ader energy bolehla kuar ngan kengkawan lain, tak pon tengok tv pastu tidur and mimpi nightmares
Warghh 5 hari macam nih. Rasanya selepas mengharungi kehidupan yang dasyat tuh, abah terus berfikir beberapa kali sebelum membuat keputusan untuk berkerja tetap nanti. Haihhh
ni yang susahnya kalau menjadi individu yang cepat bosan dalam membuat sesuatu benda. Kata bintang sagittarius, Saggitarians memang akan cepat bosan dalam membuat sesuatu benda – mereka termasuk dalam golongan yang free spirits. Ermm that’s apply to me la kot! ![]()
Walau bagaimanapun i’m ended like two more years at MMU. Extended version bak DVD kata kawan2 abah
Hehehe banyak actually plan untuk menghabiskan masa dalam masa dua tahun nih supaya tidak terkilan selepas meninggalkan campus ![]()
Dengan catatan yang takder kena mengena ngan tajuk hari ini, abah mengakhiri entry kali nih dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk dikena mengenakan dengan tajuk entry ituh. Maafkan kesalahan abah selama ini sebab abah nih kengkadang jenis yang pakai cakap lepas ajer.
Maybe ader di antara entry abah yang menyinggung perasaan blogger semua. Minta maaf dari hujung rambut yang belum ditrim ini sehingga ke hujung kaki. Halalkanlah makan minum abah kalau abah ader terrrr terrrr makan dan minum. Kalau over pon pepaham jerla..abah nih kengkadang memang over pon. Minta maafla jugak… k guyz ’till da next time..daaa
Selamat Hari Raya beb !!! ![]()

Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
28/10/2005 at 3:15 am Permalink
nak duit raye.. nak duit raya.. nak duit raya .. nak duit raya.. nak duit raya..
28/10/2005 at 3:31 am Permalink
Bukan aku cakap nak kasik duit monopoly ker? nak jugak? nah..
28/10/2005 at 1:42 pm Permalink
allo abah, nice digital raya card here.. sgt cumil..saya sihat2 saje di bulan puasa yg mulia ini
anywy, selamat hari raya to you..enjoy sakan~~
28/10/2005 at 8:35 pm Permalink
takmo la duit monopoly
aku suruh mak aku masak mee kari nanti pasal ko suke.. so sebagai balasan aku demand nak ayam rendang mak ko plak.. ahahahahahha
29/10/2005 at 9:04 am Permalink
slamat hari raya aidilfitri, bro! cantik digicard tuh.. xpe2 nnt dpt le kad raya ek? hehe.. salam2 bermaafan yer.. apa2 yg salah silap tuh, kira settle 0-0 k? muehehe
29/10/2005 at 1:01 pm Permalink
apa kata ko print digital card tu.. ko pos ke rumah2 org.. baru gempak sket… pstu tulis note sket.. ” SILA BALAS BALIK! “. Cuba buat cam gitu tahun depan, nescaya akan ada laa org hantar kad raya kepada ko.. huhuhu
30/10/2005 at 12:35 am Permalink
tahun ni aku pn tidak dpt kad raya walaupon sekeping…. waaaa aaa
31/10/2005 at 4:23 am Permalink
Selamat Hari Raya Eidulfitri & Maaf Zahir Batin.
01/11/2005 at 1:17 am Permalink
timer kacehh..khas buat korang
Okaih no hal!!

Hehehe timer kaceh…..selamat hari raya gak dude!
01/11/2005 at 7:23 am Permalink
ahahahaha.. siap suh tepek kat dinding! apekaahhh?? vendalisme tol! hahaha…
04/11/2005 at 7:54 am Permalink
incik abah…
selamat hari raya.. maaf zahir batin…
sila tengok kad raya kat blog kita ye.. maceh maceh..