Isolated

:-< Somehow abah rasa bebaru nih abah terasing sangat dengan dunia luar. Perasaan ni sudah lama abah tak rasa since first year kat MMU. Masa tu belum kenal ngan orang. Bezanya kali nih abah sudah mengenali ramai orang but somehow la kan, abah rasa that abah not belong to the group. Mengapa ergh?

Mungkinkah cuti sebulan telah menyebabkan abah menjadi ‘ diri abah’ yang sebenar semula? Abah yang pendiam. Abah yang suka bercakap sorang2 Abah yang hanya bercakap apabila ditanya. Somehow abah rasa semua orang tak suka dengan abah. Mereka itu hanya senyum jika berjumpa ngan abah but abah tau yang senyuman itu pun adalah senyuman palsu. Hurmm…

Kali ni abah memang terasing. Di kala orang lain sibuk menghabiskan masa dengan Final Year projek masing2, abah telah lari dari realiti. Ketidak sediaan abah untuk mengambil FYP menyebabkan abah makin lari dari masyarakat yang abah kenal. Sebaliknya, di kelas Malaysian Studies yang bising dan monyet tempoh hari telah mengiyakan lagi perihal ini. Mengkaji adab peradaban dan kajian ke atas masyarakat Punjabi dengan 6 orang yang tidak dikenali bakal mengundang disaster di akhir hari. Abah dapat rasakannya.

Ditambah pula dengan keadaan komunikasi di flat baru yang tidak mempunyai connection internet menyebabkan abah lagi teasing dengan dunia luar. Maaf jika coretan abah kali nih mengganggu serta membuang masa kalian. Abah rasa abah harus meluahkan apa yang menjadi benak di dalam kepala. Abah serabut. Nasib baik keserabutan ini telah dikurangkan dengan menghantar report internship siang tadi. Walaupun pelbagai dugaan yang mendatang, abah telah selamat melaksanakan tugas abah sebagai pelajar internship. Sekarang terpulang kepada pemeriksa memeriksa report abah. Kalian doakan yang abah berjaya kelak.

Kepada blog Aniey yang telah mengambil langkah drastik dalam penutupan blognya itu, abah harap yang suatu hari nanti, mungkin Aniey mempunyai semangat dalam membuka blognyer kembali. Jika tidak, abah doakan yang Aniey akan berjaya di dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Semoga Aniey tidak melupakan abah di sini walaupun pertemuan dengan Aniey sebagai blogger tidak sampai setahun. Terima kasih Aniey di atas kesetiaan aniey melawat skolblog.com ini :)

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

  1. a.k
    16/11/2005 at 11:23 pm Permalink

    aduhhh abah…. tersentuh jiwa raga… TT_TT time kasehhh!

    aku pun terasa terasing di dunia sendrik… nk diluah blog dah tutup plak… ahahaha pdn muka aku, dh takde tempt nk mengadu… huhuhu~

  2. abah
    17/11/2005 at 12:50 am Permalink

    aku pun terasa terasing di dunia sendrik

  3. @kak
    18/11/2005 at 8:34 am Permalink

    erm…abah…kadang bila akak pikir..tensennyer jadi diri akak..tapi bila pilir balik…mcm la org lain x de ketensenan dia…so..kita patut bersyukur..mungkin kita jd terasing dan mengasing tu atas sikap kita sendirik kot..*ini pesanan tuk akak sendirik n ih..huhu..
    abah..jgn la sdeh…coz akak pun tgh sdeh gak nih..

  4. Abah
    18/11/2005 at 9:38 am Permalink

    jgn la sdeh

  5. Nashrex
    20/11/2005 at 8:47 pm Permalink

    aku pun slalu idup cam ko… dihimpit keboringan yang amat… serius…

  6. hepan
    22/11/2005 at 2:27 am Permalink

    isolated? standard ler.. kite ni warga emas.. ahahahha

  7. a.k
    23/11/2005 at 12:54 am Permalink

    isolated? standard ler.. kite ni warga emas.. ahahahha

    warga emas??? ahahahaha… ko je yg dh jd warga emas ek hepan.. aku masih muda remaja, masih bergetah gitu… kuangg kuangg kuangg… =p

  8. faith
    28/11/2005 at 1:06 am Permalink

    ada jugak org yg ngaku warga emas. tak sangka aku. ehehe.

    :D

  9. dinswok
    28/11/2005 at 1:48 am Permalink

    Antara penyakit aku adalah;
    Bile tibe jer time exam, musti budak tutoran aku cakap yg aku ni smakin garang. Muka masam jer.. pastuh slalu menyendiri. Aku pon tak perasan. PAstu aku jelaslah kat diorang yg aku ni jenis solitary study (ske study sengsorang), tapi diorang mcm tak amik endah jerk. Diorang ingat aku sengaja cari alasan kut. Alhamdulillah, skang nie lepas abih exam, aku kembali normal. :)

  10. Abah
    28/11/2005 at 9:41 pm Permalink

    Minnasannnn arigatou…sudi berkongsi pengalaman