Download di :nizamzakaria.blogspot.com
Novel : Mat dan Mel
Penulis : Nizam Zakaria
File : .pdf file
M/s : 112

Semalam abah berjaya habis membaca novel on-line karya Nizam Zakaria bertajuk Mat dan Mel. Sudah tentu ramai yang telah mengetahui kewujudan website Nizam Zakaria di dunia Cyber. Seorang penulis yang sentiasa sahaja mempunyai idea untuk menghasilkan novel on – line secara percuma.
Walaupun karya terbarunya Hadi di dalam pembikinan, abah tertarik dengan ‘ cover novel ‘ Mat dan Mel ini lantas membuatkan abah terus mengdownload dan membacanya. Setelah abah habis membaca Mat dan Mel, maka terjawablah segalanya apa yang cuba diterjemahkan melalui ‘ cover novel ‘ Mat dan Mel.
Cerita yang simple, bahasa yang mudah, menarik dan tidak membebankan fikiran untuk pembaca memahami sesuatu ayat menyebabkan novel ini mudah diterima .
Mat dan Mel menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang bernama Mat atau mahu lebih dikenali dengan nama Emmet, cuba mengatasi pelbagai konflik yang melanda dirinya dalam mencari erti kebahagian sebenar dalam kehidupannya. Kehadiran Melati atau Mel, seorang gadis yang pekak dan bisu, telah membuka hati Emmet dalam memahami diri dan menolong Emmet secara tidak langsung untuk mencari jawapan kepada segala kekusutan yang melanda dirinya selama ini.
Apa yang menariknya, perkenalan Emmet dan Melati adalah hasil pertaruhan Emmet dengan Tamrin ( kawan baik Emmet ) yang mencabar Emmet untuk cuba mendekati Melati atas sebab – sebab tertentu. Walau pun pembaca boleh mengagak apa yang mungkin berlaku antara Emmet dan Melati, ceritanya tetap menarik dibaca kerana watak – watak di dalam novel ini, mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Penggarapan cerita yang mantap menyebabkan pembaca tidak henti – henti untuk mengetahui apa yang akan berlaku antara Emmet yang playboy dan Melati si gadis bisu dan pekak.
Penulisan yang mudah, bersekitarkan tempat – tempat yang tidak asing di Kuala Lumpur menyebabkan abah terasa dekat dengan watak – watak di dalam novel ini. Seperti yang abah katakan tadi, kepada para pembaca yang tertanya – tanya apakah maksud disebalik lukisan ‘cover novel’ Mat dan Mel ini akan terjawab akhirnya pada hujung penceritaan novel Mat dan Mel.
Syabas kepada Nizam Zakaria kerana menghasilkan satu lagi karya yang menarik untuk di baca.
Kepuasan : 4/5
Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
15/12/2005 at 12:05 am Permalink
nak baca gak la……. then bley tgk KEPUASAN sy camner lak. ngee
15/12/2005 at 12:08 am Permalink
nizam eh.. penah gak bace die ..yang citer cinta nasik lemak samting2 tuh.. tp stuck tgh jalan.. ahaks.. yang cite MM ni baru jek bace tadik.. 87/112 ms.. ohohoh.. nice gak cite die.. esok baru sambong lagik.. xoxo
15/12/2005 at 2:41 pm Permalink
dah abeh bace.. puas hati gak la..
15/12/2005 at 5:56 pm Permalink
waaa…abah ni peminat noel rupanya…apa kata baca lak novel dari website saya…pasti abah suka…
15/12/2005 at 7:29 pm Permalink
wahaha.. semua illustration cover novel tu ngam2 belaka.

cake tak berapa suka sgt baca novel.. kalau heri potter tu ok ah..
15/12/2005 at 9:41 pm Permalink
15/12/2005 at 10:10 pm Permalink
hohooho nak kene komen ye abah?? (boleh ke panggey abah neh.. ahaks) .. sbenarnye.. mmg x reti seh bab2 komen mengomen neh.. uhuhuhuh..
.. Tp Jalan citernye mmg menarik.. ahernye..die dengan Melati jugerk.. Ai layek.. 
15/12/2005 at 11:20 pm Permalink
citer nih x best…ending dia..mamat tuh jadi angel lepas kene langgar lori..btol ak abah???
15/12/2005 at 11:23 pm Permalink
arap maap… aniey tak suka membaca.. apetah lagi kena baca secara online.. bleh bulau mata… (@_@) agagagaa~
15/12/2005 at 11:24 pm Permalink
itu la…endingnyer typikal but the ending mmg menarik….abah ske! abah ske!
15/12/2005 at 11:34 pm Permalink