Lari! Lari!!!!!!!

Urmm pernah tak korang kena “kacau” dengan adik – adik yang berpakaian baju kurung bertudung and memegang somekind of calendar? :-s

Haaaa petang semalam abah kena kacau! :-s

Abah berlari -lari!!
 

Dompet abah telah mengeluarkan rama – rama yang sungguh ceria berterbangan lantas pusat pengeluaran wang memanggil – manggil abah untuk pergi mencucuk mesin wang itu dengan penuh manja.

Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari kereta biru yang tidak berbasuh selama dua bulan itu, mata abah tertancap kepada dua lembaga berbaju kurung, bertudung, serta berkelengkapan calendar.

Bluwekkk ka cing! ka cing!
 

Hati kecil ini lantas berkata,

” Aku harus membina strategi yang mantap bagi melepaskan diri! ”

Abah pun lantas melangkah laju ala ala membelah angin yang tidak sepoi – sepoi bahasa itu lalu mencucuk mesin wang dengan penuh ghairah ( :| )

Hati evil berkata,

” Ya…aku berjaya melepaskan diri. Tapi kali ini aku harus membina strategi kedua pula. Aku tahu misi selepas ini lebih mencabar kerana dari sinar mata ( Daaari sinar maaataaaaa ) kedua lembaga itu bakal menerkam abah untuk cuba menjual kalendarnya yang tidak artistik itu ”

Saat abah membuka pintu pusat pengeluaran wang itu abah terus membelok ke kiri untuk menunaikan niat membeli rokok di 7 Eleven. Tiba – tiba…

” Assalammualaikum…., ” kedengaran suara yang sungguh perlahan serta menginsafkan jiwa, hati dan nurani.

Apa yang abah lakukan???

Tanpa memalingkan muka abah terus menjawab,

” Wa’alaikummussalam ” dan beredar dengan penuh gigih dan hampir tersadung.

Warghhhhh kejam ler plak!!! Sungguh sombong dan bongkak abah pada masa itu. Tapi apakan daya diri yang evil ini meronta – ronta untuk melarikan diri ketika itu! Kemalasan untuk melayan adik – adik itu sungguh membuak – buak di dalam diri ini. Rasanya tidak pernah abah bertindak sebegitu.

sebelum dan selepas
 

Lari….lari…membeli rokok dan lari…lari…terus ke kereta. Abah hidupkan enjin dan menarik nafas. Adakah wajar ( poyo ) abah bertindak sedemikian? Adakah sifat belas kasihan abah telah pudar? (kurasakan pudar di dalam hatiku..):-<

Abah lantas berlalu pulang dengan penuh perasaan bersalah…

Haihhh susah jugak kalau jumpa dengan adik – adik yang menyerang mangsanya di depan pusat pengeluaran wang. Mentang – mentanglah kita baru cucuk mesin yang memuntahkan wang itu, mereka bertindak dengan penuh girang sekali.

Wahai adik -adik berbaju kurung, bertudung dan memegang kalendar. Bukan abah tanak beli tapi duit yang abah keluarkan itu bakal digunakan untuk membayar duit dobi, makan, dan membayar bil. Tolonglah jangan serang abah lagi :( Lari..lari!!!!!

Urmm…apa strategi korang :-/

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

  1. faith
    14/01/2006 at 2:27 pm Permalink

    aku pun slalu terserempak ngan kekanak nieh. aku kuar je dari bank tu, derang kasi salam. pandai kasi salam selepas aku kuar. masa aku masuk buat donno je. hahaha. aku jawab salam dan aku angkat tangan kasi signal takpe la dik. akak tak mampu. ehehehe. semoga die memahami kerana sesungguhnya aku sangat lah memerlukan duit duit yg telah di keluarkan. huhu.

  2. abah
    14/01/2006 at 3:18 pm Permalink

    Hurmm hurmmm betol tuh. Patutnyer abah wat tanda ” taper la dik ” :-j

    Tapi sebab mood abah tgh horror jadik cam sombong ler plak :| hurmmm

  3. mr.eims
    14/01/2006 at 3:32 pm Permalink

    wah…
    jawab salam pastu blah… kesian gle lak kat kekanak tu.. #:-s

    jawab r leklok.. waalaikum salam.. babai… =;

    ha… kan setel…

  4. Wizurai
    14/01/2006 at 3:46 pm Permalink

    dia bg salam, kena la jawab…
    pastu blah je la…
    kadang

  5. azmie
    14/01/2006 at 6:00 pm Permalink

    depa jual barang ajer…dpt jual, kira dpt ler komisen…nak tanak beli itu hak kiter…aku selalu pon alami situasi sebegini…sometimes ngan orang mintak derma pastu dpt ler sedikit cenderahati eg bookmark dan kengkadang tu yg spt abah citer ni ler…yg mintak derma akan aku bagi ler setakat maner yg mampu, kalau yg jual barang ni…akan aku jalan lelaju, biler ditarget aku cakap takper ler saya tak mau dan zasss!!! terus belah ajer…:d

    ps: lagi baik dari kene sergah orang yg tak kenal, pastu memula survey tanyer aper barang elektronik aku pakai, pastu tetiba soh pilih sampul, biler bukak tetiba orang tu melutut kegembiraan katakan yang aku dah menang hadiah besar! dan aper yang aku perlu buat adalah ikut orang tu balik ker office dier utk “konpem hadiah” lagi…kunun…nak menipu tu dah terlampau nyata…one of my not so sweet experience….8-|

  6. ejon
    14/01/2006 at 10:40 pm Permalink

    abah, apa yg anda cuba sampaikan ini.. sesungguhnya.. aku tidak memahami.. :d

    cuma penah kejar ngan hanjeng ader la :-"

  7. Abah
    14/01/2006 at 10:53 pm Permalink
  8. mr.eims
    14/01/2006 at 11:56 pm Permalink

    maybe gak ijon pernah melakukan kerja2 menjual kalendar kot..
    penah tak?
    sebab tu tak faham kenapa orang lari apabila nampak kalendar die..

    @azmie.. mmg betul.. mangkuk r… ramai lak geng2 die lak tu… bajet cam betul je., dah r kne layan jugak.. len kali takyah layan je.. bengang lak kengkadang pk balik.. %Q$%@%!@$#!!!

  9. abah
    15/01/2006 at 12:45 pm Permalink

    kemongkenan betul juga kata mr. eims ituhh Hohohohohoho ;;)

    Uiks mr.eims pon pernah kena? :O

  10. a.k
    15/01/2006 at 2:45 pm Permalink

    ermmm… dah expert dah nk settlekan menda

  11. hepan
    15/01/2006 at 2:45 pm Permalink

    kalau aku tengok la brape die jual calender tu.. rase sungguh bersalah kalo lari2 je.. :D

  12. nian
    15/01/2006 at 9:29 pm Permalink

    kalau setakat singgit dua tu boleh je rasa lagi..menderma boleh menenangkan hati yang gundah dan gusar..

    tapi mau ikhlas la..tapi skrg ni kkdang susah nak pcaya pada jenis kekanak mcm ni…ade sindiket nyer di belakang sumer ni..

    eh eh..mari buat edisi siasat..perintis isu dan waktu..huargdd:)>-:d

  13. Nashrex
    15/01/2006 at 10:24 pm Permalink

    banyak tul unsur kartun.. da macam bace komik je blog ko ni.. huhu

  14. abah
    16/01/2006 at 3:14 am Permalink

    a.k said:

    ermmm… dah expert dah nk settlekan menda

  15. Wizurai
    16/01/2006 at 10:29 am Permalink

    pasal yg kena dtg office tu… ada yg siap call rumah… kata “encik adalah individu bertuah yg berjaya dpt produk percuma kami… sila dtg ke office kami utk tuntut produk tersebut…”
    pergi

  16. abah
    16/01/2006 at 3:50 pm Permalink
  17. fifty
    16/01/2006 at 4:19 pm Permalink

    aku tak penah kena kejar, sebab tu aku tak pakai strategi…hahah..bapak segala kesian ar… kadang2 org yang cacat mintak sedekah pun susah sket aku nak percaya..sedangkan dekat amerika dan jepun yang maju pun ramai yang boleh buat-buat buta dan menipu rakyat dia sendiri…inikan pulak negara kita yang makin hari makin banyak penjenayah lahir..hmmm….

  18. @kak
    16/01/2006 at 4:38 pm Permalink

    :-w huh aaAAaapPPaaAAaah……!!!!!!

    /:) tapi akak pung buwat gak gitu…kenkadang laa……..:-"

  19. Abah
    16/01/2006 at 6:14 pm Permalink

    fifty said:

    aku tak penah kena kejar, sebab tu aku tak pakai strategi…hahah..bapak segala kesian ar… kadang2 org yang cacat mintak sedekah pun susah sket aku nak percaya..sedangkan dekat amerika dan jepun yang maju pun ramai yang boleh buat-buat buta dan menipu rakyat dia sendiri…inikan pulak negara kita yang makin hari makin banyak penjenayah lahir..hmmm….

    :)) mmg la dier tak kejar…dier just bugging ko jer..cuma biler nampak derang kena lari

  20. as3
    16/01/2006 at 10:34 pm Permalink

    hoohoh.. target mereke adelah kawasan yang mempunyai mesen atm.. logik x logik?? kerkekherre..tp katon2 itu sgt cumelsss..

  21. abah
    17/01/2006 at 12:14 am Permalink

    Muahahha :)) jangan terpedaya dengan kecumelan ituh :p

  22. azmie
    17/01/2006 at 3:18 pm Permalink

    @wizurai: thx info yg amat berguna tu…

  23. ikoko
    31/01/2006 at 12:18 am Permalink

    hepan said:

    kalau aku tengok la brape die jual calender tu.. rase sungguh bersalah kalo lari2 je.. :D

    sekarang ni.. harga standard RM10 .. dalam pocket kita kekadang ada RM5.. hadeih.. kalau kita tawar ngan budak tu ..nak mintak jadikan harga kalendar tu RM3.. leh tak ek? hadoih.. mahal tu RM10..

    dan kita tak pasti ke mana sebenarnya RM10 tu.. bebudak yg jual tu pun, jual masa waktu weekdays.. apakah tak skolah ke diorang ni? nak buat rumah anak yatim lah.. tapi.. takkan anak yatim ni keje nye jual kalendar je kot? tak sekolah ek? diberi cuti khas? atau camner?

    ….eee.. ter marah pulak.. kan ke banyak cara lain.. buat jual-jualan ke.. ajak sedare mara datang.. macam hari kantin… bla bla blabla pok pek pok pek pung pang pung pang…