Kemelantakan

Pagi itu sungguh dingin. Lebih – lebih lagi keadaan pagi itu dibasahi dengan hujan di malam hari. Cyber Park, Cyberjaya tempat ditujui dan pukul 7:30 pagi kami bergegas berlari. Bukan berjogging, bukan bersenam. Tetapi membuat barbeque!Ya…mungkin pagi itu ada lagi manusia yang bergelumang dengan selimut tebal, bergerak ke tempat kerja, ke kelas, tetapi kami membakar ayam!

Kuali bagai!

 

Supermarket!! Hamek koh!

 

Kelihatan Is yang berdedikasi menyalakan api...

 

Peristiwa ajaib ( kerana bangun awal ) dihadiri oleh dua orang makhluk lagi – Naju dan Is. Pasangan yang bahagia serta rakan kemelantakan kami. Sesampai di Cyberpark, kami memunggah barang yang telah disaksikan oleh pak guard yang meronda di kawasan itu. Dari jauh, kelihatan gelengan kepala pak guard ala manja platipus melihat barang – barang yang dibawa oleh kami. Masakan tidak menggeleng, kerana barang – barang yang dibawa sepertinya mahu mengadakan pesta makanan seluruh kampus. Ah, pedulikan pak guard yang jealous itu. Sambil bergedikan ke pondok pembakaran, Is dan Naju telah terdahulu sampai dengan merempit rupa – rupanya telah mengeluarkan kuali,dapur gas dan bahan – bahan yang kelihatan seperti kedai runcit gamaknya.

” Kiterang memang dah biasa bawak dapur gas, kuali semua masak kat sini. Hari tuh kiterang bawak batu lesung lagi. Tumbuk cili! ” kata Is yang sungguh bangga dengan pencapaian luar biasa mereka, dan secara tidak langsung menjadikan Cyberpark itu rumah kedua mereka.

Abah dan Epan sungguh kagum melihat teamwork Naju dan Is menggayakan aksi aneh menyusun barang – barang dan membentangkan tikar / kanvas bagai. Sesungguhnya mereka memang sudah biasa memasak di situ. Sungguh advance, sungguh profesional!

Sementara menunggu Epan dan Is menyalakan api, Naju telah bertindak pantas merebus terdahulu keledek biru yang aneh dan beberapa ubi. Sesungguhnya proses membarakan arang BBQ telah mengambil masa selama 1 jam setengah kerana dek arang yang terlalu lawa dan terlalu manja untuk hidup. Lantaran itu, minyak petrol tanpa plumbum ( tajaan Petronas ) naju itu telah menyemarak dan membantu Epan dan Is menyalakan api.

Ubi biru / purple yang aneh

 

Ayam terbakar...burn baby burnnn!!!!

 

Kebosanan ayam – ayam yang telah di ‘merinate’ kan secara tidak cukup bahan pada malam hari telah akhirnya mengubat hati ayam – ayam itu. Ayam – ayam itu telah sedia dibakar dengan girang, sehingga girang yang melampau. Lihat sahaja lah ayam di gambar di atas, terbakar terus lantas meninggalkan rasa tidak rasmi dan diberi nama masakan ” ayam bakar tanpa plumbum “

Selain dari masakan kebakaran ayam, kami juga membuat ubi bakar, dan jagung bakar :D

” Nasib baik Cyber park tidak terbakar,” kata Abah sambil berlari – lari, melarikan diri ketika Naju kerap kali menambah petrol sesuka hati di kala api menyawa – nyawa ikankan diri.

Proses pembakaran itu sungguh lama. Jam sudah pun menunjukkan pukul 10:00 pagi. Keledek rebus Naju telah menyelamatkan keadaan perut kami yang kelaparan. Naju sempat membuat kuih raya rebus berintikan kelapa (kelapa tajaan Pak Seman) Abah dan Epan sekali lagi sungguh kagum.

Tema cuti - cuti Malaysia...handphone itu bukan untuk dimakan..

 

Aktiviti membasuh memusnahkan ekosistem alam dengan Axion...

 

Gerimis hujan tidak menghalang kami untuk membakar. Setelah siap, Is telah menghias makanan kami bertemakan cuti – cuti Malaysia ( tajaan Tourism Malaysia ) Sila lihat gambar.

Aktiviti yang lama bercerita sambil makan telah membawa kami ke pukul 1:00 tengahari. Membasuh kuali, sudu, sudip dan bermacam lagi dengan bahan stainless steel ( tajaan stainless steel ) dan pencuci mangkuk Axion ( tajaan Axion ) sungguh mencemarkan ekosistem alam semulajadi ikan di tasik itu.

It was a fun day. Kepenatan membakar, mengangkat barang, membeli barang, mengutip ranting pokok (actually banyak cantas ranting pokok), membasuh, berbayar selepas menikmati hidangan. It was soOoooo priceless!

Keadaan hari tuh mengingatkan abah – sometimes, the simple things is the best things to get a reward!

Walaupun banyak tajaan untuk rancangan ini, rancangan ini tidak dapat disiarkan di televisyen kerana para pelakonnya mengalami perut yang abnormal :|

P/s : Mouse over la gambar2 tu…ader captions….

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

  1. Nad
    19/01/2006 at 6:51 am Permalink

    terguling2 aku gelak pagi2 buta ni teringatkan kisah bbq haritu. kenyang sampai taleh tunduk over betoi. skali lagi penyalahgunaan cyberpark sbg tempat membuang lemak, jadi tempat menambah berat badan!

  2. a.k
    19/01/2006 at 6:52 am Permalink

    wahh wahh wahhhh.. sungguh seronok pagi mu ber’breakpes’ di tepi tasik… pelik juga xtvt ini dilancarkan di kala pagi yg biasenya bbq di waktu mlm baru la rancak lg api menyala dgn hebat membawa kepada pembakaran yg btol lalu tidak la menghanguskn ayammu yg sungguh enak w/pon dpt dilihat di gambo saja…

    ubi keledek purple itu tidak la pelik… aku suka ja makan sbb tu slh satu peveret food aku… ahahaha… w/bagaimanpon sungguh aku amat teruja melihat tema cuti

  3. hepan
    19/01/2006 at 9:19 am Permalink

    walaupun ayam tu ade rase petrolium sikit2 (yang batch first sajek yek) tapi abis jugak, dengan kentang bakar yang dah takde rupe kentang dah, ngan keledeknye.. ish2.. ngalahkan jamuan akhir tahun kelas. biler nak buat lagi.. ;;)

  4. abah
    19/01/2006 at 11:15 am Permalink

    Nad said:

    terguling2 aku gelak pagi2 buta ni teringatkan kisah bbq haritu. kenyang sampai taleh tunduk over betoi. skali lagi penyalahgunaan cyberpark sbg tempat membuang lemak, jadi tempat menambah berat badan!

    :)) Betol! Betol! Sebab tuh rancangan ini tidakdapat disiarkan!! :)) Sesungguhnya matila ke semua ikan di dalam tasik itu kerana lemas dek buih Axion dan minyak cam helang :))

    a.k said:
    wahh wahh wahhhh.. sungguh seronok pagi mu ber

  5. azmie
    19/01/2006 at 11:23 am Permalink

    kat ner tu? cyberjaya ker? tak penah pijak pon situ lagi…besh nyer korang bersuka ria pesta aktiviti ni…\:d/

  6. abah
    19/01/2006 at 12:01 pm Permalink

    Hak ah..lebey precise lagi kat belakang Hem

  7. azmie
    19/01/2006 at 6:04 pm Permalink

    lain kali kalu nak buat panggil ler aku…teringin gak nak gi tempat tu…

  8. abah
    19/01/2006 at 7:27 pm Permalink

    buleh

  9. faith
    19/01/2006 at 9:25 pm Permalink

    oo giler ah bbq di pagi buta. ehehhee. it must be one of ur unforgettable memory sbb mcm agak susah jugak aaa nak bangun di pagi buta. ehehehe.

    aku baca baca, ada gak la si hepan tu tolong idupkan api. ko buat apa abah? ahahaha. selain dari amik gambar sana sini, jadi pemerhati sana sini, keje ko melantak je la eh? patut aa perut korang abnormal. ehehe. menurut ape yg ko citer aa. ehehehe. camtu kene pk byk kali aa kalau nak buat makan makan nak ajak ko. ahahaha.

    aku pun first time tgk keledek itu. mcm pelek je. apsal kaler die camtu. rasa die lain tak. ish, tetiba cam rasa lapar. hahaha.

  10. as3
    19/01/2006 at 9:41 pm Permalink

    sangat bagos!! jelesnye melihat korang seme melantak 8-|

  11. abah
    19/01/2006 at 10:35 pm Permalink

    faith said:

    aku baca baca, ada gak la si hepan tu tolong idupkan api. ko buat apa abah? ahahaha. selain dari amik gambar sana sini, jadi pemerhati sana sini, keje ko melantak je la eh? patut aa perut korang abnormal. ehehe. menurut ape yg ko citer aa. ehehehe. camtu kene pk byk kali aa kalau nak buat makan makan nak ajak ko. ahahaha.

    aku pun first time tgk keledek itu. mcm pelek je. apsal kaler die camtu. rasa die lain tak. ish, tetiba cam rasa lapar. hahaha.

    Cilaka…sungguh kejam sekali kamu ya. Yer la..tanpa photographer, kenangan tidak dpt diabadikan ( koya ) Hahahaha…aku tolong hangkat barang and spend the money aber…:)) Actually nak tolong idupkan api gak tapi dah ramai sangat nak tolong bakarkan. Kang terbakar seluruh taman, mahu tak semua lari…lari!!! [-(

    as3 said:

    sangat bagos!! jelesnye melihat korang seme melantak 8-|

    Hahahaha patut buat gathering untuk pembaca skolblog.com dan silenteve.net 8-|

    Warghhhh haahahaahahha maluu

  12. mr.eims
    20/01/2006 at 1:02 pm Permalink

    ishk2..cembestnye!! :((
    nak r bbq gak.,

    hm..lme dah tak merasai bbq.. hm..maybe blik mesia nnt leh r nak melantak bbq gak.,I think i’ll have some free time when i come back to malaysia later. hoho~ ni tak sabaw nak blik neh.. :d

  13. abah
    20/01/2006 at 2:12 pm Permalink

    :(( huaaa memang best pon ( naper aku nangis gak? :| )

    semoga selamat sampai ke Mesia! :D ( ehem-nak-patung-beruang-panda :-" )

  14. mr.eims
    20/01/2006 at 5:43 pm Permalink

    berez.. datang r carik ako nanti., aboh.. ko ni dok kat mane… ?

    len kali nak g bbq ajak r.. huhu~ :-"

  15. adamo
    20/01/2006 at 5:56 pm Permalink

    wah wah wah!! apekah berbbq tak hajak!! dem dem!! nih aku terbakar nih!!!ergh!!!

  16. chika
    21/01/2006 at 12:11 am Permalink

    adoi…tak tahan tgk ayam tu siap ngan bunga-bunga!!!!! :)) nampak sgt itu ayam betina. miahahhaa….. rasa syg plak nk makan ayam tu sbb nampak cam sgt ayu…..

  17. Nashrex
    21/01/2006 at 2:00 am Permalink

    lapo ar plak tgk aayam2 ko ni.. fuh.. lama tul x berbbq nih.. huhu

  18. azmie
    21/01/2006 at 8:21 am Permalink

    ni winter kater dah abes exam ni…leh ler buat BBQ lagi…:d

  19. abah
    21/01/2006 at 11:30 am Permalink

    mr.eims said:
    berez.. datang r carik ako nanti., aboh.. ko ni dok kat mane

  20. dinswok
    21/01/2006 at 12:27 pm Permalink

    Benarlah, bahawa sesungguhnya ayatmu itu mengingatkanku kepada jamuan akhir tahun skolah aku. Ayam-ayam tersebut dibakar dengan girang, teramatlah girang, sehingga menghasilkan satu resipi baru yang jarang diminati masyarakat normal malaysia, AYAM RENTUNG. :d

  21. mr.eims
    21/01/2006 at 12:39 pm Permalink

    huloh..jauh nye., ako pnye area kat keramat je.,

    aboh.. smalam ako g carik takde pong panda., :(

    huhu~ rapat gak korang ni antara blogger2 neh.,

  22. abah
    21/01/2006 at 5:29 pm Permalink

    dinswok said:

    Benarlah, bahawa sesungguhnya ayatmu itu mengingatkanku kepada jamuan akhir tahun skolah aku. Ayam-ayam tersebut dibakar dengan girang, teramatlah girang, sehingga menghasilkan satu resipi baru yang jarang diminati masyarakat normal malaysia, AYAM RENTUNG. :d

    :)) taper..rangup seyy :)) Ekceli kena letak “ayam girang rentung”

    mr.eims said:

    huloh..jauh nye., ako pnye area kat keramat je.,

    aboh.. smalam ako g carik takde pong panda., :(

    huhu~ rapat gak korang ni antara blogger2 neh.,

    No panda? adekah telah pupus? Huuu TT__TT sedey… Oh yer lagi satu taiwan sure banyak payung..aaa namanyer… “Oil Paper Umbrella” kot…payung kertas..lebey kurang camtuh la..seswai untuk kasi famili :D

    Aaaa rapat? Ntah sejak biler muncul “komuniti abah” pon gua tarak tau :)) hehehe Bagusler..( padahal tak pernah jumper pon…si Kariman/Adamo tuh housemate abah, Epan/winter ngan Nad tu member abah, the rest are yhe bloggers from net :p Suatu hari nanti kalo jumper sure fun! :D:D

  23. dinswok
    21/01/2006 at 6:22 pm Permalink

    Yup, sure fun kalo buat convension bebudak bloggers malaysia. Huhu.

  24. mr.eims
    21/01/2006 at 9:11 pm Permalink

    payung pong xnampak smalam..

    tu china betul r..shanghai ke.. ni taiwan takde panda kot., payung pong., kat sini jarang ujan.. mlm ni ako g taipei esok flight..hm..bwk blik bnde len ade r.. klu ok leh jumpa leh r bg..

    hhoho.. 1 hari nanti tu bile tu..? erk..convention? huhu~ & 1 lg kebanyakan korang ni kat MMU ke?

  25. abah
    22/01/2006 at 4:05 pm Permalink

    dinswok said:

    Yup, sure fun kalo buat convension bebudak bloggers malaysia. Huhu.

    :|

    mr.eims said:
    payung pong xnampak smalam..

    tu china betul r..shanghai ke.. ni taiwan takde panda kot., payung pong., kat sini jarang ujan.. mlm ni ako g taipei esok flight..hm..bwk blik bnde len ade r.. klu ok leh jumpa leh r bg..

    hhoho.. 1 hari nanti tu bile tu..? erk..convention? huhu~ & 1 lg kebanyakan korang ni kat MMU ke?

    OOwhhh..baiklah jika begitu :)

    Satu hari tuh….satu hari ler…yg pasal bebudak MMU tuh..urmm ko baca jer la profile setiap blog :)) ( tader kerja )

  26. mizzleli
    23/01/2006 at 6:55 am Permalink

    abah,
    ari ni kitoranG pon bakar ayam.
    tapi dalam oven ar.
    ayam tu di nama kan ayam bakar sesuka hati badak.
    nGahaha.
    pasal masak denGan sesuka hati mencampak apa jua untuk merinate.
    huhu.

  27. abah
    28/01/2006 at 3:37 pm Permalink

    Hahahahah….blasah ajer janji sedap dan paling penting, buleh dimakangggg ngap! ngap! :)>-

  28. dinswok
    28/01/2006 at 5:17 pm Permalink

    buleh dimakang.. ayat orang teganung. :d

  29. niety
    01/02/2006 at 2:11 pm Permalink

    abah said:

    Hak ah..lebey precise lagi kat belakang Hem

  30. abah
    03/02/2006 at 8:42 pm Permalink

    dinswok said:

    buleh dimakang.. ayat orang teganung. :d

    Eh, abah lahir teghanu lar. Dok tahhu ke.. :)

    niety said:
    aku tak tau pasal aku mmu melaka. Kekekeke
    :)>-

    Hahahha gedefak kamu ini :))