Kalau diingat - ingat kembali kan..kenangan paling best abah masa kat sekolah dulu adalah masa form 4 dan 5. Macam - macam drama yang berlaku sepanjang tahun honeymoon dan juga tahun penentu masa depan. Kenangan yang paling abah tidak dapat lupakan diberi nama ” Tragedi Oktober ”

Pagi tu aku datang ke kelas seperti hari - hari yang lalu. Masuk ke kelas, meletakkan buku dan beg separuh guni berisi buku dan merenung ke luar tingkap. Aku suka duduk tepi tingkap. Melihat pelajar - pelajar lain membawa beg - beg sekolah. Kadang kala aku terfikir, apakah yang terkandung di dalam beg sekolah mereka? Kenapa mereka tidak membawa apa yang kubawa? Beg - beg mereka sungguh tidak berisi ![]()

” Perhatian kepada semua pelajar. Anda dikehendaki beratur di luar kelas masing - masing sekarang juga dan pastikan lampu, kipas, dan pintu ditutup. Para pengawas diminta mengawasi pelajar - pelajar yang lain,” laungan para pengawas senior di corongan pembesar suara mematikan lamunanku. Cess.. >![]()
Aku melangkah ke luar kelas beratur seperti kawan - kawanku yang lain. Biasanya aku akan berdiri di hadapan sekali kerana malas mahu bergaul dan bergosip bersama pelajar perempuan yang berada di belakang barisan para pelajar lelaki. Selepas berikrar dan menyanyikan lagu Wawasan 2020, kami masuk ke kelas seperti biasa dan memekak.
Tapi pagi tu, tidak seperti hari - hari biasa. Aku dapat melihat suasana tegang yang berlaku antara 2 orang kawan sekelasku. Aku tidak pasti. Apakah yang berlaku sebenarnya.
”
Kalau kau berani, jom keluar ar!!” jerit si Addy kepada si Jep yang ketika itu hanya memandang sinis kepada Addy. Aku keliru kecengangan. Tetiba jer… kan…?

”
Wo..wo…aper ni. Sabar weih. Sabar..,” teman si Addy, Helmie menyabarkan Addy yang seperti separuh gila lagaknya. Addy duduk kembali ke tempat duduknya.
”
Guyz, cikgu tak jadi masuk kelas sebab ada mesyuarat. Cikgu soh study sendiri and plis jangan wat bising,” ah si Malina, penolong ketua tingkatan bersuara sejurus sahaja dia masuk ke kelas.
Aku mula mengeluarkan kertas dan pen. Contengan demi contengan aku coretkan. Aku memang suka menulis dan mencoret benda yang aku sendiri tidak faham ![]()

Sekali - sekala aku mata aku menjeling kepada Addy. Matanya tepat tertancap kepada Jep. Dadanya turun naik nafas seperti menahan suatu kemarahan yang teramat sangat
Seram ok..seram..
Tiba - tiba Jep melangkah menuju ke luar sambil membawa beg sekolahnya. Suasana menjadi kecoh apabila Addy memanjat meja dan seperti mahu menerkam Jep. Aku sempat bersuara
” Oih! ” ( tu jer? Hahaha fail punya ketua tingkatan
)
Tak sempat aku ke luar kelas, aku dapat mendengar jeritan pelajar di kelas sebelah menjerit seperti sesuatu telah terjadi. Aku gelabah. Aku tergamam. Aku bingung. Apa yang menyebabkan pelajar kelas sebelah menjerit bak ke histeria an tahap 8? ![]()

”
Wei! Addy jatuh bangunan!!!!.” Iwan si pengawas berlagak menjerit kepada satu kelas.
“Hah???!!! Watta……,”
masa tuh aku terfikir apa yang terjadi kepada si Addy. Langkah paling cepat yang aku boleh lakukan ialah turun ke bawah untuk melihat mangsa yang jatuh. ( kalah spektra ni. Tak pakai stuntman yer ) Satu kelas 4 Kemanusiaan Sastera Ikhtisas berlari ke bawah. Ironinya, tatkala semua pelajar turun ke bawah, dan ada yang mengintai ke tingkat bawah bangunan 2 tingkat itu, Addy telah naik ke atas dan masuk ke kelas
( apekah )
” Maner Addy weih? Mana? Mana? ” semua orang bertanyakan soalan yang sama sesama sendiri. Aku kompius..! ![]()
” Addy dah ada kat atas weih! Addy dalam kelas! Banyak darah!” jerit si Anoy yang tangannya tidak lepas dek compact powder ![]()

Masa tuh aku tak tau samada mahu ketawa atau cemas. Aku rasakan saat tuh seperti kelakar sangat.
Kelakar ker? serius ni hokey..serius.. ![]()
Di saat aku sampai ke kelas, Addy keluar dari kelas melalui tangga. Cis, apa nih. Penat la naik turun tangga!
ok serius ni.
Tak sampai 5 minit kemudian, Cikgu Lartifah naik terpinga - pinga kerana mendapat berita dari guru lain bahawa Addy telah jatuh dari bangunan, naik ke kelas dan turun kembali ( complex sangatkan penerangan
Bangunan? cam tinggi jer bunyinyer kan? Biasalah…cikgu cikgi suka exaggerate small matter… )
Aku, dan beberapa saksi dipanggil ke pejabat untuk menceritakan apa yang berlaku. Kenapa aku? Aku dikatakan tidak bertanggungjawab menjaga kelas. Lergh, saper soh pilih aku jadik ketua tingkatan. Tak mintak pon. Aku menang undi hokeyy. Hahahaha like i care kan.. ![]()
So long short story la kan..pergaduhan dramatik tuh berpunca dari perebutan seorang awek nih.
Lerrrrrrrr ishk. Nak cerita pun malu nih. Hahaha anyway lawa sangat ke pompuan tu kann…curious betul aku
Addy mendakwa bahawa si Jep cuba merampas si miss diva nih dari tangan dia ( sungguh drama, drama, drama
)
Addy patah gigi. Kan dah rongak..patah depan yer. Memang macam tader gigi kalau sengih. Dengar kata, dier pakai gigi palsu dah skang
Klaka betul. Si Jep pulak kena tahan dari datang ke sekolah selama seminggu rasanya untuk menyejukkan keadaan. Aku? aku kembali mengeluarkan kertas dan pen. Hari tuh aku tahu apa yang aku tulis - Tragedi Oktober :>

Ei kenapa tragedi Oktober? Simple. Sebab peristiwa tuh berlaku pada bulan Oktober ![]()
Banyak lagi drama yang berlaku semasa abah berada di kelas 4 dan 5 MSI. Beri respon atau feedback kalau korang nak baca lagi kisah - kisah terlampau kelas kami supaya menjadi iktibar. Pergh ayat..wek wek >![]()
Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about 
16/04/2006 at 2:47 am Permalink
ape ni spektra ni.. wakakkakakakaka.. demmit ingat ade citer menarik, tragedi oktober je rupenye. haa sambung la citer tu..
p/s - ni tade idea nak update ke haper ni?
16/04/2006 at 2:51 am Permalink
Ishk…sekali sekala mengimbau kenangan dulu…banyak seyy untuk dicerita..ko ske ke? AKu leh citer banyak agik..
16/04/2006 at 11:08 am Permalink
ada beberapa persoalan..
1. si jep ke yg menolak addy? x diceritakan pun
2. jep bawak beg sekolahnye keluar.. si addy panjat meja.. pastu jatuh bangunan? hahaha.. pelik2…
3. tangga skolah ko brape byk? addy naik turun, ko x pasan? ekke
16/04/2006 at 1:28 pm Permalink
hehehe tuh bukan time kita form 4 lah wak….tuh maser form 5 pembetulan nie
then yg naik time tuh cikgu bm kiter ciktu latipah..sbb mama ros still on leave sbb hubby dier passed away
sorry termasuk campur lak
16/04/2006 at 2:05 pm Permalink
1. Kalau tak silap la erk..mereka struggle masa dekat luar..and malang nasib Addy, Addy jatuh.
2. Jep cam nak blah dari kelas aa. Memonteng la tuh… Addy panjat meja, turun meja, kejar Jep hingga ke koridor and BAM jatuh.
3. Ader 2 side. Kiterang pergi lari side kanan sebab
a. tangga belah kiri sempit sket
b. Addy dikatakan jatuh dan dikatakan lari ke bawah dan ke kanan. Tu yg gi tangga kanan tuh.
16/04/2006 at 2:14 pm Permalink
Thanx sebab memperbetulkan..biasalah..dah karat
16/04/2006 at 3:36 pm Permalink
buat aa muvi citer ni pakai dvcam,
hepan sebagai pelakon utama
16/04/2006 at 3:55 pm Permalink
ekeke ejon boley ka epan berlakon!? nnt skima gila movements dia.
16/04/2006 at 4:25 pm Permalink
boley2.. hepan la yg paling selamber..
nak berlakon jadi kajol pon bleh
16/04/2006 at 5:08 pm Permalink
Hahahaha ngarut aa koh!
Epan berlakon? Jadik mat romeo boley la kot..hak hak..malangnya kelas aku cam giler lebey…tader romeo..
Bluwekk
16/04/2006 at 5:28 pm Permalink
hurm..agak menarik citer nih..bile nak ditayangkan kat panggung nih??
16/04/2006 at 6:43 pm Permalink
Bukan untuk ditayangkan la…jembut btol…..
16/04/2006 at 7:50 pm Permalink
woah.. ape ni aku jadi pelakon utama.. demmit ..
16/04/2006 at 10:22 pm Permalink
HAhahahhaha mat romeo la epan…bley kot..keskeskes…ejon mula dulu hokeyy
16/04/2006 at 11:39 pm Permalink
uishh..giler ganas jatuh bangunan. isk3
tp takkan patah gigi jerk? takde ke terkehel bahu ke? patah tangan ke? darah sembur2 ke? baru ler syok sket. haha..saiko sebentar
17/04/2006 at 12:55 am Permalink
Hahahaha ala..setingkat pon…yg bestnyer bangunan kelas kiterang tuh berhadapan dengan bilik guru…terkujat kujat ngko cikgu sejarah yang sedang lalu menyibukkan diri…
17/04/2006 at 3:31 am Permalink
abah lak yg mula tulis entry ni..
17/04/2006 at 1:29 pm Permalink
aku tulis tak sebut pun pasal epan or drama..
17/04/2006 at 9:41 pm Permalink
muahahaha.. sian henpanz iglesias.. mat romeo.. kuikui…
17/04/2006 at 10:15 pm Permalink
18/04/2006 at 4:57 am Permalink
huhuhu…..teringt dulu mase form 5 aku gaduh ngan mong, bdk kelas aku mase form 5 Intan…kekeke
19/04/2006 at 3:02 am Permalink
Warghh kena tahu kisah selanjutnyer dari incik Hepan ney
19/04/2006 at 11:47 pm Permalink
aku tatau la nak categorized mini movie ke, cerekarama ke, tp mmg sungguh dramatis. ahahaha.
20/04/2006 at 7:38 pm Permalink
21/04/2006 at 7:13 pm Permalink
abah,
salamz..
rasa mcm baca cerpen daa.. tp yg besh sbb de ‘dealove’!
22/04/2006 at 12:53 pm Permalink
elooo besh erk…aper motif lagu lagi besh dari entry?
… well thanx sbb baca gak sambil dgr lagu
24/04/2006 at 1:59 pm Permalink