Dah lama plak rasanya tak bercerita pasal kenangan sekolah. Dulu masa abah form 4 ngan 5, abah ader hamek subjek geografi. Yer satu subjek yang amat membosankan tapi terpaksa hamekla jugek.. ![]()
Neway, nak dijadikan cerita… *ada part yang ske hati abah tokok tambah ![]()
Selepas berakhirnya waktu rehat, aku kembali ke kelas. Bersediap sedia untuk mata pelajaran yang seterusnya, geografi. Ah…geografi..aku mengeluarkan buku kulit keras yang berada di bawah mejaku dan menyemak kerja rumah semalam. Bosan..
Aku tak suka masa selepas waktu rehat. Panas dan kelas berbau asam pedas, nasi lemak, dan hapak. Hurm..aku memandang ke luar tingkap, melihat ada pelajar yang berjalan beratur untuk bersedia ke makmal sains.

” Tuk! tuk! tuk!,” kami cam tapak kaki itu. Dari jauh telah kedengaran. Tapak kaki yang bakal membenakkan para pelajar dengan soalan - soalan mautnya itu. Cikgu geografi kami Puan Seow sedang menaiki tangga sambil membawa peta besar.
” Berdiri….semua……selamat sejahtera cikgu,” aku melaungkan kata hormat dan para pelajar lain seperti kehabisan bateri mengikuti launganku. Ironinya mereka baru sahaja habis melantak makanan. Aneh ![]()

” Ok..selamat sejahtera…Now, senyap ya. Hari ni cikgu nak cerita tentang import eksport hasil pengeluaran negara kepada negara luar..,” sayup - sayup je aku dengar suara cikgu di hadapanku. Seperti biasa fikiranku melayang sebentar. Memikirkan apekah rancangan tv pada malam ini. ![]()
Sedang cikguku sedang mengajar di hadapan…tiba-tiba
” Cikgu masih ingat masa cikgu masih kecil…,” Ha….aku suka part cikgu aku mengimbas kembali zaman lamanya. Kadang - kadang aku ingin memutar masa dan hidup sebagai seorang remaja di zaman 70 atau 80-an. Entahla. Aku rasa macam seronok ![]()

” Masa tu cikgu masih kecil lagik. Petang - petang ader sorang pakcik nih datang jual tebu. Abang - abang cikgu semua akan berebut untuk memilih tebu yang paling besar,” cikgu aku memang fasih berbahasa melayu kerana dia ni ada keturunan baba dan nyonya. Aku tersenyum kerana melihat kesungguhan cikguku bercerita ![]()
Cikgu aku masih bercerita perihal dia dan abang - abangnya yang berebut tebu dengannya. Cikguku kata, ada satu masa tuh dia menangis sebab tak dapat tebu yang besar. Tapi nenek cikguku kata, tebu yang kecik adalah tebu yang manis berbanding dengan yang besar. Sekelas kami dibawa ke zaman lampau cuba membayangkan situasi - situasi yang berlaku pada masa itu. Kami membayangkan.

” YOU!!! Berikan kawasan pemprosesan tebu terbesar di Malaysia. Come on! come on! Kita tiada masa ya,”

Waaaaaaa horror…aper nihh. Tadik citer pasal tebu. Alih - alih soalan yang ditanyanya. Aku kecut perut sekarang okeyy. Segala imbasan pasal tebu tadi tiba - tiba menjadi libasan maut.
Tundingan cikgu tadi diajukan kepada Ucop. Ucop teragak - agak ingin menjawab. Aku seperti biasa buat - buat tahu walhal tidak sama sekali kerana otak tiba-tiba beku dek panahan soalan tadi.
” Come on..cikgu tak marah kalau jawapan you tu salah.. choba! choba!,” Choba tu maksudnya cuba..
![]()
” Kedah?” jawab Ucop perlahan. Mungkin dia sendiri tidak yakin dengan jawapannya.

” Lorrrrrrrrrrrrrrrr awak nih tak baca buku kaaaa??? Yang mak awak, macik awak, nenek awak beli gula pasir tu datangnya dari mana?!” Apekah…..tadi kata tak marah. Ni cam marah je…
Keji tau skill modal nak suruh orang jawab.
” Seberang Prai laaaa….. Jawapan kena tepat ok. Kalau tak nanti pemeriksa kasi separuh markah,” akhirnya cikgu sendiri memberi jawapan. Sambil membulatkan tempat Seberang Prai di papan hitam.

Huaaa apekah tau…..camaner la kami nak jawab kalau soalan yang saiko pressure! Ngaaa aku mencatat nota di kertas conteng. Dan melukis gambar cikguku yang saiko pressure ![]()
Ekekekeke…itulah kenangan abah bersama cikgu Geografi abah. Walaupun perangai dia yang sungguh unpredictible itu, abah suka cara dia mengajar sebab dia seorang guru yang berpengalaman. Banyak tips yang diberi supaya kami lulus dalam subjek itu. Dan setelah beberapa lama, kelas kami memecahkan rekod 100% lulus dalam subjek geografi SPM. Abah dapat B3 je…ekekeke banyak sangat melukis kot… ![]()
” Terima kasih cikgu,” aku melaungkan kata hormat selepas loceng berbunyi dan juga selama-lamanya. ![]()
*Mrasa mouse hover kat gambar ok. Ader captions.. ![]()
26/07/2006 at 6:20 am Permalink
mengimbas kembali zaman kegemilangan tika di zaman sekolah menengah..merupakan zaman yg x mungkin dpt dilupakan..kalo bleh nak kembali semula ke zaman tu dimana tiada pressure spt di univ..adeih
26/07/2006 at 7:54 am Permalink
btol ckp chii… sesungguhnya, aku amat merindui zaman skola… jelas nyata zaman skola zaman paling menyeronokkan… masa dkt2 nak spm, aku slalu termenung… mcm mana nasib aku nnt yerk lepas skola… mesti dah tak rasa sronok mcm time skola… aih…
26/07/2006 at 11:22 am Permalink
Huhuhu wahhh mesti best kan ko kat skolah..
Wahh ko pun? hurmm aku tak ske zaman skolah sangat sbb aku rasa aku cam loser dan skema je..ekekeke.
26/07/2006 at 11:31 am Permalink
yaya..setuju².. mase skolah dulu besh..sgt besh..ronggeng x hengat dunia..
26/07/2006 at 12:45 pm Permalink
keje lg pressure siot~
tp kan.. aku dulu sgt pasif di skolat. sangat rugi!!
x reti nak ngorat2… huwaaaaaaaaaa
nak blk zaman lampau!!
nak ngorat smua bdak pmpuan!!! haha
26/07/2006 at 12:51 pm Permalink
Ouh erghh zaman sekolah aku cam saks big time. Wakakaka
Samer la….aku plak cam skema, tader guts, dan tak jumper orang yang aku nak ngurat. Wakakakaka

26/07/2006 at 1:42 pm Permalink
tu la… klu boleh kembali semula zaman sekolah. mcm2 aku nak ubah eheh
26/07/2006 at 1:53 pm Permalink
aku suka zaman skolah aku.. kalo nk ikotkan byk yg aku leh cite kan.. hemm.. nanti aku cite satu2 kt blog.. huhuhu..
*demam ari ni tak g keje.. ni curik bukak blog jap pasni nak tidooooo.. =(
26/07/2006 at 2:02 pm Permalink
Ouh ergh? Ekekekeke malangnyer masa tak dapat diputarkan kembali
Warghhh hah kannn smalam bukan main ko menggatal nak letak tagboard kat fs! Ekekekeke kan dah demam….
Cepat sembuh k my sloth… 
p/s: korang nih tak baca ke citer aku tulih panjang lebar ni…hurmm
26/07/2006 at 2:30 pm Permalink
aku bace wei~~
26/07/2006 at 2:39 pm Permalink
aku dulu sgt nakal time skool.xmacam totin.totin baek jer.xpernah ponteng.aku plak kaki ponteng.tp zaman skool besh r.xpressure.tp xngorat sesapa pon.sbb aku skool ppuan r.miahahah
26/07/2006 at 4:15 pm Permalink
ekekeke tengs..
ouhhh skool pompuan…
taper janji ko tak pressure
26/07/2006 at 6:06 pm Permalink
skola adela tmpt yg paling best.. hehe
26/07/2006 at 8:15 pm Permalink
baca dah..sebab tu kasi komen..
cam x best je waktu abah skolah dulu..dpt cikgu cam tu..
kitorang dulu slalu buli cikgu…hahaha..cikgu ngajar dpn..kitorang wat hal sendiri kt blkg…adeih..pastu x pasal2 kena..
26/07/2006 at 8:33 pm Permalink
Huhuhuhuhu
ofkos la kena dah ko dok chit chat kat belakang..ekekee kiterang tak berani… kang dier hamek tebu betul hempuk sekor2
27/07/2006 at 5:23 am Permalink
arghh ko citer camnih…teringat ler zaman skola dulu…cikgu2 nyer sumer besh sporting giler…arh school life… those were the days…
27/07/2006 at 5:25 am Permalink
ikutkan nak ajer aku wat kronologi time skola dulu, dari form 1-5, setiap tahun memacam perkara besh berlaku…tapi aku ni tak ler se creative cam abah dalam penyusunan kata-kata nih…tabik sama lu ler abah…huhu
27/07/2006 at 10:25 am Permalink
ala ko nih…cam tak biasa wat karangan bercerita plak..konsepnyer same je…cuma less skema..citer aaa…aku bukak citer ni pun sbb tader benda nak update and atleast site berupdate..
27/07/2006 at 1:42 pm Permalink
azmi, abah mmg terer bab bersastera…miahahah
27/07/2006 at 3:58 pm Permalink
bravo!!
eh, sonok kan zaman mude2 dulu
huhu
tp, fiza ni ilang ingatan arr
tak ingat sgt kisah2 mase skola
camne nak cite?
27/07/2006 at 4:49 pm Permalink
heh aku time skola dulu pon BM tak dpt kredit…terpaksa amek kertas Julai baru ler dpt kreditnyer…
27/07/2006 at 7:26 pm Permalink