Kehilangan

Pertama sekali, Al- Fatihah buat saudari seblogger, Nur Asha Dina / Ashadinaz yang telah meninggal kita pada jam 11.45 malam pada 27hb Ogos 2007 yang lepas. Arwah menghidap brain cancer. Berita tentang arwah diketahui pada tengahari tadi dan terima kasih kepada Cuya yang telah memberitahu abah perihal berita ini.

 

Blog arwah

Abah tidak berkesempatan mengenali rapat dengan arwah tetapi seingat abah, arwah pernah meng-add abah sebagai salah seorang rakannya di blognya. Dan abah juga sempat meng-add arwah. Siapa sangka perkenalan kami di dalam dunia blog, cuma seketika. Sayu sangat-sangat apabila abah membaca posting terakhir arwah. Gambar bawah di sebelah kiri blognya…..

 

Kenangan seketika

Takziah ke atas keluarga, saudara mara, sahabat handai yang begitu rapat menyokong beliau selama ini. Tuhan lebih sayangkannya dan pemergiannya merupakan salah satu kisah pahit yang tercalit sepanjang abah berblogging. Kepada rakan seblogger, mari sedekahkan Al-fatihah ke atas Nur Asha Dina / Ashadinaz.

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

Trackbacks

  1. [...] Snapshot blog Arwah Dina Semalam aku berjalan-jalan didunia tanpa sempadan nie.Ntah la,terasa macam bosan giler.Nak buat keje ...