Im back! Sort of [ part 1 ]

Well, what can i say, domain skolblog.net sedang di dalam redeption’s status. Kena tunggu 100 hari bagai kaedahnya untuk beli balik pada harga normal. Kalau ada duit USD150 baru boleh pakai. Ko gila?! Ko hengat aku Paris Hilton yang kasi hanjeng dier minum air mineral USD500 itu ka? Ko kenapa?!

Neway, Selamat Hari Raya! *Otak kao nak habis dah Syawal ni…barula nak hulur-hulur kuih raya segala. Btw, kuih raya kat rumah pon dah tinggal habuk je.

Orangnya taderla ramai sangat nak datang kan Yepan?

Ujung pangkalnya, buat kuih nak ghak, pastu makan pon cam nak ghak jugak. Ghak betul la. Over.

Ok, matila ngkoh ini adalah entri campur terpanjang rasanya dalam sejarah abah berblogging. Nak citer start dari Abah balik kampung sampailah ke sambutan jamuan hari raya ofis abah. Tapi taper, abah buat part by part ok *matila telenovela.

Ok, macam tahun-tahun lepas, abah bersama adinda, ayahanda dan bonda pulang ke kampung ke rumah nenda di Terengganu. Tahun ni mrasa abah kena kasi duit raya kat bebudak. Dah bekerjaya bagaila kan kaedahnya. Neway, taper orang kata nanti rezeki murah. Ye ke? Mandai je buat idealism sendiri. Taper kita tengok.

Dah sibuk raya bagai, abah sempatla jugak berfeeling-feelingan keseorangan di Pantai hembusan bayu kan. Wajib tu kalau balik kampung mesti pergi pantai. Abah pergi sorang je. Cam biasa, pikir itu ini last-last jadi tension pulak. Alih-alih malas pikir dah, lantas pulanglah kami sekeluarga ke Melaka.

 

Sebelum balik Melaka, abah sempat la jugak belanja adinda paling bongsu abah semperna hari jadinya yang ke15 tahun. PMR lagi. Abah dah janji dengan dia kalo dapat 5A ke atas, abah akan belikan I-pod kecik untuk dia. Matilaaaaa dier pulak gi pulun habis-habisan masa PMR ari tuh.

 

 

 

 

Abah ada cakap yang abah akan masuk kerja pada hari raya ke-3 siap hamek overtime segala kan. So, start raya ke-tiga, pulunlah habis-habisan OT itu selama dua minggu. Itu yang sedar tak sedar, domain dah expired.

Macam gambar-gambar kat atas ini diambil semasa kami semua telah pun menyiapkan semua kerja pada pukul 2:30 pagi. Kepuasan membuat kerja siang dan malam selama 2 minggu rasanya terbayar apabila semua kerja tu siap sebelum tarikh dateline sebenar. Ala-ala

” Hamek ko. Lalala… pose. Lalala pose”

Kan… Masa first week hari Jumaat tu, big bos belanja Domino’s Pizza. Mrasa 15 orang makan 20++ kotak of Pizza. Gila ngkoh. Pastu bolehlakan tanye kenapa semua orang-orang SII badannya montok-montok. Huwahuwahuwa…Gambar masa makan Pizza segala tu tak sempat nak hamek sebab kebulur sangat kaedahnya *Sadis.

Then masa hari Jumaat minggu terakhir ber OT pulak, big boss sekali lagi buat makan-makan KFC pulak. Jamu SII dengan Netlinx. Maaaakan je la kejenye. Taper. Bahagia sangat *matila diet.

Ok, ini adalah gambar big-big boss kami dari German. Mr. H katanye. Masa dia bagi ucapan, kelihatan malu-malu pulak pekerja berdedikasi sepeti kami ini untuk menonjolkan diri. Kan..semua sopan je duduk simpuh segala.

Pas dier dah dok puji-puji sebab pekerja berdedikasi bagai, cuba tengok apekah yang terjadi…

Macam nak ghak capai ayam. Ayam goreng, goreng ayam, mak ayam, anak ayam, semua ni dok pulun makan 3, 4 ketul sorang. Dah nama lunch hour time kan. Harus pelahap!

Tengok jugak ke mana bos kami diheret..! Tercengang-cengang dier..memikirkan dari manakah semua orang muncul secara tiba-tiba.

Then, yang pakai baju hitam berambut cantik tu is Chris. Minah sempoi yang kengkonon ngah ayu mengambil hayam. Yerla..kang sekali dengan rambut-rambut dier termasuk pulak dalam bucket. Takkan KFC tuh nak tukar nama kepada Ayam KFC berperisa rambut Chris?? Harus lepas ni Team Lead abah yang sorang tu nak celup jugak rambut dalam bucket hayam! *Otak kao nanti tak flawless katanye.

Okla…bila dah kenyang gila bagai, haruslah lepas tuh pergi membuat hembusan naga di luar ofis. Posing tak hengat ni. Satu benda kalau SII ni bila pantang nampak kamera. Kalau tengah-tengah cakap borak-borak, nampak kamera jer, semua cam pose-pose ANTM la..kontrol macho la..then sambung balik borak-borak *Hah kan…gila tau.

Berbaju kurung pink tu is Pedd. Ko jangan tak tahu yang dier ni banyak dah keluar TV. Melodi bagai pon ada. Selalu je dengan Cat Farish. Ngee dengar citernya akan kuar album. Motif ada artis bagai dalam ofis ni? *Suka-suka. Pasnih abah pulak jadi artis. Backdrop tong guling-guling atas pentas. Kan….

Macam tajuk dekat atas tu jugak, entry ni is by part. Part 1 hah…tak larat la nak edit gambar upload gambar selai-selai blogspot ni *saiko.

Janji korang lepas rindu sudah la yek. Siapa yang baca ni, sebar-sebarkanlah kepada member-member blogger yang still blur lagi kenapa skolblog.net taleh bukak.

Blog ni sementara je…kalo dah ok, gue on balik.

Nantikan entry kedua : Rumah terbuka, Masquerade Party and Jamuan Raya SII.

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

  1. MiruL
    07/11/2007 at 4:44 pm Permalink

    ANTM tu hape? Wuish.. mementangla x best gune blogger ni, saiko baek punye hengko ek.. kekekeke.. haish.. rindu lak aku kat skolblog ko tu.. xpe2 sabau.. bulan doblas kn?

  2. se7enser
    07/11/2007 at 7:37 pm Permalink

    aku terbukak site kau kat ie tadi.. kuar font webdings ke ape tah yg ada byk logo bagai tuh T__T

  3. Abah
    07/11/2007 at 8:40 pm Permalink

    It should be ok now :)*curse html coding segala.

  4. Abah
    07/11/2007 at 10:21 pm Permalink

    P/s:ANTM tu America’s Next Top Model..Hohohohoho and yes lan 12