Artis: Nidji
Song: Biarlah
Kadang-kadang dalam hidup ni, kita akan rasa sama sahaja. Mengulangi benda yang sama pada setiap hari. Tak bosan ke?
Then, itu terpulang pada kita untuk mencari sesuatu yang boleh membuatkan kita membezakan setiap hari itu dengan hari-hari lain.
Ada orang, suka dengan kehidupannya yang pergi dan berlalu di depan mata, dan ada juga yang menunggu sesuatu atau mencari sesuatu untuk kepuasan diri.
Ada juga yang masih menanti seseorang untuk menemani mereka yang berada di dalam kesunyian. Ada jugak yang tidak bersedia menunggu kehadiran seseorang itu.
Aku? Masih berdiri dengan kehadiran bayang-bayang sendiri. Berpaut dengan kehidupan sendiri yang kadang kala mengundang kesunyian.
Malas itu juga adalah salah satu sebab mengapa hidup ini bosan. Malas keluar, malas bersosial, malas dari segala genap sudut. Malas.
Dan bosan juga dengan segala jenis benda yang membuatkan fikiran aku berkecamuk. Buat masa ni aku sangat bosan dengan mereka-mereka yang membuatkan aku lebih sunyi dari kebiasaan. Aku bosan dengan mereka yang menagih perhatian, menagih kasih sayang, menagih khabar dan akhirnya ketagih dengan kebencian dan kebosanan orang lain. Ergh.
Pagi tadi adalah satu hari lagi untuk aku melangkah keluar menyara diri. Hari-hari ceria dan semestinya dapat aku abadikan sendirian.
Aku rindu. Rindu pada sesuatu yang tidak dapat aku fikirkan buat masa ini. Aku tidak tahu apakah benda yang membuatkan aku rindu. Adakah sudah mencapai tahapnya di mana aku harus mencari sesuatu yang boleh membantu aku melepaskan apa yang terbuku di dalam benak fikiran? Adakah terlalu awal? atau…terlambat sudah?
Setiap hari aku merasakan bahawa hidup aku hidup kerana orang disekeliling aku. Membantu aku untuk mengukir senyum. Bila sendiri, aku bingung. Sememangnya kita tidak boleh hidup dengan sendirian kan?
Setiap hari juga aku berharap agar diri aku akan menjadi lebih baik dari semalam. Semalam aku tidak baik. Aku jahat.
Dan hari ini adalah satu hari lagi untuk aku mencari sesuatu yang tidak diketahui. Bingung. Bodo.
*Matila bosan.
Popularity: 46% [?]



5 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL