Goodbye 2007

Artis: Pixel
Song: Jadi Yang Terbaik

Bye-bye 2007

Blog adalah satu benda yang amat mudah. U can read it, or leave it kerana blog itu adalah satu benda yang peribadi. Malanglah bagi mereka yang tidak dapat melihat sesuatu pembacaan itu sebagai satu unsur nasihat ataupun peringatan dan mudah melenting.

Bagi abah, abah mula menulis blog pada tahun 2002. Pada masa itu, abah hanya menggunakan html sebagai platform untuk berjinak-jinak mengenali orang luar dan berkongsi pengalaman. Pada masa itu, abah terasa sangat bebas kerana tidak ramai yang mengenali abah apatah lagi membaca blog abah. Kadang kala abah selalu berfikir bahawa adalah lagi baik jika tidak dikenali orang lain daripada dikenali.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Semakin ramai pula yang membaca blog abah dan kadang kala abah alpa bahawa di peringkat ini, sudah banyak mata-mata yang memerhati setiap perihal tingkah laku abah. Pelbagai jenis manusia yang datang membuka blog tetapi akhirnya kecundang dek cemuhan orang ramai yang sememangnya bertindak agresif apabila merasakan bahawa mereka termakan cili-cili yang disajikan oleh penulis blog.

Blog itu indah. Jangan jadikan blog sebagai satu landasan untuk melepaskan ketidak puasan hati. Bersemuka adalah jalan terbaik untuk melepaskan amarah. Ada eloknya jika memberi kritikan membina daripada membunuh.

Abah tahu bahawa abah adalah seorang yang boleh dianggap “loud”. Lantang dalam menyuarakan ketidakpuasan hati. Begitu juga dengan Cik Na. Lantang di sini adalah untuk memberitahu kepada mereka-mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar disebalik apa yang terjadi. Semua benda adalah bersebab. Tidak mungkin sesuatu benda itu terjadi jika tiada pencetus perbalahan antara satu sama lain. Abah memohon maaf jika selama ini entri abah melukakan hati pihak-pihak tertentu. Abah juga telah lama memaafkan mereka-mereka yang terlibat dalam menyinggung hati abah ini. Terpulang pula kepada mereka untuk memaafkan abah. Masih memaafkan tetapi sampai mati akan mengingati.

Bak kata Cik Na, Abah juga kadang-kadang sedih kerana kebanyakan mereka-mereka yang bertindak agresif itu adalah dari kalangan bangsa sendiri. Kenapa tidak sama-sama tunjukkan kepada orang lain bahawa bangsa kita mampu mencapai sesuatu yang dinggap taboo selama ini? Pecahkan stereotype dan mula melangkah kehadapan dengan sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan bangga dengan skill kutuk mengutuk, malas, dan mudah berputus asa.

Malam ni kita akan bertemu dengan tahun 2008. Tahun baru yang tidak dianggap baru jika mentaliti dan keazaman masih berada di takuk lama. Berpesan kepada diri sendiri dan orang lain. Salam 2008.

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

  1. Fahmishah
    31/12/2007 at 7:45 am Permalink

    dengan blog sekarang sudah boleh melakukan apa sahaja.

  2. Abah
    31/12/2007 at 8:52 am Permalink

    Absolutely rite….

  3. aida
    31/12/2007 at 11:47 am Permalink

    get ready to experience more life, more ehem love n make new memories~! :)

  4. wan
    31/12/2007 at 3:19 pm Permalink

    ala.. takde drama…
    hahhaha abah heppy new yearr… yey mlm ni kita makan daging salaii.. mana datang tah aku pun tataoo

  5. Abah
    31/12/2007 at 3:27 pm Permalink

    aida on December 31, 2007 at 11:47 am said:

    get ready to experience more life, more ehem love n make new memories~! :)

    Sure…ill try my best :)

    wan on December 31, 2007 at 3:19 pm said:

    ala.. takde drama…
    hahhaha abah heppy new yearr… yey mlm ni kita makan daging salaii.. mana datang tah aku pun tataoo

    Ko hengat blog aku ni cerekarama???? Selamat Tahun Baru juge..jgn makan lain sudehhh*ops

  6. Caps
    31/12/2007 at 4:18 pm Permalink

    Hepi newyear..
    Bila baca apa yg ko tulis ni mmg benar…memana blog yg glemersss….ada saje pedengki..memula jadi silent reader..dok baca..setiap hari bukak..tgk apa yg di update..pastu mula tak puas hati dgn life org tu…
    Ehem…biasanye kan bila kita baca blog org..otomatik kite sedang memasuki alam kehidupan owner blog tu…jadi perasaan cemburu…dengki…tetiba mesti muncul…
    Aku pun penah kene…aku tak tulis mende pun..byk pasal anak je…itu pun boleh jadi kes dengki gak?

  7. Cik Na
    31/12/2007 at 4:57 pm Permalink

    Blog mak ayam kan cerekarama…. wawawa… suker suker… kesempatan yg ader nie.. selagie jari cik na boler manaip lagie nie.. cik na nak wish selamat tahun baru … nak sampai penghujung 2008 tuh bukannyer lamer tapie nak sampai matlamat tuh yg lamer.. ingat tuh … semoga eppy selalu and walau (amik tissue cepat*) baru kenal 6 bulan nie.. myself alwayz eppy when you are beside me… muaachhh from me…

    *suara David - huhuhuhuhuhuhuhuhuh*

    Chiow bello…

  8. Abah
    31/12/2007 at 5:32 pm Permalink

    Caps on December 31, 2007 at 4:18 pm said:

    Hepi newyear..
    Bila baca apa yg ko tulis ni mmg benar…memana blog yg glemersss….ada saje pedengki..memula jadi silent reader..dok baca..setiap hari bukak..tgk apa yg di update..pastu mula tak puas hati dgn life org tu…
    Ehem…biasanye kan bila kita baca blog org..otomatik kite sedang memasuki alam kehidupan owner blog tu…jadi perasaan cemburu…dengki…tetiba mesti muncul…
    Aku pun penah kene…aku tak tulis mende pun..byk pasal anak je…itu pun boleh jadi kes dengki gak?

    Haaa kan…tapi aku takder la sefemes yg ko sangkakan cik Caps… Biler dah tulis, kita dah boleh aspect yang bebenda ni mesti terjadieee :p So benda terbaik adalah untuk bersabar dengan semua jenis manusia yang sememangnya keinginan mereka mustahil dipenuhi… ;)

    Cik Na on December 31, 2007 at 4:57 pm said:

    Blog mak ayam kan cerekarama…. wawawa… suker suker… kesempatan yg ader nie.. selagie jari cik na boler manaip lagie nie.. cik na nak wish selamat tahun baru … nak sampai penghujung 2008 tuh bukannyer lamer tapie nak sampai matlamat tuh yg lamer.. ingat tuh … semoga eppy selalu and walau (amik tissue cepat*) baru kenal 6 bulan nie.. myself alwayz eppy when you are beside me… muaachhh from me…

    *suara David - huhuhuhuhuhuhuhuhuh*

    Chiow bello…

    Ko ni diva sangat ke tanak masukkan email???? Setiap kali nak bawak kuar konyer gambar? Motifff???

    Terima kasih juga atas wishes ikhlas dari Cik Na tuh.. *dah lap air mata. Motif suara David keluar? Terus terkejut campak mahkota.

  9. syia
    01/01/2008 at 8:05 am Permalink

    waaa.. bagus la cam ni.. tapi kadang2.. x boleh nak kawal daripada menjadi terlalu jujur aka. loud kat blog sendiri.. sebab x ada platform nk luahkan.. tapi kene kawal diri kan? ;) all da best tahun baru ni

  10. LilyLulu
    02/01/2008 at 2:20 am Permalink

    camat tahun baru abah !!
    moga tahun nih lebih baik dari sebelumnya..
    Insya-Allah ..

  11. Abah
    03/01/2008 at 9:51 am Permalink

    syia on January 1, 2008 at 8:05 am said:

    waaa.. bagus la cam ni.. tapi kadang2.. x boleh nak kawal daripada menjadi terlalu jujur aka. loud kat blog sendiri.. sebab x ada platform nk luahkan.. tapi kene kawal diri kan? ;) all da best tahun baru ni

    Itula pasal…taperla..all the best to you too syia!

    LilyLulu on January 2, 2008 at 2:20 am said:

    camat tahun baru abah !!
    moga tahun nih lebih baik dari sebelumnya..
    Insya-Allah ..

    Selamat tahun baru juge…All the best. Hopefully 2008 will gonna be the best year ever in our life. Insyallah

  12. chot
    04/01/2008 at 9:35 am Permalink

    xterlambat kot utk aku wish happy new year pada ko…heheh
    lawa komposisi gmbar ko tu…

  13. Abah
    04/01/2008 at 9:39 am Permalink

    Thanx! Tak terlambat pon… :p Selamat tahun baru 2008 yek.