
Artis: Vagetoz
Song: Kehadiranmu
“Bebaru ni aku banyakla termenung. Kengkadang rasa ok. Pastu tidak. Kesian kat dia yang selalu je kena tempias mood swing aku. Tetapi dia pon dah lali sket-sket dengan perangai aku yang unpredictable. Awal-awal aku dah cakap yang aku ni kengkadang memang cam ni. Masa je dapat heal kalau angin puting beliung tu datang. Kasi aku masa, terus oke balik. Makin diprovoke, makin menjadi-jadi so kalau mood aku tak ok, kasi aku sendirian and i will be just fine,”
Neway talking bout my what-so-called-life, Jumaat lepas abah pergi join bebudak ofis pergi main badminton kat dewan Bangi. Pukul 10 sampai pukul 12. Bukan pagi, bukan tengahari oke. Malam kaedahnya. Rasanya dah lama giler dah tak main badminton dan seingat abah la kan… last time main badminton masa sekolah dulu *matila kertu. Masa kat MMU pon taderla seaktif ni. So, gigih tak gigih terpaksalah mengembalikan otot-otot yang dah berkarat.
Masa sejam pertama tu kiterang main tader net. Si Roy ni pulak balik rumah dulu kat Sri Kembangan then baru datang ke Bangi. Sementara menunggu Roy, kiterang leh bantai main badminton ala-ala tenis. Kalau bola jatuh lantun sekali meaning still boleh pukul. Kalau bum dua kali meaning taleh. Sesat kejab ajaran kambing hitam mana ntah dipraktikkan *migrain.
Dah pukul 11pm camtu baru Roy and the geng datang memeriahkan suasana. Abiskan main dalam sejam tu, terus gi makan. Abah makan sup sayur je *motif nak bagitahu jugak makan apa? Kesian pulak Cik Na malam tuh yang dah jadi ala-ala zombie kebuluran masa tengah main-main badminton. Dia main kejab je sebab lapar banget. Lain kali rasanya kena makan dulu baru boleh main badminton*hangguk²
Motif gambar tunduk pe-feeling nak terjun kolam bagai? Ini namanya kes malas mengangkang *matila adik beradik.
Tu dia… bersemangat sekali Zam ngan Emey (camaner eja ek) berganding bahu segala mengharungi ancaman kuasa-kuasa kencang si musuh.
Ok dah bosan. Citer lain pulak * sambil hamek remote berikat getah Astro yang kehilangan penutup bateri.
Sabtu hari tu, abah gi temankan Yepan dan Yemah yang ber-craving bagai nak pergi merasa donat femes yang tengah laris kat pasaran- J.Co Donuts. Yemah beli set besar sekali. Dah ala-ala beratur panjang giler, harus dia borong semua donut kat situ. Katanya, lepaslah satu wishlist dier ari tuh.
Hah kao. Tu dia… Umat manusia yang tak hengat ramai nak makan donat. Giler kan? Kalau korang nak tawu, saingan besar untuk J.co Donuts ni is Big Apple. Dua pendatang ni pulak, dah lama mencampakkan Dunkin’ Donuts yang selalu je keras dan kejung di Shell. *Pasrah hoke bila pikir balik zaman-zaman beli donut kat Shell depan rumah yang dikatakan kejung itu.
Nah hamek kau. Buat kepada pembaca blog abah yang dah lama tak nampak gambar makanan kan… Ko gila apa abah tengah diet segala pastu letak gambar yang menggiurkan pulak?! Taper korang kan suke tengok gambar makanan pastu tanya abah maner beli semua tapi sorang pon tanak belanja abah gi jengjalan makan sama. Motif?
Nah lagi satu shot gampang. Close up baaaek punye. By the way, kelmarin kat ofis abah, bos bahagian management pon pergi beli menatang alah donut ni. Matila donut ni dah mandrem semua orang ke?? *larikkk
Ni set abah belikan untuk Mr. Nitty. Sib baik dia suka. Abah taram je beli yang mana nampak sedap ![]()
Ahad pulak, abah tak buat apa. Just temankan Yemah gi Alamanda untuk window shopping and beli barang dapur rumah dia. Okla kan jengjalan burn kalori (poyonye) daripada duduk je depan pc membesarkan perut *mata melirit pada Yepan yang kebizian membuat kerja itu ini masa hari tu.
So… Sabtu minggu ni abah kena datang kerja. Kejar dateline katanye. Tapi minggu ni paling happening dah plan seme. Adeh..mampukah terkejar-kejar?
P/s: Lagu atas tu best banget. Terus Abah cari satu album. Bila dengar, semuanya sedap pulak. Matila dah pasang berjuta-juta kali minggu ni. Vagetoz ni kapan mauk datang ke Malaysia ya? * Eh naper tetibe slang Indon ni. Humm… gila.
*Kredit gambar courtesy from Yemah and Cik Na cameras.
Popularity: 86% [?]












17 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL