Artis: Matt Wertz
Song: 5:19
Matila bersawang…Geng Budak Jahat of SII pon dah reti² nak update blog. Over pulak tuh, mementangla dah boleh mengupdate di ofis, terus update sekali dua entri sehari!
Sambil buat muka tak bersalah, abah pon memulakan rangkuman cerita past tense yang berlaku pada minggu lepas.
Jumaat lepas, ofis abah ada buat this hi-tea party yang dikendalikan pula oleh team dari Netlinx. It was happening sebab SII ada. Kalau rasanya SII tader, Netlinx mesti kebosanan *diela kutuk. Kutukan membina… *cover kang kena sambar petir.
Oh luper nak cakap kenapa gambar entri kali ni cam ala² dramatik kaedahnye. Erm…actually abah baru jumpa this one function dalam kamera Lumix abah yang membolehkan pengguna mengambil gambar secara panaromic. Ala…memanjang kaedahnya. Dah beli kamera tu nak dekat setahun, baru tahu ada function ni hokey! So benda ni cam menarik pulak instead of using the old gambar tepek dan diletakkan di dalam skolblog. Lagi pon, nampak la feeling² macam tengok movie wide screen kan? *berangan.
Neway, masa kiterang masuk je dalam restoran tuh, ada kiraan tekaan bola ping pong dan puting botol susu. Abah teka benda dalam balang tu 100. Jawapan dia 120. Bodo tader luck hari tuh. Taperla sebab lepas tu ada banyak games lagik. Hadiah sangat banyak hoke. Dari benda kecik seperti pen sampaila hadiah yang sangat menarik macam baucer, pen drive 2 gig, DVD player, dan juga microwave! Bukan microfon hoke. Microwave! Hahahahahaha hamek kao.
Abah masukla this one games called Taboo. Malas nak cerita game ni pasal apa. Korang cari jer dalam tenet yek. Malas cerita sebab tak menang. Hahahaha… no luck. But abah punya group geng budak jahat memberi sokongan. Group kiterang memang beri sokongan padu antara satu sama lain. Muafakat membawa berkat *matila tema high tea party hari tu hagaknye ![]()
Hoh lupa nak cakap. Masa register petang tuh, saper cepat akan dapat hadiah.. Its calculator SII. Bolehla kan daripada tak dapat ape pon. Cam tetau je nak kira hutang senang *lariii…
Sebahagian daripada Geng budak Jahat dah update pasal cerita ni. Apa kata korang baca gak entri kat sana. Gambar pon ada. Blog Chriss dan Cik Na. Blog Wan kecik ngan Widah the budak Thai tatau la kalao derang nak update pasal ni. Humm… Hari tu jugak dapat Ang Pao sempena Chinese New Year. Berapa? Bolehla…lepas beli kek secret resepi 2kg hari tu untuk my mom’s birthday ![]()
Malam tu pulak, SII ada buat FutsalMania 2008 yang diadakan di Kelab Komuniti Cyberjaya. Al-kisahnya, abah ditugaskan untuk mengambil gambar candid masa berlangsungnya pertandingan tu. So, gambar yang bakal disaksikan oleh korang ni, mempunyai banyak angle aneh dan ala² mengintip kaedahnye.
Malam tu ada 4 team yang bertanding. Team merah, biru, hitam dan putih. Rata-rata malam tuh abah rasa bestla tengok derang ni main kejar² bola segala kan sebab abah mana reti main bola…
Kan… korang kena ingat…ni konsepnya sembunyi² memukul gambar dari aras perut. Wakakakaka…
Gambar kat atas tu bukan iklan tajaan Celcom yek walaupon kelihatan sebegitu. Rasanya mereka adalah penyokong kumpulan biru? Misteri…
Baik punya team import. Horror oke tengok derang main bola. Berlari je dah tercampak orang lain. Kengkadang abah kompius pulak sebenarnya derang ni main bola ke main rugby? Btw, nice game dude *matila derang baca ke skolblog? Feeling² derang baca sudeh!
Sedang abah fefeeling tangkap gambar dari aras perut, tanpa disedari sosok aneh di atas itu tetap tanak buat konsep gambar² candid dan memberikan jelingan Pontianak Sundal Harum Malam. Btw, flawless Cik Na. Tepuk²! Ko tak makan hati tetiba tangan dier jadi sangat anak patung? Sapu ngan Vaselin ka?
Tu dia Flop Poppy pon tengah tengok Futsal malam tu. Ekekeke no lar, its Ezmal selaku manager bagi kumpulan Merah kaedahnya. Derang ni dan² je buat² tak nampak kamera padahal tengah tarik perut kontrol hensem gamaknye.
Tu dia… Berbaju merah si Mann sedang memikirkan strategi untuk mengalahkan pihak musuh. Widah selaku pemegang papan markah, sedang terkemut-kemut memerhatikan permainan untuk mengira markah dengan adil dan saksama. Lei? Ditutop baek punya dengan tangan gergasi si Mann *diela.
Gambar ni je yang clear sebab kamera kecik abah ini tidak mampu untuk mengambil gambar orang berlarian mengejar bola. Nanti semua gambar nampak cam hantu. So, malam itu, kamera abah telah dicampakkan oleh kamera Yoda di bawah ini.
Kan…..Nanges. Kamera abah yang tercampak jauh kelautan. Hanyut dan terbang di awangan. Weee…. Gile.
Oh how i wish i had a DSLR camera. Tapi nak beli kereta baru dulu. Tapi nak beli perfume baru sebab perfume dah habis. Tapi…tapi… ![]()
Jab abah gi semai duit belakang rumah. Bolehla buat musim menuai pulak nanti. Lalalala…. *Hotak kaoOoo.
Oh btw, hari tu
1st place - Biru
2nd place - Putih
3rd place - Hitam
4th place - Merah
Best player- Encik Ferdousz
Congrats guys! Tader menang tader kalah. Yang penting semua had a great fun malam tu. Salute.
Popularity: 67% [?]


















29 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL