
Artis: Tiket
Song: Biar Cinta Menyatukan Kita
Hujung minggu datang lagi dengan penuh kebosanan yang melanda hidup. Jiwa meronta-ronta nak gi shopping tetapi apakan daya, ada benda yang menghalang abah untuk berbuat demikian. Mrasa la korang baca sampai habis kalao nak tahu.
Sebelum itu, abah nak mengucapkan selamat hari lahir kepada Naju yang menyambut birthday nya pada hari Sabtu lepas. Abah telah dijemput untuk datang. Biasala kalau takder orang gila, majlis tak happening kan. Nasib baik Iss pon ada. Kiterang kalao dah jumpa terus gila kuasa dua.
Walaupon majlis pada malam pagi itu dikatakan penuh dengan drama-drama swasta, pergolakan emosi dan sebagainya, abah tetap nak mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang memberi sepotong kek blueberry pada hari itu.
Oh malam tuh, abah sempat berjumpa dengan Cik Rina Ramli yang sudah sekian lama menghilangkan diri sejak setahun yang lepas. Dikatakan bahawa beliau telah bekerja sebagai pramugari Air Asia. Huwaa semakin cantik la dier ni. Tercampak sekejab daripada kecantikan abah ini *nangis.
FYI, Cik Rina ni adalah orang pertama abah kenal 6 tahun lepas di MMU. Kenal dier ni masa majlis ice breaking kat MMU. So, walaupon masa tak panjang, kiterang sempat jugak catch up sekejab-sekejab dengan mengimbas kembali zaman-zaman sengal di MMU. Termasuk trademark kiterang “Gelak-gelak lantas tido”
“Hahahahah Zzzzzz,” Hah camtu kaedahnye. Aduh terasa syahdu plak malam tu. Semua dah bekerjaya bagai. Oh ye, speaking about Air Asia, ia semakin hampir dengan clue kenapa abah tidak boleh bershopping sakan tu. Teruskan membaca.
Then, tengah hari Sabtu pulak. abah sekali lagi dijemput oleh Encik Saifuddin aka Nitty ke majlis perkahwinan abang beliau yang diadakan di dalam dewan Percint 8. Suka la kan kalao dijemput. Boleh feeling-feeling orang kehormat katanye. Kehormat ke? Matila.. Ala, dah tader plan yang mendatang ada baiknya abah memenuhkan slot makan-makan free di majlis tersebut.
Dapatla hah tuala merah tanda penghargaan para tetamu yang hadir pada hari itu. Yemah dapat beg besi berisi gula-gula. Nampak mahal. Bajet tidak diketahui. Misteri. Kiterang terlepas bab kompang-kompang bagai walaupon perjalanan dari rumah abah ke dewan itu hnyalah 5 minit. Bolehla feeling² Diva datang lambat sket. Hahahaha… tak kelakar.
Hari Ahad, hari bosan. Tido satu hari. Buruk betul perangai. Macam jugak si Wan Schorchys jugak yang ala-ala panas nuraka duduk jer dalam bilik kerana kebosanan yang melanda.
Ok, abah nak buat announcement *sambil ketuk periuk.
Sebenarnya abah akan mula start kumpul duit untuk kawin tahun ni.
Hotak kao. Salah skrip neh.
Abah akan kumpul duit pergi Phuket la bulan 7 nih!!! Hahaha terrtibeee je la kan meroyan nak ke Phuket kaedahnye. Kalao korang nak tawu details pasal citer ni, korang klik sini. Wan dah cerita habis pasal trip kiterang yang haru biru tu. Bagaimana ianya terjadi sampaila boleh booking sesuka hati *Mrasala Wan, konyer blog statistik melambung nanti.
Trip pergi balik just RM400 termasuk tempat tinggal. 3 hari dua malam kaedahnye. Kan…terima kasih promotion Air Asia! Mintak-mintak jumpa Rina. Hahahahaha matila kejung buat demo depa-depa tangan kat depan nanti.
Walaupun hanya Rm400, duit untuk berbelanja dan juga pasport belum disediakan. Tambahan lagi, road tax kereta pulak nak mati. Sedeh! Tetiibee banyak plak duit nak pakai. I try my hardest untuk jadikan semua itu suatu realiti *mata membara.
Anyway, itu jer abah nak cerita sebenarnya. So I’m going to Phuket bersama Cik Na, Lei, Wan, Widah and Farina ! *pengsan. Rombongan Cik Na ka? Sa Wat dee ka! Hayoo Widah! Cepat tukar jadi cikgu ajar kiterang bahasa Thai sekarang jugeeee…
Note: Gambar kredit to Yemah.
Popularity: 83% [?]









31 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL