Kebiasaannya, ofis abah akan busy setiap masa. Ada kalanya, takder kerja yang nak dibuat. Masa ni, semua designer mula la menunjukkan skill masing-masing dalam membentuk kreativiti diri yang sudah lama berkarat.
Macam abah, abah akan ikut jer apa yang tangan ni nak buat (matila berhantu) Tup-tup, abah dah buat dua wallpaper desktop. Tetibe jer la kan. Dah lama tak buat bebenda mengarut macam ni.
Taper, boleh dimasukkan ke dalam portfolio jugak kaedahnya. Kalo korang nak, korang klik jer la gambar-gambar tu pastu seperti biasa save as kan aje. Ala macam tak biasa pulak curik mencurik gambar ni di alam maya *smash ka?
Then, ader this one komik strip pulak kaedahnye. Menceritakan tentang kesangapan abah di ofis. Matila badan dah tepu dengan nikotin serta bagai-bagai lagi. Belum pulak dicampur dengan kesengalan Geng Budak Jahat kat ofis ni. Jadi gila pulak sekejab. Eh, bukan gila setiap hari ke? *run-run.
Gigih pulak kan buat bebenda macam ni. Oh di dalam entri ni pon abah berkesempatan untuk mempromote kat korang this one charity concert.
Tatahu nak buat apa 7hb March ni? Dekat dengan MMU Cyberjaya tak? Kalao ye, korang bolehla datang ke konsert amal. Tiket masuk RM15 je. MMU sini memang rajin tul wat bebenda camni. So saper yang feeling² nak pergi tu, apa kata korang klik poster kat bawah ni for details. Abah tatahu lagi nak pergi ke tanak. Biasala tengok jugak mood kaedahnya.
Kan… banyak pulak nak mencarut dalam entri ni. Actually abah nak citer pasal officemate abah yang telah melangkah keluar dari ofis ini Jumaat lepas si Farah tu but then again, gambar-gambar belom sempat diupload kerana dek ketinggalan kabel kamera di rumah! Keji la. So, dengan tak malunya, abah mempromote kerja sendiri dengan girang sekaligus mengupdate blog ni sebelum ianya menimbulkan banyak spekulasi daripada orang ramai.
Ader je la mulot-mulot yang mengata nanti naper abah ketwat lama dah tak update blog kan… huh. Korang tengok jer la apa yang patut eh. Kalau nak buat air sirap, ada dalam kabinet tu. Kabinet air sirap segala mane datang tatao. Buat-buat jer la tahu.
Lalalala baru pukul 3 nih. Bosan. Mrasa esok banyak kerja! ![]()
Popularity: 77% [?]







18 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL