Macamaner dengan weekend korang? Seronok? Bosan? Walau ape pon harap-harap korang semua sihat-sihat ajor… *matilar mukadimah rancangan Anita sangat.
So walaupon takder orang nak tanyer abah macamaner weekend abah, tetap jugak abah nak tulis kat skolblog ni.
Yeah, I’ve moved out from Putrajaya ke Bangi. Bangi is a new place untuk abah konker pulak. Mrasa abah paksa macik nasi lemak depan rumah abah tu bukak internet untuk melayari skolblog
*sambil hulurkan pakej combo streamyx.
Btw, I’m freaking love my new place! Banyak tempat makan which mean senang untuk abah tapau menapau! Bank, barang-barang letrik, 7E, kedai kereta, car wash, segala jenis kedai ader. Semuanya hanya di dalam lingkungan walking distance. Jalan kaki sudeh… save! kecuali kedai cuci kereta tu bukan in the walking distance ( but i don’t think that i will walk around alone..wandering sorang-sorang menikmati alam semulajadi. Kang ader keluar paper mangsa penculikan terbaru. Budak debab diculik) TT-TT
Itu mukadimah kedua lar kan (sajer tulis panjang-panjang sebab sekarang takder kerja kat ofis *lalalala)
Sabtu Ahad yakni semalam dan kelmarin adalah hari yang memenatkan. Hangkut macam-macam barang macam separuh mati! Bilik abah jer dah 3 kali trip. Nasib baik barang-barang bagak macam peti ais, katil semua tu diangkat oleh lori dan abang lori yang hensem dan baik. Hahahaha… tetibe…
Untuk entri ni korang leh usha-usha jer lar kan kesemakan rumah baru abah dan rakan-rakan di Bangi ni. Rumah belom 100% kemas. Bilik abah apetah lagi kan…nak set up work station segala (work station??? Hahaha work stationlar sangat. Padahal tempat hibernasi) Oh, btw buat masa ni Astro dengan Internet belom dipasang… so menyangap lar abah macam orang gila dekat rumah tu. Hopefully sangat-sangat dalam minggu ni, semuanya dah get ready. Abah dah meroyan nak surf macam-macam dekat rumah!! (kat ofis ni connection terhad. Leh bukak certain website je…)
Masa kiterang pepindah barang tu. kedatangan kami disambut tragis oleh seekor makhluk tuhan yang sudah pon kembali ke syurga. He/she can’t make it like the others. Abang kakak dier dekat rumah sebelah hoke. Lupa pulak nak snap gambar yang lain-lain tu. Rumah kiterang dikelilingi oleh kucing-kucing liar dan gebu hoke. Mungkin sebab belakang rumah kiterang banyak restoren. Mrasa nanti abah buat entri “Penunggu Jalan”.
So ni gambar living room kiterang. Semak samun masa tu. Kebanyakan barangnya barang-barang Nanael. Hahahahaha tu pon dah diangkat separuh. Sofa tunggang langgang ni. Masa ni TV belom diangkut lagi dari rumah Putrajaya.
Yes..ini dapur kiterang…juga masih belom dikemas. Senang lar nak buat makaroni bakar lagi kan Nana.. Hahahahaha i loikee *tepuk-tepuk.
Asalnya gambar atas ni ader penyalur pili air kepada mesin basuh tetapi masa si Yepan tengah godek-godek nak sambungkan kepala tadi, tetiba paip ni reput dan pecah lantas telah mengakibatkan pembaziran air secara mendadak. Masa tu panik jugak sebab tak tahu paip mana yang harus ditutup untuk menyekat saluran air. Dalam 5 minit berlari-lari ke kiri dan kanan, air tersebut dapat disekat jugak… So plumber akan datang petang ni untuk membetulkan keadaan. Kalau tak mrasa baju semua harus dihantar ke dobi ![]()
Akibat dari pembaziran air secara melimpah-limpah itu, mesin basuh yang terkena air itu dibiarkan diluar seketika untuk dikeringkan. Dikhuatiri jika ada manusia yang terkena electrocution secara berleluasa.
Ini dapur. Sedih jer kan…tader barang untuk diselerakkan lagi..Hahahaha Ala..meja kerusi tu tempat letak barang atau hiasan jer..makannya depan TV jugak…
Hah…baru cakap pasal TV.. Lie ni plak tengah set up TV. Matilar kalao suruh abah yang ala-ala bimbo nak set up bebenda elektronik ni. Harus mati kena renjatan kejutan elektrik. tapi PC abah boleh pasang sendiri pulak. Itu pon mungkin dah banyak kali bukak pasang PC sendiri. Humm… Oh yer, dalam gambar tu peha besar saper memakai seluar jeans tu adalah misteri hoke. Yang pasti bukan abah yang snap gambar ni. Mungkin Yepan. Matilar kantoi sebab malas lepak jer tengok orang buat kerja. Dah feeling-feeling main PS 2 atau PS 3 dah dengan TV besar dan segala surround speaker ni. Matilar.
Kekotak tersusun banyak-banyak itu bukan kotak untuk mengisi portfolio bebudak design hoke. Itu adalah kotak kasut IKEA. Harusker kena bagitahu its IKEA? Anyway, telah berjaya disalai oleh Yepan selepas dicuci. Dekat luar tuh pon belum dikemas dengan jayanya. Banyak lagi lar benda yang nak dikemas termasuk bilik memasing yang macam tongkang pecah.
So tunggu jer la the next entry biler semuanya dah cantik. Cantik ke kao? Hahahahahahaha oke…mahu melepak girangan di ofis lagi (sebenarnya sangap tuhan jer yang tawoo)
Daaa…~
Popularity: 66% [?]













28 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL