Ok supposely entri ni abah dah boleh publish 2 minggu lepas, tapi banyak gambar ada dengan opismate abah. So…abah dapat gambar hari ni. Tapi, WordPress ni buat hal pulak. Al-kisahnye, sistem nak upload gambar ni cam ader prob. Ergh. Benci plak biler abah upgrade wordpress ni. Baik pakai version lame..tader masalah! So, tadaaa layout baru
(tetibe je kan)
Gile. Gile. Dah lama tak buat kerja gile. So, gile la abah pada hari Sabtu bersamaan dengan 17hb May 2008 yang lepas kerana memasuki pertandingan karaoke! Hahahahahaha saikooooo. Suara tak sedap, lagi mau masuk kan. Maka tercampakla abah ke belakang dek suara-suara yang bisa memecahkan padang gersang Cyberjaya itu.
Karaoke ni adalah bersempena dengan ulang tahun ke-11 Cyberjaya dan telah diadakan di Kelab Komuniti Cyberjaya. Selain karaoke, derang ada menganjurkan bermacam lagi pertandingan seperti pertandingan mini motor race, pertandingan memasak, futsal, bola jaring dan etc. Tetibe “dan etc” Matila malas pikir.
Berbalik kepada pertandingan karaoke tu. borang dalam karaoke tu kata registration start kol 11 pagi. Abah dengan diva dan fashionable latenya telah datang pada pukul 11 pagi. Maka, mrasalah kao tergedik-gedik nak cari parking. Dah la panas. Abah sempat melanggar divider jalan semasa mengundurkan kereta hoke. Nasib baik tak kena montot kereta orang.
Grangg grakkkkkkkkkk bunyinyer lebih kurang camtular. Abah pon taleh nak describe sebab dah tak peduli dah masa tu takot lambat register *wah semangat betul nak masuk. Kenapa semangat sangat hari tu pon abah tak tahu. Maybe sebab ader member-member officemate abah yang join sekali pada hari tu membuatkan abah rasa gigih jugak nak masuk. Masa langgar divider tu, abah terus cuak tak tentu arah. Ikut hati nak park jer kereta dalam toilet pastu jalan kaki. Gile.
Ok so, biler dah park gila babi punya jauh *abaikan ayat mapley, abah pon pergi la register kat kaunter. Pertandingan belum start pon lagi. Kerusi-kerusi untuk penonton pon lom set up *celaka penat jer la aku lari cam gampang!. Abah pon tunggu la dekat luar bangunan bersama-sama dengan officemate abah yang lain. Wah…derang dressing hebat-hebat ler. Abah pakai t-shirt ngan jeans je. Simple gile. Jaket abah tertinggal dekat ofis. Ingat nak pakai jaket la kan… Hasilnya? Hampeh. Nanges.
Neway, nak dijadikan cerita…pertandingan tu start dalam kol 12:45 ke pukul 1:00 petang camtu. Penyanyi 1st dah nyanyi bagai…second pun sudah. Tetibeeeeeeee…
Abah adalah peserta no. 3!!! Celakaaa awalnye??! Belum lagi abih semput-semput rileks kan kepala dengan nyanyian orang lain, abah telah dipanggil.
Matila…matila…napela aku leh masuk buat keje gila ni. Nervous dier, Tuhan jer yang tahu. Tapi, kerana dah praktis malam tadi di Superstar Karaoke Alamanda, abah redah jer la nyanyi. Hamek roh Superstar karaoke tuh dan buat-buat feeling Superstar ![]()
Matila kao Mahakarya Cinta oleh Faizal Tahir meresap ke sanubari. Nasib baik tak berbuih mulut abah nak menghabiskan lagu tu. Buat-buat konfiden jer. Oh Nadia AF, aku pinjam tagline kamu lagi. “Redah jeeeeerrr!”
Ok fine.. dah habis nyanyi. Alih-alih dah abeh. Walaupun ada keluar suara angsa sikit masa tarik tu, abah dah tak peduli dah. Abah ucap terima kasih dan terus turun ke bawah. Then, guess what? Sakit perut ok!!!! Nervous punya fasal. Adrenalin abah bukan main hebat lagi dirembeskan. Sampai senak perut. Bebudak ofis lain kata ok..ader kata best.. Piching lari sikit. Tatahu la derang tu hamek hati je ke ape but asalkan abah dah buat yang terbaik sudah. Terima kasih yang datang hari tu untuk support rakan-rakan ofis yang nyanyi hari tu. Gambar yang tersengih manja di atas tu adalah Widah ngan Nini yang sama-sama memeriahkan acara.
Ijan, Mann, Napie, ngan Joleen adalah mereka-mereka yang join redah sekali berkaraoke pada hari tu. Ijan nyanyi lagu Hati ini telah dilukai, Mann nyanyi lagu Mahakarya Cinta jugak, Napie plak dengan Cinta Kristal, dan Joleen nyanyi lagi Chinese song. Tone suara Joleen sedap.
Oh lupa nak cakap, tempo untuk Mahakarya Cinta yang digunakan pada hati tu, laju sket. So memang terkejar-kejar la Abah ngan Mann nak kejar. Kiterang dah terbiasa dengan tempo biasa. Some how cam laju plak. Ah, malas pikir.
Dalam 50 orang saringan pada hari tu. Daripada tengahari sampai ke petang lar orang menyanyi macam nak ghak. 10 orang jer akan dipilih ke final. Abah semestinya tak dapat ke final la kan.. Alah abah masuk pon just for fun. Tader rezeki hari tu. Heeee.. Judges pilih 3 laki, 7 pompuan ke final.
Dalam banyak-banyak orang yang nyanyi itu, yang mana sore cam ala² kesumbangan terserlah, mrasalah mendapat perspektif honest dari kalangan juri kecil kita yang sama-sama datang mendengar nyanyian. Bebudak kan honest. So, nak tahu korang nyanyi sedap ke tak, korang tanya budak-budak. Kalau derang buat aksi seperti di atas tu, korang tapayah la terasa hati kerana mereka just being honest. Lariiiiiiiii…
Oh ya dan…
Ijan, dapat masuk Final!!! Dengan lagu yang dibawa – Menghitung hari, Ijan berjaya menyandang gelaran juara dan membawa pulang Rm500 bersama hamper sesuka hati ke rumah. Hum…Ijan ni dah banyak event dah dier masuk. Hazami tu cikgu dier. Memang juara la kan…
Tahniah buat Ijan *tepuk-tepuk. I had a very wonderful experience on that day. Satu kenangan yang pasti tak dapat abah lupakan. Sekali sekala, kita buat jer kerja gila macam ni. Hujan ribut tader, tetibe redah kan… Hahahaha… matila.
Korang leh tengok blog Cik Hanum kita ni. Dier pon ader citer pasal Karaoke
. scroll la bawah sikit sbb entry tu dah lame.








Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
01/06/2008 at 7:34 pm Permalink
patut la nak bkak blog abah smlm taley. rasenye dekat 10 kali refresh ade kot.
tak sedap takpe la abah… prektis makes perfect. ngeh ngeh
01/06/2008 at 7:39 pm Permalink
Ngee..yeszzaaa~
01/06/2008 at 8:43 pm Permalink
gile la abah…kasi gegar!!!
01/06/2008 at 9:52 pm Permalink
kul bape nk karaoke (practice) nie ?? nk makcik dulu tak sblm tu? hehehe
01/06/2008 at 10:07 pm Permalink
Hahahaha mau runtuh la kalo gegarrrr
Ko banjer? No hal beb. Lalalala
02/06/2008 at 3:38 pm Permalink
nice layout laaa.. kiut hehe
karaoke tu..nyanyi sket hehe
do visit my blog eh
02/06/2008 at 4:11 pm Permalink
Thanx
Hahahaha tanak. Suara tak sedap.
Neway, datang-datanglar melawat selalu…
03/06/2008 at 1:03 am Permalink
Isk.. nape ko x rakam jek.. pastu aplot le sini.. rindu nk dengo sware ko john.. *tingat lagu wherever u will go..
03/06/2008 at 9:20 am Permalink
mmg rakam tapi jgn harapla aku nak letak kat sini kan kaedahnye…ko gile?????? Sudeh. Sedeh.
04/06/2008 at 10:20 am Permalink
ur so cool that day lol.
04/06/2008 at 11:53 am Permalink
Hahaha u too!