Artis: Bintang
Song: Jangan Terfikir untuk Memilikiku
Akhirnya sampai jugak Abah ke William dengan selambanya buat plan dengan Yepan ngan Lie selepas pulang dari membeli barang dapur ni PKNS Bangi itu. Kiterang pergi pon memang tak rancang. Ikut mood kelaparan selepas seharian menjadi beruang di dalam rumah.
Erm..sampai-sampai tuh, rasa-rasa abah la…abah nampak LensaLily and the geng. Yepan ni boleh pulak tanya abah,
” Mane lensalily ko ni…?? ” kuat pulak tu gi tanya abah.
Padahal member tu kat belakang dier jer. Abah lantas freak out berlari-lari anak ke seberang jalan. Hahaha mengong. Naper abah main lari-lari pon telah menjadi satu tanda tanya yang bermain-main di minda pada waktu itu. Abah tak tahu la kalo dier perasan ke tak. Abah rasa betul la dier kot.
Lily, kalo ko baca, ko kompemkan kalo ader 2 ekor budak poke main lari-lari cari seat nak duduk kelmarin (Sabtu). Itula kami…kan…matila bakal akan dianggap 2 ekor gajah melintas jalan. Sori yer kalo tak tegur sebab abah tengok meja korang ramai gile. Naik segan pulak abah tetibe jer nak datang then buat ala-ala ibu jari tunding kat ko
” LensaLily ke? Saya encik abah” gitoo…
Anyway, memula abah dah cakap ngan Yepan supaya gi balik umah dulu untuk bukak blog budak Lily ni sebab nanti leh order yang sedap-sedap sikit. Kira, tahula nanti nak pilih menu apa kan.. Kat William ni tader menu ngan gambar. So mrasa la malam tuh abah dapat menu aneh. Korang tengokla ape ntah abah mencarut kat si William malam tuh. Alih-alih dapat ni ![]()
Kan…abah tak tahu nak sebut ape.. somebody please help me..menu apekah ini???? Ekceli tak sedap untuk selera abah kot. Walaupon nampak sedap. Ke sebab abah tader selera nak makan bebenda bercheese malam itu? Humm… Tekak rasa cam nak makan pedas. Demit. Patut abah bukak website ko dulu la Lily! *nanges.
Tak pe. Walaupon menu abah tak best dan aneh, Yepan ngan Lie sempat jugak hamek Fettucini Meatball Cabonara. Hum sedap hoke. Kalau nak cakap pasal portion memang tercampaklah sekalian portion berbanding tempat lain ni. Sepinggan tu leh makan untuk dua orang normal. Tapi kiterang ni tak normal. So mrasalah kan makan sorang sepinggan. Harga sepinggan is RM15. Termasuk air Ribena Longan (sebalang besar is RM7)
Sekali imbas gambar-gambar ni macam dekat SS2 Murni kan… Yela..Biasanya orang akan gelarkan Murni, adik beradik si William. Sebab lebih kurang cam sama jer. Maklumat penuh, detail, harga, map, serta segala tok nenek berkaitan dengan warung William ni, korang leh pergi usha blog si Lily tu. Siap ader gambar dan nama menu William lagi hoke. Nampak sangat selalu pergi kan Lily.. *jeles.
P/s: Gambar sudah boleh diview dalam full mode. Saper yang ala-ala buta tu, bolehla click the picture for a bigger view. Jangan tersembur air liur sudah. Effect ni leh pakai kat entri baru jer..entri lama-lama takkan keluarnya efek gedevas ni. Lagu dedicated to.. emm… you know who you are and somehow if u happen to stumble upon this entry.
Orang tu gila glamer soh letak kredit gambar dari kamera hphone dier ni *lariii… bluwek..
Popularity: 51% [?]






32 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL