Artis: After Close
Song: Beri Aku Waktu
Kalau pasal makan, ader jer orang yang komen sampai berpuluh-puluh. Over la korang ni. Itu baru cerita pasal entri pendek fasal restoran William. Belum lagi entri pasal makan-makan kat Phuket pulak kan… Matila lagi sebulan lagi abah akan fly ke Phuket.
Anyway, semalam abah hamek halfday leave. Mata tak larat. Hidung berair. Adekah demam? Yaaa, tepat sekali. Kali terakhir abah kena demam adalah pada tahun lepas. Abah ni susah nak demam tapi bila dah sekali kena, terus 3 hari 3 malam mrasalah berair hidung ni. Fikiran lembab tu toksah cakap la kan. Dah nama weng lepas makan ubat-ubatan ha…
Balik dari ofis tadi, terus tersembam atas katil. Tak fikir apa dah. Fikir nak tido je. Bangun-bangun kepala dah pening. Yepan pulak ajak gi gerai makcik Sri Kembangan kaedahnya. Dahla kepala ngah tak betul. Janji ngan Naju kol 9:30 malam. Boleh pulak dengan diva nya datang sejam yang kemudian. Siap angkut Niety pulak tu. Merempit nak motor.
Bising-bising fasal petrol. Actually, abah dah tak larat nak dengar fasal kenaikan minyak ni. Macam abah cakap dalam sembang-petang.blogspot.com itu,
Bagi aku, personally i think katanye, apa yang boleh kita buat? Nak bising? Nak maki? Hah silakan kan… Hasilnya macam tu jugak. Harga pasaran dunia semua naik. Bekalan minyak dah sikit. Permintaan lagi tinggi daripada pengeluaran…
Mrasa sempat promote hoke. Korang kalau nak tahu, kat sana adalah tempat Geng Budak Jahat mengarut dan mencarut tentang apa sahaja di kala kami kebosanan di ofis. Rajin-rajin singgahla ye.
Eh, cakap fasal promote mengpromote ni, teringat pulak abah nak share dengan korang. Sesiapa yang rasa-rasa nak beli kucing pada kualiti yang berbaka baik, korang bolehlah layari Cattery Personal Cik Na di Isleypersians.com . Pompuan ni jual kucing pulak kaedahnya. Exotic long hair lagi kucing-kucingnya.
Tapi jangan la aspect kucing dier tu dalam lingkungan ratusan ye (terus terang cakap) Matila korang kena maki nanti. Harus Cik Na soh kutip jer kucing tepi jalan nanti. Siapa yang tahu fasal kucing, dier mesti tahu fasal baka-baka kucing yang bagus dan harganya yang sudah sedia maklum. Anak yang dilahirkan pun cantik. Terletak dan cacatnya jauh sekali. Cik Na will sold her precious angel kepada orang yang tahu menjaga dan have passion about cats. Korang bolehla usha-usha di sana yek.
Dalam-dalam entri demam pun, sempat menyempat pulak abah larat dok promote-promote kan? Gile dah. Ok, pray for me supaya abah sihat yek. Ada masa abah tulis lagi.
Popularity: 47% [?]




25 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL