Artis: Vagetoz
Song: Pahit
Hmph… abah kembali lagi menulis. Neway, selepas 2 jam membuat spring cleaning di section links, abah dapati ramai jugak yang menyepi dari dunia blogging. Ada yang tutup terus, ada yang tak jumpa link, ada yang domain expired, ada yang sampai 4-5 bulan tak menulis blog. So, abah dah classiffied kan yang mana blog-blog aktif supaya abah senang untuk membuat sesi membaca blog. Suka²! (Btw, kalau abah tak balas komen, doesn’t mean that abah tak baca posting korang hoke)
Kepada silent-silent readers, meh la say hi. hi kan… Baru la semangat sket abah rakus menulis balik. Abah teruskan menulis ni pon sebab abah tengok ramai jugak orang yang masuk berpandukan statistik dan myblog log. Kalau tader benda tu, memang dah lama dah abah biarkan blog ni bersawangness.
Minggu lepas, abah sempat ke Murni bersama dengan Yepan ngan Nanael. Abah ngan Nana makan mee hoon seafood. Yepan plak craving for nasi goreng Maryland. Hahaha screw diet ko la Yepan! Here are the pixies.
Pastu lately abah rasa tak sihat sangat. Tekak rasa pahit and hidung berair. Tader mood nak cakap ngan orang sebab suara sengau. Sakit kepala. OMG, minggu depan nak berangkat ke Phuket dah and benda-benda cam ni plak yang mendatang! Hopefully, abah dah sembuh seadanya. Khamis depan ye. Wee…counting the days
Ini jer yang buat abah keep happy kejab.
Oh ya, since tader orang nak comfort abah, Snickers menjadi mangsa abah. Mrasala kao makan cokelet some more. Dah tahu badan cam ni kan… Ah, dulik la *depress sambil gonggong cokelet.
Then semalam, abah sempat gi tengok citer Batman. Yepan, Nana, Epoul, and of course moi keluar outing di tengah minggu katanya. Tiket murah sket. Kami miskin so yeah. Blasah sudah.
Epoul? Siapakah? Hahahaha…member lama abah from Melaka yang baru dapat kerja kat Putrajaya. Sian dier menyangap jer kat rumah. So, kami pon ajak la dier kan. Berjimba-jimba bukan main padahal esok harinya kerja. Suka hati jer kan. Tapayah la abah buat review pasal Batman ni sebab dah ramai sangat komen and semua kata best. Lelagi watak late Heath Ledger tu. Meremang hoke.
Abah kasi rating :4/5 Sebenarnya abah tade komen citer ni best sampai nak tengok banyak kali. Santai-santai je. Abah kureng sikit citer action ni. Ader part yang abah tertido kejab. Mrasa tido katanye. Gile. Balik terus pening kepala sebab banyak movement dalam gelap ![]()
Popularity: 47% [?]










27 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL