Phuket : Day 1

Don’t forget to click pictures ya! :)

Matila kan nak tulis sampai day 4. Abah tak tahula panjang mana day 1 dalam entri ni. Taper abah try gak taip.

Ok pada hari Khamis 31 July 2008, Abah and the geng ( Cik Na, Lei, Wan, Wida, Farrina and Famil) telah bertolak dari Lapangan terbang ICCT pada pukul 12+ tengahari. Penantian selama 6 bulan dari tarikh tiket dibooking akhirnya seperti tidak percaya pada mulanya. Kami akan ke Phuket! Finally!

katebang.jpg

Actually abah ada simpan draft untuk entry khas sebelum abah ke Phuket. Malangnya abah tak sempat pulak nak publish. Walau bagaimana pon, ini yang abah tulis pada hari sebelum abah ke Phuket:

Penantian selama 6 bulan akan berakhir!!!! OMG…cam tak caya je. Its coming.

Esok weh!!

Phuket kaedahnya. Di kala gaji pon lom masuk-masuk lagi neh, abah tak tahula camaner ceritanya bila kat sana nanti. Persiapan dah buat dah. Gadjet bukan main lagi. Mengalahkan pengambaran dokumentari hoke. Abah ngan Wan dah  tag team untuk pergi menembak dengan D80 biler kat sana. Widah pulak dah jadi wartawan Melodi sebab kena paksa memegang DVcam si Wan tu *mrasa.

Cik Na and the rest ( Lei, Farina and her sister) mestila nak ber pose bagai. Sebab tu hari ni Cik Na cuti. Mempersiapkan diri katanya. Ko gi pakai susuk ke…??? Choyyy. Dier pergi kemas-kemas rumah and antar kucing-kucing dier kat klinik haiwan for boarding. Yerla… kucing belas-belas ribu takkan ko nak sumbat dalam reban je. Harllowww *smash saper tatao kan Cik Na…

Tu dia….sempat smash katanya sebelum ke Phuket. Ok la. Biler dah bertolak bagai naik kapal terbang bagai tu, akhirnya selama 1 jam 20 minit, sampailah kami ke Phuket. Cuaca kat sana ala-ala bahang panas. Angin laut katanya. Badan tetiba cepat rasa melekit. Tapi semua tu abah tak kisah. Yang penting abah dah jejak Phuket!

lv.jpg dahsampai.jpg

Destinasi sebenar kami adalah ke Patong Beach. Di mana dulunya famous dengan kawasan Tsunaminya. Kami tawakal jer ke sana. Dan berharap segala malapetaka, tidak berlaku. Ok, biler dah sampai airport, Wida meminta bantuan pakcik nya untuk ke Hotel Leelawadee, tempat penginapan kami. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam dari airport.

patkapau.jpg patkapao2.jpg

Sebelum sampai ke Hotel, kami sempat singgah di kedai makan untuk mengisi perut yang kosong. Kedai tu namanya Kitchken. Macam gabungan kitchen + chicken. Terbelit plak nak menyebut. Anyway, dah sampai sana, apa lagi. Kami order Pat Ka Pao la (nasi goreng) Nasi goreng dier tak sama hoke compared ngan Malaysia. Ada Pat Ka Pao ayam, udang, sotong, seafood, boleh pilih jer. Rasanya lain sangat. Beras pon guna beras wangi. Memang orgasm kejab biler menikmati makanan pure Thai ni. Si Famil plak makan Pad Thai. Sejenis Mee. Katanya sedap nak mampos. Matila nasib baik tak mampos terus. Air default dekat Thai ni adalah air kosong jer. Waitress takkan amik order untuk air. Korang kena cakap sendiri.

frmhotel.jpg leelawadee.jpg

Lepas makan cam harem, kiterang pon sambung gerak ke Hotel Leelawadee. Hotel dier biasa-biasa jer… cukuplah sekadar kami menjadikan tempat tu as tempat mandi and tidur jer. Bagi abah, dengan budget yang ada, abah rasa hotel tu dah cukup dah bagi abah. Cuma penat sikit nak naik tangga ke tingkat 2. Hotel tu tader lift. Tanga pulak mengalahkan batu caves. Wan dah feeling-feeling bawak Kavadi dah *pengsan.

jalan1.jpg jalan2.jpg

Lebih kurang pukul 3++ petang, kami sampai di bilik hotel. Letak barang, rehat², mandi bagai semua, dan merancang untuk aktiviti pada malam hari. Malam tu kami hanya mahu berjalan ke Bangla Road/Street di mana syurga bagi mereka yang fashion freak. Harganya murah-murah. Kena pandai tawar menawar la ya. Terima kasih banyak-banyak kepada Cik Wida kita yang boleh berbahasa Thai dengan fasih sekali. Terus dalam ala-ala 70% diskaun. Farrina ngan adiknya, si Famil dah guling-guling kejab sebab dapat harga murah setiap kali pergi bershopping baju, kasut, etc.

patongshopping.jpg

Kami bergerak ke Bangla Road/Street tu dalam kol 6 petang. Jalan-jalan hinggalah ke malam kaedahnya. Abah sempat beli seluar pendek dekat Patong Shopping neh. Dalam dier macam ala-ala expo funfair. Bezanya, dalam tu ada banyak kedai-kedai yang menjual beg, pakaian, seluar, jaket, etc.

atmaneh.jpg shirt.jpg

Dan yang paling tak tahan tu, tengah dok pilih-pilih seluar, abah ternampak this benda pelik yang rasanya tidak mungkin ada di Malaysia. ATM bergerak! Jeng… Pastu disebabkan Patong beach, Phuket ni banyak sangat tuk-tuk ( aka teksi) , rumah urut, dan kedai pakaian, baju di atas direka bagi memudahkan para penjual memahami hati dan perasaan korang. :D

junggey.jpg junggey_menwan.jpg

Ok sambung balik.Then dah jalan-jalan lagi ke depan, Cik Na dah terkesima apabila melihat tempat shopping jiwa dan raganya, gah di depan mata. Jungceylon Shooping Mall. Cantik sekali tempatnya. Memang seswai kalau Paris Hilton turun nak borong baju. Tempat ber-air con kaedahnya. Cik Na telah menghilang di dalam shopping Mall itu selama sejam. Abah, Wan and the rest sempat masuk kejab and keluar. Tawaf shopping mall tu.

patongboxing.jpg mereka_shopping.jpg

Dalam sibuk-sibuk hamik gambar kat luar, tiba-tiba kami terdengar bunyi  ala-ala nangka busuk jatuh. Rupa-rupanya, ada lori yang di modified untuk tujuan advertising and advertise Patong Muay Thai boxing kaedahnya. Derang promote ada perlawanan boxing malam tu bagai. Pada awal perancangan, abah ngan wan memang nak pergi tengok Muay Thai. Tapi tiket mahal plak. Yerla, dah nama destinasi budjet. Taper, lengkali leh rancang gi tengok lagi. Mrasa perancangan nak pergi lagi hoke!

agogo.jpg meonthestreet.jpg

Ok perjalanan diteruskan lagi. Kali ni kami dapat melihat warna-warna Phuket di mana club-club, bar, ladyboy menari secara terbuka di sepanjang lorong yang kami lalui. Ada jugak lady-lady boy yang mengambil upah bergambar bersama. Gambar tader, kalao nak tengok sendiri…apa kata korang pergi tengok sendiri party yang berlangsung pada waktu malam yang bermula pada pukul 8 malam itu. Keadaan siang hari dan malam, sangat berbeza hoke. Setiap malam adalah hari berpesta kata orang di sana :p

subway.jpg

Malam tu, kami makan Subway sandwich jer sebab badan dah letih sangat berjalan sakan. Harganya lebih kurang sama dengan di Malaysia. Dekat sini, fastfood yang boleh dipercayai adalah semua kecuali KFC. KFC tu rasanya dier guna ayam katok. Ala… ayam yang tak sembelih. Ala-ala pancung jer kaedahnya. Untuk gambar di atas, Farrina menjadi model abah bagi mempromosikan Subway Sandwish :) Fast food mahal plak ialah Mc D ngan Burger King. Bayangkan satu set adalah dalam RM20++.

vogue.jpg tsunamipoint.jpg

Berhadapan dengan Subway ni adalah Patong beach. Disebabkan malam, lautnya tak nampak apa. So kami bergambar sekadar di tepi-tepi tiang lampu jer kaedahnya.

seafood.jpg

Aktiviti malam tu diakhiri dengan upacara jalan kaki beramai-ramai ke Hotel. Jauhla jugak dalam 20km Ok now tak pasti. Tapi yang pasti memang jauhla. You can feel yur feet hurt and cramped. Nak tercabut rasanya kaki jari jemari ni. Maklumla, selama duduk Malaysia ni tak banyak berjalan. Pergi kerja pon duduk jer manjang kat meja. Sungguh tak sihat. So, dah alang-alang pergi melawat negara orang, sekali sekala tu biarlah kaki nak tercabut ke apa. Janji puas!

me.jpg

Ok guys, habis sudah cerita 1st day abah di Patong, Phuket Thailand. Tunggu la kao entri 2nd day pulak. Ni baru 1st day. Ada 3 hari lagi cerita yang abah nak kongsi dengan korang. Matila Majalah 3 pon tercampak. Kop Kun.. ( Thanx ) :D

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

  1. scorchys
    05/08/2008 at 2:06 pm Permalink

    aku tengah demam phukett… erghhh….

  2. Abah
    05/08/2008 at 2:30 pm Permalink

    Same here!! TT-TT Nanges

  3. my name is N.U.V.E.R.A
    05/08/2008 at 2:36 pm Permalink

    harus update hari kedua nye k. babak-babak selepas makan dia kan-eng restoran tuh!! aksi di mana ko teruja sgt naik pick-up! k. k. aku tak sabar-sabar nak baca priview ko!!!

  4. Abah
    05/08/2008 at 2:52 pm Permalink

    Hayooo 1st day ni pon aku dok karang dari pagi tadi! *pengsann

  5. Beruang Madu
    05/08/2008 at 3:13 pm Permalink

    Hmmmm… ke Phuket.. nak tunggu apa lagi entry Abah ni.. apa lah aktivit dia kan kat sana tu… Phuket yg dekat di mata tapi jauh di hati… kalaulah Langkawi tu macam Phuket… adakah?? ah tidakkkk

  6. Abah
    05/08/2008 at 3:19 pm Permalink

    ohhh hari kedua ngan ketiga ala² kencang sket… start bukak mata sampai ke malam. Ting tong plak biler memikirkannyer balik :)) ahaks!

    Langkawi macam Phuket? Lain sket kotttt :p Tunggu yee

  7. Former Rock Chick
    05/08/2008 at 3:38 pm Permalink

    20 km???

    Are you sure??

    “Eh… jab jab.. rehat jab… adeh penat”

    Masingmasing kluarkan rokok..

    2 rokok’s later…

    “Dah dah jom….”

    hahahahahhahaha

  8. Abah
    05/08/2008 at 3:41 pm Permalink

    i think so coz raymond pon tanyer pasal 20 km tu. Entah la the point is, mmg jauh!

    or its 5km? 200meter? Blergh tak ingat.

    Rokok kat sana tayah risau. Dah beli siap-siap kat airport. Cheappp cheappp

  9. Nanie MK
    05/08/2008 at 6:03 pm Permalink

    macam best gile. macam nak pegi. tp macam takde duet. so kalau macam tu takpelah.

  10. Anysz Sengalnerdz
    05/08/2008 at 9:06 pm Permalink

    aku kekal jeles ngan D80 tuh…waaa*nanges

    mane pantai phuket~~nk tgkk

  11. abah
    05/08/2008 at 10:54 pm Permalink

    Nanie MK on August 5, 2008 at 6:03 pm said:

    macam best gile. macam nak pegi. tp macam takde duet. so kalau macam tu takpelah.

    Nanti dah keje leh kumpul duit untuk vacation..lalalala

    Anysz Sengalnerdz on August 5, 2008 at 9:06 pm said:

    aku kekal jeles ngan D80 tuh…waaa*nanges

    mane pantai phuket~~nk tgkk

    Its the person not the gadget sebenarnya… pantai? Day 3. Tungguuu~

  12. saifudin
    05/08/2008 at 11:25 pm Permalink

    best nyer !!! gile ar abah…sngt detail bagai…

    cikgu bg A+ utk isi…tatabahase jer kene jage…wakaka~ :P

  13. abah
    05/08/2008 at 11:37 pm Permalink

    Dulik apa aku tatabahasa. Ini bukan blog dewan bahasa.

  14. DGT
    06/08/2008 at 1:34 am Permalink

    assalamualaikum tuan empunya blog blog yang bagus

  15. nikillas
    06/08/2008 at 7:31 am Permalink

    uuuu….
    seronoknye…
    jelesnya haku…

    nak g bercuti gak ah.. kui3..

  16. Abah
    06/08/2008 at 10:07 am Permalink

    DGT on August 6, 2008 at 1:34 am said:

    assalamualaikum tuan empunya blog blog yang bagus

    Wa’salam tuan empunya nama yang bagus :)

    nikillas on August 6, 2008 at 7:31 am said:

    uuuu….
    seronoknye…
    jelesnya haku…

    nak g bercuti gak ah.. kui3..

    Hah pergi jerrrrr….tayah jeles² :) its refreshing!

  17. Hepan
    06/08/2008 at 10:27 am Permalink

    Huuu gamba nasik tu gak yang menarik perhatian. Cis.. lapa dah.

    btw, 20KM tu jarak Putrajaya Makcik. Ko biar btol.

    Pat2 hari ke-2,ke-3,ke-4. Tengok gamba je pun. Haha.

    p/s - lupe plak gamba ade lam laptop dah.. jeng jeng.

  18. Former Rock Chick
    06/08/2008 at 11:10 am Permalink

    Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnn

    Abah Bimbo..

    ehehehhehehe :P

  19. Abah
    06/08/2008 at 11:39 am Permalink

    Hepan on August 6, 2008 at 10:27 am said:

    Huuu gamba nasik tu gak yang menarik perhatian. Cis.. lapa dah.

    btw, 20KM tu jarak Putrajaya Makcik. Ko biar btol.

    Pat2 hari ke-2,ke-3,ke-4. Tengok gamba je pun. Haha.

    p/s - lupe plak gamba ade lam laptop dah.. jeng jeng.

    Hak ah ler…taper la…the point is mmg agak jauh. Mebi 5km jer kot..*matila exaggerate.

    Former Rock Chick on August 6, 2008 at 11:10 am said:

    Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnn

    Abah Bimbo..

    ehehehhehehe :P

    Oih! Mmg bosan sangat la tue

  20. SueGinola
    06/08/2008 at 1:46 pm Permalink

    Heheheh..xpasal2 abah kena gi sane balik tuk ukur jalan..

  21. my name is N.U.V.E.R.A
    06/08/2008 at 2:20 pm Permalink

    abah. 1 km pun tak sampai la. kiraan abah maybe untuk tawaf satu patong je kot. hahaha… yg penting! abah. bimbo! ahahahaaa….

  22. Abah
    06/08/2008 at 4:10 pm Permalink

    SueGinola on August 6, 2008 at 1:46 pm said:

    Heheheh..xpasal2 abah kena gi sane balik tuk ukur jalan..

    hahahahah :p

    my name is N.U.V.E.R.A on August 6, 2008 at 2:20 pm said:

    abah. 1 km pun tak sampai la. kiraan abah maybe untuk tawaf satu patong je kot. hahaha… yg penting! abah. bimbo! ahahahaaa….

    hahahahahah :)) *malas komen sbb saya bimbo

  23. sobby
    06/08/2008 at 8:45 pm Permalink

    ohhhhhh rindu giler phuket siot!

    p/s : I nk tunggu next entry. Ada gbr u pakai bikini tak? Lalala~

  24. Fath
    06/08/2008 at 9:13 pm Permalink

    Perghh… Marveles! Ni baru hari pertama eh? Semua SII office-mate ke?

  25. abah
    06/08/2008 at 11:50 pm Permalink

    sobby on August 6, 2008 at 8:45 pm said:

    ohhhhhh rindu giler phuket siot!

    p/s : I nk tunggu next entry. Ada gbr u pakai bikini tak? Lalala~

    Ofkosla kalo ader pon, i wont publish it here…lalala definitely i will going back there again!!

    Fath on August 6, 2008 at 9:13 pm said:

    Perghh… Marveles! Ni baru hari pertama eh? Semua SII office-mate ke?

    hak ah..hari pertama…no la..tujuh orang je pergi… hehehehe tunggu day 2 punye entri ader gambar lengkap 7 orang :D

  26. aph
    07/08/2008 at 1:00 am Permalink

    Cool !
    Phuket looks nice but i think not suitable for my age.hukhuk.

    The pictures are great and I’m envy with the camera ! argh.
    hope to get one too..sob2

  27. Abah
    07/08/2008 at 8:39 am Permalink

    cheez…thanx…

    Eh, what do you mean not suitable..? and….how old are you then? ngeee… :)

  28. Hepan
    07/08/2008 at 10:42 am Permalink

    bardy on bikini? bukan main sobby neh. wakaka.

    aph still student lagi.. hehe.

  29. Nanie MK
    07/08/2008 at 11:33 am Permalink

    huwawawawa… ntah bile dpt kumpul tah… org nak kumpul duit nak kawen. lalalala… pastu kalau kumpul duit utk gi bercuti/honeymoon pun destinasi adalah: umrah. lalalala… :-P

  30. Abah
    07/08/2008 at 4:10 pm Permalink

    Hepan on August 7, 2008 at 10:42 am said:

    bardy on bikini? bukan main sobby neh. wakaka.

    aph still student lagi.. hehe.

    Hahaha. Bodow :))

    Nanie MK on August 7, 2008 at 11:33 am said:

    huwawawawa… ntah bile dpt kumpul tah… org nak kumpul duit nak kawen. lalalala… pastu kalau kumpul duit utk gi bercuti/honeymoon pun destinasi adalah: umrah. lalalala… :-P

    :) perli nampak…masing-masing punya preferences la kan… kemampuan dan keikhlasan tu yg perlu

  31. Fath
    08/08/2008 at 1:25 pm Permalink

    no lah… aku bukan tanya satu ofis ke yang pegi? maksud soalan tu, semua 7 orang tu officemate SII ke? Hiks

  32. Abah
    08/08/2008 at 1:33 pm Permalink

    Ohhh 6 orang SII jer sbb si Famil tu adik si Farrina…baru pas SPM :)

Trackbacks

  1. Thanks | Silenteve.net 06/08/2008 at 6:47 pm

    [...] lagi satu, baju ni Bardy belikan mase die pegi Phuket last week. Bace entry pasal vacation dier kat [...]

  2. Skolblog » Phuket : Day 2 07/08/2008 at 4:06 pm

    [...] Note: Read Day 1 [...]

  3. Phuket, Hari Pertama 14/08/2008 at 1:56 pm

    [...] adiknya Famil. Erm.. kalau nak baca laporan hari pertama sila² la melawat blog Hafiz aka Abah skolblog.com.. Kat sini ...

  4. Skolblog » Phuket : Day 3 10/09/2008 at 3:39 pm

    [...] Note : Read Day 2 | Read Day 1 [...]