Note: Read Day 1
Aktiviti pada hari kedua adalah aktiviti yang paling renyah. Kiterang pergi island hopping!!! Bukan shopping hoke. Island hopping tu macam melawat dari satu pulau ke pulau yang lain. Hari tu (mengikut map Wida) kiterang sempat pergi ke 4 buah pulau. Koh Pangha, Koh Chang, Koh Tapoo aka James Bond Island, and Koh Pangyi. Kiterang melawat dari pulau ke pulau tu adalah dengan menaiki bot panjang. Heeee seronok plak naik bot sambil dhembus angin bahang panas. Wakakaka. Korang tayah la nak feeling-feeling dihembus angin sepoi-sepoi sejuk ye. Angin kat sini bawak bahang panas. Angin laut kata Cik Na. Bertolak daripada hotel adalah pada pukul 8 pagi. Mengantuknya jangan cakap la kan. Memasing muka cam zombie.
Ok. Sebelum kiterang pergi ke Jeti, Van kami sempat singgah di Monkey Temple. Dekat Monkey Temple ni ada banyak sangat monyet-monyet liar yang berebut buat rambutan yang boleh dibeli di situ oleh pelancong. Seikat rambutan boleh dibeli dengan harga 50 baht. Rm5.00 duit Malaysia. Pak- pak Arab dekat situ suka la beli and fed those menatang-menatang ni makan kan. Ala-ala teruja gitu….
Dekat Monkey Temple ni jugak terdapatnya kuil Budha. Emas-emasan gitu. Terus snappy-snappy gambar kan… Then dekat sini juga, terdapatnya patung budha yang tengah baring dalam gua. Kalau nak masuk, kena bayar but since kiterang kekurangan masa dan budget, keputusan untuk pergi melawati gua itu terbatal serta merta. Oh ya, kami sempat berjumpa dengan seorang rakyat from Malaysia, Kak Lin. Kak Lin ni travel sengsorang jer. Giler berani mati neh. Kak Lin yang pakai bandana biru kat kepala tu dalam gambar kat atas.
Selepas dah puas-puas lari daripada terkaman monyet, kiterang meneruskan perjalan ke Jeti utama. Oh ya, perjalanan daripada Hotel kami ke Jeti itu telah mengambil masa selama 1 jam. Sempat la tidur segala. Simpan energy untuk berjalan. Penat berjalan kaki malam semalam belum lagi kebah kaedahnya.
Bila dah sampai tu, kami dikehendaki memakai jaket keselamatan. Nasib baik abah muat. Kalau tak, harus abah pergi terbalikkan bot tu. Masa nak naik bot tu, rasanya agak cuak la jugak sebab ko hengat abah ni nelayan???! Dah biasa dengan bot semua?! Masa ni Cik Na dah start pakai lotion bagai dah.
Berangkatlah kami masing-masing termenung keseorangan menikmati kehijaun gunung ganang, kebiruan laut, di kala pipi dihempas bahangan angin panas. Itu semua abah tak peduli. Yang penting abah enjoy. Macam-macam perkara yang abah pikir dalam bot tu tapi biarlah ia menjadi satu rahsia bagi abah. Dalam perjalanan kami ke James Bond Island atau nama asalnya Koh Tapoo, kami sempat berhenti seketika di tengah lautan untuk bertemu dengan dua tempat. Koh Pangha dan Koh Chang. Koh bermaksud Pulau.
This satu pulau / gunung ni dikatakan menyerupai seekor unta. Rasanya, adalah rupa kan… Abah hanggukkan jer biler tourist guide kiterang dok pompang-pompang kat depan. Maklumla, fikiran dah jauh ke mana ntah. Bangkok pulak kot? *Lariiikkk… Then tetibe sampai dekat this kawasan yang tiba-tiba berkabus. Cam tenang, misteri dan mistik jer rasanya. Hehehehe… cool huh… Pastu sempat pulak kami lalu kat somekind of tunnel yang gelap. Cuak kejab sebab gelap.
Bila dah melawat dua island ni, akhirnya saat yang dinanti telah tiba. James Bond Island terpampang di depan mata kami! Terujanya abah bila melihat sendiri dengan mata sendiri. Selama ni asyik belek google images ngan flickr jer. So, giliran abah pulak untuk mengabadikan gambar batu yang famous ini. Batunya besar di atas dan kecik di bawah. Ala-ala paku. Wida kata Tapoo dalam bahasa Thai adalah paku. Itulah sebabnya pulau tu mendapat nama pulau paku.
Lagi teruja kami apabila diberitahu bahawa kami akan turun ke pulau itu untuk berjalan-jalan bergambar dan bershoppingan. Abah tak shopping apa pon kat sini sebab abah nak tangkap sebanyak gambar yang boleh di island ni.
Terdapat pelbagai cenderahati yang boleh dibeli di pulau ni. Yang paling penting, you have to know how to bargain la. Derang akan cas tinggi untuk barang-barang tu. Mrasa main tekan-tekan calculator penjual tu untuk dapatkan harga yang korang nak/willing to pay sebab kat sini communicationnya terhad. Unless korang leh bawak Wida untuk tolong bargainkan the barang.
Di belakang kedai cenderamata ni, terdapat dua buah gunung yang telah bercantum. Di sebelah kanan gunung ni kalao korang tengok betul-betul, ianya condong. Terdapat beberapa lubang kecil yang boleh digunakan untuk bergambar secara senget. Macam gambar kat atas ni, Cik Na telah menunjukkan demonstrasi bergayut di batuan condong. Ekceli menggil-gigil tangan dier nak hang lama sikit supaya gambar boleh diabadikan sebaik mungkin *hahaha matila ayat. Ko tahula kamera ni kena setting-setting bagai. Apeture, shutter speed, ISO…
” Cepattt!!!!!!!!” jerit Cik Na.
“Hoke” yela yela snap!
Lepas dah main-main dalam gua and dinding senget tu, kiterang pon snap gambar berlatarkan batu yang femes itu. Abah always la tercampak ke belakang sebab nak kaver perut *larikkk
Selepas kiterang sejam di James Bond Island tu, kiterang meneruskan perjalanan ke puiau terakhir, Pangyi Island atau Koh Pangyi. Koh tu maksudnya Island. Oh ya, James Bond Island diberi julukan baru bagi Koh Tapoo kerana pengambaran cerita James Bond yang ada Lucy Liu. in it. Tak ingat plak tajuk penuh movie tu. Since that Koh Tapoo became more famous than ever, jolokan James Bond Island telah diberikan. Mrasa sejarah kejab.
Ok, biler sampai jer di Koh Pangyi, kami dijamukan dengan makanan. It was included sekali in the package trip. Ada sup sayur, kerabu sotong…
Sayur campur (demit nape banyak sangat sayur eh???), ikan pari goreng 3 rasa dan ayam goreng. Mrasa tetibe abah lapar. Ergh.
Neway, kami diberi masa selama sejam di pulau ni. Dalam pulau ni, terdapat street market yang boleh korang lawati. More cenderahati, baju, kain, etc.
Dekat pulau ni, dikatakan ada yang boleh berbahasa melayu. Tapi abah tak dengar pon derang ni cakap melayu. Adakah mereka buat-buat tak paham cakap melayu? Sebab kalo kiterang leh cakap melayu, for sure la abah mintak diskaun kaw kaw kan. So, derang keep feeling-feeling Paris Hilton in the making and speaking kaedahnya. Abah sempat grab baju untuk Chriss and kain untuk ibunda. Its was fun.
Ouh speaking about fun, tadaaaaa. Abah hamik gambar ngan siamang. Lalala…actually ada macik ni bawak siamang ni ke hulu hilir and tetiba letak atas bahu abah. Bila si Wan dah snap snap gambar, macik tu mintak la duit sket untuk kasi makan kepada siamang dier. Btw, bukan siamang makan buah je ke? so, al-kisahnya kes abah ni cam ala-ala kena paw juga la kan. Cis tertipu ingat bergambar tu free jer. Taperla asalkan dapat gak abah pegang siamang. Bergambar dengan siamang, 20 baht (Rm2.00)
Eh siamang tu monyet kan? Matila abah kompius. Wan kata siamang tu sama jer ngan monyet. Maybe indonesian monkey yang duduk kat hutan bakau *mrasa dier kata asyik tengok National Geographic Special ari tu. Hah sebelah gambar abah ngan siamang berpampers tu kan, cuba korang tengok betul-betul apa yang ada dalam gambar tu. Yang pasti, jangan disangka island ni tader bebenda camtu hoke. Ntah-ntah lagi advance
Jangan lupa baca caption sekali, baru paham.
Ok selepas berada sejam berada di Koh Pangyi, kami akhirnya berunsur pulang ke tanah besar kembali. Perjalanan daripada Koh Pangyi ke daratan mengambil masa selama 15 - 20 minit.
Selepas sampai di tanah besar, kami meneruskan perjalanan ke kilang gajus dan kilang intan berlian terbesar. Masa kat kilang bagai ni, kiterang tak amik gambar sebab bosan
Kiterang amik video jer…ala² dokumentari gitu.
Sesudah kiterang sampai di hotel, Farrina, Wida, Famil, and Wan have decided untuk berenang-renang di swimming pool sementara menunggu tibanya aktiviti pada malam itu. Makan besar!!! But well, abah tak join sebab malu malas
So abah telah snappy-snappy gambar di pool. Kasi korang preview ni jer la ya. Lebih-lebih tak boleh
ngeh ngeh…
Aktiviti malam kiterang seperti yang sudah sedia maklum, kiterang akan makan besar. Pakcik Wida named Uncle Malik telah membawa kami ke this restoran called Kang Eng dengan menaiki trak Tayota Hilux. Mrasa ramai-ramai berhangkut bagai duduk belakang! Ni 1st time abah naik trak duduk belakang. Angin-angin siap nyanyi lagu Anuar Zain. Wakakakaka
gile. It was so damn fun. Memang tak aspect pon kiterang akan naik Hilux! Duduk belakang plak tu. Pastu sekor-sekor rambut gerbang. Mrasa!
Kang Eng. It was a really beautiful restaurant! Layanan best, tempat cantik, tepi pantai, dan yang paling penting, makanan pon sedap!!! Ok adakah korang bersedia dengan gambar-gambar makanan di bawah ini? Here we goes…
Tu dia…Tom Yam Kung seafood yang pekat dan lazat. Ada api-api ekzos kat tengah-tengah tu hoke. Hampir-hampir membakar bulu tangan abah yang gebu ini
OMG, one of the best Tom Yam Kung I’ve ever taste. Sedap sangat. Balik Malaysia, nampaknya abah akan hanya mencari Johnny jer pulak untuk makan Tom Yam.
Sotong bakar pulak kaedahnya!!! Sedap hoke. Cicah ngan sambal belacan Thailand yang maha sedap. Kombinasi sedap kuasa dua. Terkecur pulak air liur abah biler memikirkannya. Demit. Hidangan kedua, adalah sayur campur. Fresh dan rasanya dimasak dengan sos tiram.
Butter prawn yang rasanya light-light butter. Udang ni tidak mempunyai kulit yang keras and abah rasa untuk hidangan ni dimasak dengan menggunakan udang kertas. Tekstur udang ni agak spongy and chewy sikit. Sedap gak ni.
Satu lagi hidangan yang membuatkan semua mulut kami terkatup dari terus membuat bising di meja makan. Curry crab. Curry crab ni rasanya pedas-pedas lemak. Rasanya hidangan ni yang lama sekali kiterang makan bersama nasi dan ratah! Semua orang gigih sekali untuk mendapatkan isi ketam yang manis itu. Why, oh why abah kena update pasal ni????! Kejammmmmm *Nanges.
Sebagai minuman paling cantik dan refreshing ari tu adalah air kelapa yang dipotong cantik sekali. Ala-ala bertemakan Hawaiian. Hik. Abah minum air Pineapple Jus yang paling sedap pernah abah rasa! Malangnya tader gambar. Ala..derang letak dalam gelas jer instead of the real pineapple. Oh, those taste! *sambung nanges terharu terkesima.
And last but not least, masakan ikan di dalam daun pisang (kot) rasanya macam otak-otak but guys, believe me it was so good! This dish is called Ho-Mok. Sedappp!!!
We had a really good day ari tu. Great places, great weather, and great foods. Kami pulang dengan menyinggah terlebih dahulu night market untuk sambung membeli barang-barang shopping girls tu. Abah tak shopping pon. Abah menikmati nightlife katanya. So, dari night market tu, kiterang berjalan pulang ke hotel untuk berehat dan bermalasan untuk menyimpan tenaga untuk hari ke-3 di Phuket.
P/s: I’ve put a lot of effort untuk this Phuket entry. Oh my god…i’m so tired and so oooo going back to Phuket. And hungry. Demit.
Hope you guys enjoy this entry. Phuket : Day 3 akan menyusul. Soon.













































Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about 
07/08/2008 at 4:26 pm Permalink
first!wohoo!
sedap banget makanan dia ya pak, ingin merasa jugak satu ari. islands tu cam best, too bad masa terlalu pendek..
07/08/2008 at 4:27 pm Permalink
hohoho.. the best part lepas makan mlm tu kau tak tulis ponn.. menci taoo suka cover jelita masa tulis blog.. Mana nye citer kau jadi ala ala kapal layar masa nak naik hilux tuu.. hiksss.. “jangan jalan lagi, jangan jalan lagi!!” Abah jerit dengan suara kepit yang datang dari mana entahh.. ahaks…
07/08/2008 at 4:29 pm Permalink
hahaha akhirnya dud..
Makanannya memang enak banget sihh..and im still waiting for yur story and pictures in Bali
07/08/2008 at 4:30 pm Permalink
Hahahahah hak ah laaaaa aku luperrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…nanti ko update la tulis sekali..menci dah publish baru teringat!!!
07/08/2008 at 4:34 pm Permalink
udang! sotong! matsaleh brunette yg buat hati aku berdebar-debar! HAIH.
07/08/2008 at 4:41 pm Permalink
hahaha makanan. makanan, tetibe putra idaman kah??? adakah putra idaman itu adalah makanan juge?? ekekekeke
HAIH!
07/08/2008 at 4:46 pm Permalink
kihkih best le korang..kuikui
tetibe rase nk gie phuket..huhu *nanges guling2
aik,amek gmbo ngan makhluk siamang pon nk kena charge..keji seh
07/08/2008 at 4:47 pm Permalink
Taperla..ikhlas sudahhh…tak baik ngungkit kan… yang penting, puas!
07/08/2008 at 8:40 pm Permalink
nak makan tomyam!!!!!!!..
demm yuh bardy…
08/08/2008 at 2:11 am Permalink
“Abah menikmati nightlife katanya”
Nightlife tu pegi humping ke bardy? hehe..
08/08/2008 at 9:34 am Permalink
Oit. Diett diettttt
Eh mane tau?
08/08/2008 at 11:23 am Permalink
kenaper tiap kali bace blog abah….
lapar….
08/08/2008 at 12:57 pm Permalink
wargh…
sonoknye day 2 ni..
eksited plak nk g melancong eh..
siamang.. siamang…
blakang umah aku ade banyak lutong..
uuuuuuuuuuuuk… uuuuuuuuuuuuuk….
08/08/2008 at 1:32 pm Permalink
Hahahaha blog kelaparann
Hik hik…tu la pasal…uuUu ader lutong eh..abah berharap belakang umah abah ader sloth
08/08/2008 at 1:54 pm Permalink
huh..mmg teruja den bc entry neh..n x sbr menanti entry seterusnyek…wallaweh.. x dpt p pn, bc story org len pn jdlaa..
huh..bilalaa merasa nk mlncong neh..Malaysia sndri x hbs tawaf lg..
08/08/2008 at 3:19 pm Permalink
wahhh teruja tgk makanan dia..jeles meles
08/08/2008 at 5:03 pm Permalink
hehehe ala..atleast ko baca kan…tader la penat jer abah rasa nak taip and edit
Kannn…meleleh2 air liur abah biler edit balik gambar2 niii TT-TT nanges
08/08/2008 at 7:22 pm Permalink
aku tgh pk2 lagi nak update pasal Krabi ke tak.. bz satu hal.. gambar takde satu hal.. kamera aku buat hal kat sana.. mintak gambar ngan bebudak ni semua suh balik opis amik.. adei..
tp cerita ko ni tak jauh beza ngan citer krabi aku tuh.. haha.. kiterang kat sana 2-3 kali gak terpk nak gi phuket naik moto yg kiterang sewa.. memikirkan kejauhannya, kiterang cancel je.. tp krabi nye nightlife sgt bosan.. huarrgghh!~~ aku nak gi phukett!!~~
10/08/2008 at 1:53 am Permalink
Take yur time to update it k
Mmg Krabi ngan tanah besar Phuket tu sejam je
Nite life bosan? U SHUD come to Phuket hokeee damn fun!