Note :Read Day 3| Read Day 2 | Read Day 1
Jalan-jalan, makan-makan, dah masuk hari ke-4 dah abah dan 6 lagi kawan abah tu bercuti sakan di Phuket. Hari ke-4 ni hari paling berat nak jalan. Bukan sebab terlebih makan hoke. Ko kenapa?! Berat pasal hari last dah kiterang akan berada kat Phuket. Sedih pon ada sebab memikirkan betapa tak bestnya sebab keesokan harinya korang kena datang kerja dan bekerja.
Kami bangun dan bersarapan untuk kali terakhirnya di Leelawadee Boutique Hotel seawal pukul 7 lebih. Pukul 8 lebih, shuttle kawan pakcik Wida dah menanti dah. Punyalah malas nak bangun dari tido sebab rasanya memang tanak balik.
Dah sarapan bagai, kiterang naikla van pelancong sewaan itu. Sebelum perjalanan ke airport tuh, kiterang dah rancang untuk menghabiskan duit Baht sebaik mungkin dengan bershopping dan berbelanja sakan.
Tapi destinasi kami yang pertama, kami dibawa ke sebuah pantai yang dinamakan Kata Bay. Pantai kat sini memang tak ramai orang dan agak ekslusif kaedahnya. Memang bersih, memang cantik! Tercampak Patong Beach kerana kebersihan dan keidahannya. Biasala tempat tak ramai orang.
Pagi tuh, kiterang rasa memang ada angin-angin sejuk menyapa diri *ayat novel. Cam sumthing will happen. Biler dah snap-snap di lautan yang biru itu, kiterang meneruskan perjalanan ke Karon View Point yang terletak jauh nun di atas bukit. Dekat sini, kita leh nampak pemandangan di bawah dengan meluas sekali. Semasa nak menuju ke Karon View Point tu, hujan telah turun secara manjanya.
Tapi biler kiterang dah sampai kat Karon View Point tu, hujan tak sampai lagi. terus snap-snap gambar kenangan terindah katanya *matila Samsons. Dalam 10 minit selepas tu, hujan dah mai dahh… terus semua bertempiaran masuk ke dalam van. Siapa sangka hari terakhir kiterang kat sini seakan-akan tidak merelakan kami keluar dari bumi Chang ini *Chang tu maksudnya gajah.
Kami turun dari Karon View Point dan menuju ke Kinnaree Elephant Trekking. Dekat sini, korang boleh naik gajah ala-ala jalan-jalan dalam hutan. Elephant trekking ke apa ntah aktiviti tu. Malangnya, kiterang tak cukup duit untuk menghabiskan sebanyak 1000 Baht seorang. Semua duit kiterang dah bajet untuk spend it on the shopping. Taperla, mungkin lain kali boleh buat aktiviti ni kan…
Eh, sebelum ke Kinnaree Elephant Trekking tu, kiterang sempat menyinggah di satu bukit ni. Namanya abah tak ingat pulak… Yang abah tahu dekat situ ada kincir-kincir angin. Cantik jugak bukit tu cuma disebabkan hujan, kiterang tak lepak lama. Snap-snap terus masuk van balik. Very the Amazing Race sebab kena kejar dek hujan yek! Naik van dan terus singgah di sebuah pekan dan bandar ni ( tak ingat nama ) di mana terletaknya sebuah tempat yang menjual barangan kraftangan Thai. Kiterang pergi ke dua tempat.
Kat craft Pearl and Thaisilk Center ni, abah sempat rembat satu baju coca-cola warna biru yang bertulisan Thai. Abah rembat sebab kedai tu ada size abah. Tempat lain semua feeling-feeling jual baju size model. Wida sedia beraksi bersama Farrina with their the Meow Thai pose.
Pastu kiterang ke satu lagi craft center yang menawarkan penjualan barang secara bebas cukai. Tader yang menarik pon dalam tu. Duduk kejab je. Pastu kiterang beralih pula ke bandar untuk mencari barangan Muay Thai si Wan ni. Maybe dier nak masuk pertandingan tu tahun depan *lari-lari
Jumpa la this one sport shop. Duduk lama gak dalam tu sebab si Wan ni pergi borong barang. Tinggal gelanggang jer dier tak beli. Abah snap-snap gambar kat luar kedai tu. Hujan katanya. Rasa sayu plak biler tengok bandar ni dihujani air-air hujan. Tiba-tiba rasa cam cantik pulak. Eksotik. Wakakaka matila gile sengsorang.
Lepas Wan bershopping-shopping bagai, bebudak pompuan tu dah gatal dah tangan nak peghabiskan duit. So, kiterang ke sebuah Expo yang menjual pelbagai benda dalam tu. Dari pakaian, sampaila ke sayur-sayuran. Semua ada dalam tu. Abah pon dok beli baju cam orang gila dalam tu for Yepan and Li kat umah tu. Gambar baju Epan tu ada kat sini ( oh luper, dier dah feeling² give up ke ape ntah so taleh view blog dier )
Fa ngan adik dier dah lama menghilang gi borong kasut. Katanya kat Malaysia kasut-kasut jenis cam dier carik tuh semuanya dalam lebih Rm100. Kat sini below RM30 hoke. Tu yang meroyan tak hengat tu. Masing-masing pulang dengan muka gampang kepuasan.
Masa ni dah tengahari. Muka masing-masing dah keletihan, kelaparan dan kegampangan puas. Fikiran asyik pikir Pat Ka Pau, Pat Ka Pau je. (nasi goreng) Tetapi, korang tengokla kiterang makan apa di hari terakhir ni. Nasi berlauk hoke. Kiterang singgah di kedai makan masa hari 1st lagi kiterang pi melantak. Sedapnya! *benci kena edit gambar makan lagi… *benci tapi suke.
Abah siap request special ni lagi. Sambal belacan yang super sedap giler babeng punya. Sambal belacan tu pedas dan ditambah udang goreng / kering / salai / bakar yang menjadikan sambal belacan ni menghantui abah setiap kali abah nak tido. Celaka tau sebab sedap sangat *nanges. Ulam-ulamnya fresh, manis, dan rangup sekali. Abah tambah 2 pinggan nasi penuh hoke. Over sangat angan-angan badan Muay Thai katanya. Tader maknanyela Kassimm!
Lepas dah makan sejam kat situ ( sejam katanye???! Makan apa tatau ), kiterang mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Pak Cik Wida yang bersusah payah membela dan menolong kami sepanjang kiterang kat sana. Pak Cik Wida cool hoke. Hah, apa lagi..korang applyla dier as sugar daddy *larikk
Lepas makan ni kiterang akan menuju ke airport. Sebelum sampai ke airport, al-kaedahnya sempat lagi tu nak menyinggah di kilang penjualan barang-barang kering seperti sotong kering berlada, ikan bilis bersalai pedas manis, etc.
Korang tau abah beli apa? Abah rembat ikan bilis goreng berlada ngan….. sebotol udang sambal belacan yang menjadi hantu raya abah di sana
Mrasa dah gile sambal belacan.
Lepas jer dok berasak-asak ngan pelancong-pelancong lain yang mempunyai nafsu kuda membeli barang kats situ ( semua beli barang-barang tu sekotak besar sorang hoke ), akhirnya kami tiba di lapangan terbang Phuket. Cek in luggage, cop-cop pasport dan tunggu selama sejam lebih lagi sebelum kiterang naik kapal terbang untuk pulang ke Malaysia.
Dalam duduk-duduk menunggu tu, kiterang sempat pergi beli Dunkin Donat aneh kat situ. Wida sempat jadi model promote donat anehnya itu. Apa-apalah janji makan. Bukan tadi baru lepas makan ke? Matila sah memang ada hantu raya ikut kiterang.
Pukul 4 lebih waktu Phuket, kiterang akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Phuket. Perasaan malas, penat, kenyang, dan kepuasan dapat dirasai oleh abah yang pertama kali fly ke luar negara bersama rakan-rakan yang lain. Abah ngan Wan dah rancang dah untuk kembali ke sana untuk mengisi apa yang aktiviti yang tertinggal. Rasanya 4 hari memang tak cukup untuk explore aktiviti kat sana. Kayak, naik gajah, Phi Phi Island for snorkeling, melawat pantai-pantai lain, jalan-jalan ke pekan sambil bawak motor belum lagi dirasai but then again, banyak gak kenangan manis yang abah dapat kat sini.
Untuk episode Phuket : Ekslusif pulak, mrasalah korang baca benda-benda mengarut yang berlaku sepanjang kiterang di Phuket serta budjet abah sepanjang abah di sana. Ni baru 4 hari abah kaver story dah karang beribu patah. Belum lagi kaver cuti sakan selama seminggu ke. Mrasa bulan ni citer pasal Phuuuuuket je. Akhir kata,
Kop Kun kap…
P/s: More pictures on Wan aka Scorchy
Popularity: 45% [?]

































14 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL