Sepanjang-panjang hari kami di Phuket, sudah pasti banyak benda yang berlaku secara spontan. Ada yang gila, ada yang malang, dan ada jugak yang biler pikir-pikir balik mesti tidak boleh dimasuk akal. So bagi melengkapkan entri bundle Phuket ni, berikut adalah kejadian-kejadian aneh sepanjang kami di Phuket.
Hari Pertama
1. Tahukah korang pada hari pertama di Phuket, luggage bag abah hanya seberat 9kg lebih.
2. Tahukah korang pada hari pertama di Phuket, makan kami di Kitchken ditaja oleh Uncle Malik pakcik kepada Wida.
3. Kami telah berjaya menguatkan otot betis dan paha dengan hanya mendaki anak tangga sejauh 4 / 5 tingkat ke bilik hotel.
4. Bangla street memang banyak penjual Bangla.
5. Dua kali Wan telah ditegur dan sekali di pow rokok oleh warga Bangla yang boleh berbahasa Malaysia ” Malaysia Boleh ” sahaja.
6. Lady² boy menari di atas meja secara beramai-ramai hanya di tepi luar jalan. Bukan di dalam club.
7. 20km perjalan itu adalah satu exaggeration. Maklumlah math tak pandai.
8. Oh yer, harga ais krim Swensens kat sini murah sangat hoke.
Hari Kedua
1. Masa kat Monkey Temple, abah terpijak tahi monyet. Celaka oi$#^^*&^(**) ( TT-TT )
2. Kak Lin di dalam watak hari kedua tu, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dia bekerja di salah sebuah agensi penacongan. Travel sengsorang.
3. Jaket keselamatan di atas bot banyak mendapat bantahan kerana tidak go in with the fashion. Ko hengat kalau ko jatuh bot, handbag Fendi, Prada, Louis Vuitton korang tu boleh menyelamatkan korang???? Melainkan dalam tu ada pelampung. Matilaa…
4. Harga seutas gelang Pearl Sea di James Bond Island katanya 800 Baht. Rupa-rupanya korang kalau tak pandai bargain memang akan ditipu. Harganya 100 baht je. Dan of course ianya fake.
5. Nama tour Guide kiterang tu bukannya Abang Mahmud tetapi Abang Mus. Mrasa lupa nama. Sudah berkahwin dan beranak seorang. * Mrasa melepasla korang.
6. Makanan di atas Koh Pangyi dikira sekali dengan duit Island Hopping. So korang datang, makan je.
7. Makanan lesap tak sampai 10 minit.
8. Gambar siamang tu kiterang tak rancang pon nak bergambar. Macik tu terus letak atas badan kiterang and pow duit. Cis ingat free *kena pow ngan macik.
9. Tahukah korang kat kilang gajus tu, terdapatnya air jus gajus. Dijual di dalam bentuk kordial dan tin berkabonat. Abah beli air tin tu. Rm3. Celaka mahal tapi sedap.
10. Makan malam di Kang Eng tu kan kiterang naik Hilux. Kiterang tak snap satu gambar pon sebab kiterang rekod pakai video cam. Malangnya, video tu semua terdelete. Punah segala kenangan abadi.
11. Tahukah korang makan malam besar kami di Kang Eng itu pada mulanya ditaja oleh Uncle Malik sekali lagi? Tapi kiterang bayar jugak kat Uncle Malik. Uncle Malik menolak dan mengambil duit itu untuk dibayar kepada shuttle van kami masa hari ke-4.
12. Last but not least, tahukah korang bahawa nada high pich Mariah Carey Vs. Whitney Houstan kedengaran sangat nyaring sekali memecah kesunyian malam di luar Kang Eng malam itu? Ini adalah kerana trak Hilux tu bergerak tanpa abah bersedia untuk duduk di dalam trak. Maka, korang kena bayangkan sebelah kaki abah di dalam trak, dan sebelah kaki lagi dipegang erat oleh pak guard di luar Kang Eng. Tangan abah berpegang kuat pada pintu penghadang belakang Hilux dan abah mengimbangi badan dari jatuh seperti bermain surf board. Suara nyaring beroktaf tinggi itu nyaring menjerit ” Kenapa jalannnnn????! Tungguuuu..tungguuuuuu… nantiiiiii!! jangan jalan lagi, jangan jalan lagi!!”
13. Peristiwa itu menjadi bualan hebat hingga ke hari ini.
14. Transportation + Monkey Island + Island Hopping + kilang gajus + kilang berlian semua sekali berharga Rm100 seorang termasuk makan tengahari di Koh Pangyi.
Hari ketiga
1. Penjelasan :
http://en.wikipedia.org/wiki/Auto_rickshaw
Kat Phuket ni, ianya dipanggil tuk-tuk jugak sebab ianya digunakan secara meluas menggantikan teksi. Tuk-tuk ni banyak jenis. Salah satu jenis ala-ala van ni, adalah kat Phuket… Orang sana sendiri gelarkan menatang alah tu tuk-tuk. Abah ikut je. Kalau korang nak berdebat jugak, korang boleh berdebat dalam Piala debat peringkat negeri.
2. Abah memang main lompat-lompat kat pantai tu. Pandai-pandai la korang carik gambar-gambar tu semua yek.
3. Abah mandi laut pakai suar pendek jer. Mrasa seksi terserlahlah lemak-lemak di sana sini. Tapi peduli apa ramai jer orang yang selamba badak.
4. Wida dihempas ombak sehinggakan kakinya ke atas dan kepala di bawah air. Korang bayangkan selepas kiterang berpusing mencari Wida, hanya kelihatan kakinya sahaja yang nampak persis gimnas berirama. Korang buat tanda jari peace dan gerakkan jari peace itu. Begitula kakinya menari-nari.
5. Cik Na dan Lei yang hanya duduk di tepi pantai sempat membuat henna tatoo. Penjual henna tatoo datang dari satu tempat ke tempat lain. Satu henna tatoo berharga RM20.
6. Kain yang Wida pakai masa photoshoot di pantai tu adalah milik Cik Na yang juga membelinya daripada penjual yang datang dari satu tempat ke satu tempat lain.
Hari Keempat
1. Setiap tempat yang kami jejak pada hari tu hanya mengambil masa tak sampai pon 1/2 jam. Ini adalah kerana kami mahu mengelakkan daripada terkena hujan yang datang secara tiba-tiba. Sepanjang 4 hari di Phuket, hari ke-4 la hari hujan.
2. Makan tengahari kami ditaja lagi oleh uncle Wida. Kami sangat berterima kasih kepada Uncle Wida itu. Thanx uncle Malik!
3. Sambal belacan yang abah beli belum lagi dicuba sehingga ke hari ini.
Budget :
1. Abah tader pasport antarabangsa so kos membuat pasport adalah sebanyak RM300.
2. Kos tiket penerbangan pergi balik dan penginapan selama 4 hari 3 malam adalah sebanyak RM400 seorang. Tiket dibooking + promotion Air Asia pada bulan Januari / Februari 2008.
3. Kos semua sekali jalan-jalan, makan-makan, souvenir semua adalah sebanyak RM550. Abah over budget sebenarnya. Wan bawak RM500 jer dah cukup ![]()
Info tambahan:
Untuk lebih banyak gambar kami di Phuket, korang boleh lawati blog Scorchy ni.
So secara officialnya, tamat la sudah cerita pasal Phuket ni. Segala pertanyaan leh tinggalkan kat tempat komen yek. Lepas ni dah tader entri pasal Phuket dah. Cerita pasal lain pulak. Banyak ni tertinggal.
Popularity: 50% [?]














20 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL