MInggu depan nak raya dah? Ergh.
Abah sempat berbuka puasa bersama dengan Cik Na dan Lei di Penang House, Cyberjaya. Telah membuat dahulu reservation pada pukul 4 petang dan sampai di sana pada pukul 6:45 petang. Hari tu abah selsema. Benci la kalo selsema ni. Perut akan jadi super lapar. Sabo jer la.
Kiterang tader pulak makan grand² hari tu. Biasa-biasa jer. Katanyer gaji pon lom masuk. Lepas raya… So yeah, itu sax. Anyway, Cik Na order Mee kari yang sedap sekali bersama dengan rojak buah. Kedua-duanya sedap dan tak mahal pon. Semua bawah Rm10. Mee kari tu abah rasa mee kari nyonya sebab dier ader sertakan sekali cili sambal. Cik Na tak makan pulak cili tu sebab katanyer kuahnyer dah pedas. Kalau abah, harus abah pulun sekali.
Lei pulak order deep fried Kue teow pada hari tu. Banyak sekali portion. Teruja tengok. Lei kata sedap. Abah tak rasa pon kuahnye. Hehehe. Oh, abah pulak hamik Dried Chilli with chicken Ting rice. Kelas tau nama. Ader ke chicken Ting. Walaupon nampak macam tak menarik, sebenarnya, sedap sangat hoke. Ayam berkuah cili kering tu, berjaya membuatkan abah berpeluh semasa makan. Pedas dan sedap. I loike.
Untuk air pulak, tekak abah ni terasa nak minum air fresh oren. Biler dah dapat, lega betul rasanya. Cik Na order air tebu, Lei pulak order sama dengan air abah. Overall, makanan di Penang house ni sedap-sedap belaka. Im not judging by the tahap kelaparan jer yek, mmg abah judge jugak dari segi rasa semua tu. So, abah kena RM10.00 untuk nasi and fresh orange. Not bad eh…
Few days ago, ader artis datang ke ofis abah untuk melawat kami di SII ni. Saper lagi yang sedang meletop-meletop dengan lagu Bawaku Terbang itu, salah sorang daripada anggota kumpulan The Fabulous Cat, si Farhana/Ana/Pedd. Tu dia banyak sangat nama dier. Kiterang panggil Pedd jer… si Pedd ni datang melawat ofis kami ni sambil menjual albumnya itu. Dulu Pedd kerja satu ofis dengan abah. Sekarang dah artis mainstream dah dier… hehehe… ape-ape pon, all the best to Pedd dengan kerjaya barunya itu
Belilah album original yek. Support kawan² katanyer…
Korang dapat kad raya tahun ni? Tahun ni, inilah one and the only kad raya yang abah dapat kiriman si Sootspirit yang gigih sms abah mintak alamat baru. Abah kan selalu jer pindah randah kaedahnyer kan.. Harus kena paksa antar alamat rumah. Ape² pon, thanx Sootspirit sebab kao gigih antar kad raya.
Sabtu ni nak cari baju melayu. Hum.. adekah Jalan TAR?
Popularity: 67% [?]













18 Users Commented In This Post
Subscribe To This Post Comment Rss Or TrackBack URL