Cherating 2009

Orang Kahwin

Sabtu lepas Abah, Yepan ngan Naju sempat pulang ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri majlis kahwin sepupu abah. As usual, time management always kelam kabut kerana kiterang sampai kat Dungun tu pada pukul 3:30 petang. Orang semua nak tutup majlis dah. Huhuhuhu nasib baik sempatla jugak merasa nasi minyak, ayam masak merah, acar rampai dan juga gulai daging. Nom nom nom. Gambar orang kawin kat kamera Naju, harap maklum. Naju tak paskan lagi gambar kat abah. Ishk.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan adalah konsep kiterang balik ke Terengganu. Weekend gateway! Kiterang singgah di Cherating untuk feeling-feeling pergi vacation tapi kali ni abah menggunakan konsep percutian encik Scorchys iaitu budjet trip.

cherating_poster.jpg

Ok sampai -sampai jer kat Cherating tu, kiterang try la survey Chalet Ranting. As aspected, fully booked. Yang tinggal adalah untuk bilik family yang boleh memuatkan seramai 5 orang. Nak besar-besar buat ape kan gile. Dah la nak book 2 bilik. Ok fine, kiterang pergilah dok mencari-cari lagi chalet lain yang boleh diduduki.

bilik1.jpg bilik2.jpg

Finally. jumpala Chalet yang diberi nama Kampung Inn. Memang chalet ni style kampung pun. Harga untuk bilik biasa ialah RM30 dan bilik berhawa dingin is RM50. Hari tu tinggal satu bilik air-con and bilik biasa. So, Naju pi tido bilik air-con tu and abah ngan Yepan duduk bilik biasa untuk satu malam. Keesokan harinya, barulah abah ngan yepan berpindah ke bilik yang berair-con sebab orang previous dah checked out. Matilah jangan pening please sebab ni baru perenggan ke-4.

Malam tu tidak banyak sangat pon aktiviti yang hendak dibuat kerana abah dan yepan penat bersengkang mata di dalam kereta selama hampir 10 jam. Ya kerana perjalanan kami adalah daripada KL-Kuantan-Kemaman-Dungun-Kemaman kembali-dan Cherating Kuantan. Naju boleh bagi statement yang dia tak rasa penat ape pon. Ye la gile sebab ko dah dok terbongkang kat seat belakang tido! Warf.

So malam tu kiterang pon pergi jerla makan nasi kenduri siang tadi yang telah ditapau dan melepak minum-minum di gerai yang terletak 30 langkah dari chalet kami. Malam tu kiterang order Pineapple juice, dan watermelon juice.

speedlight.jpg

Fakta: Pineapple juice abah habis tertumpah sebab terlalu excited berborak. Abah hanya minum 2 sedut hokey. So abah order lagi satu. Mrasa rugi.

Dan malam tu masing-masing balik tido sebab letih. Abah berperang ngan nyamuk, Yepan berperang dengan cadar miang. Naju, lena.

Hari kedua

Cuaca mendung. Sejuk sangat sebab Chalet kiterang ni pon dekat dengan pantai. 50 langkah je. Pagi tu abah bangun pada pukul 8:30 pagi dan bercadang mencari Nescafe untuk melancarkan system badan yang lemau. Kedai malam tadi tu tutup. So, abah kejutkan Yepan untuk lepak di tepi pantai pada pagi-pagi hari. Sejuk weh. Abah bawak jaket. Yepan duduk bertapa tertido tepi pantai. Nasib baik Yepan tak hanyut dibawa ombak. Naju pulak lena diulit mimpi. Dem yuh. Rugi wooo pergi bercuti tapi bangun lambat.

pagi.jpg epantido.jpg

Ok fine, kedai tadi bukak pukul 9:30 pagi. Tapi hari tu derang bukak lewat sikit. Pukul 10:00 pagi barulah abah boleh menikmati kaffein tu. Abah call Naju dan naju pon sampai sejurus kemudian. “Sejurus” tak tahan.

mihun.jpg nasigoreng.jpg

Dah alang-alang breakfast, abah order mee hoon goreng telur mata. Emmm. Sedap jer abah makan. Nom nom nom. Yepan pulak dengan Nasi goreng telur mata. Dier tak komen ape sebab tengah lapar kot.

Naju pulak hamik set breakfast orang putih omelett apentah tapi gambar tak sempat snap. Pastu tak kenyang, dier order lagi mee hoon goreng macam abah punya tapi jenis kering. Tak basah. So memasing pagi tu dah kenyang. Masa makan-makan tu kiterang pon plan la nak buat apa untuk satu hari tu kan.

me_pagi.jpg me_pagi2.jpg

Agenda utama percutian kali ni adalah untuk merehatkan badan dan minda jer pon kan. So kiterang pon memulakan hari tu dengan bermandi manda di pantai pada pukul 11:30 pagi. Hahahaha. Biasalah… budak bandar susah jumpa laut memang camtu jadinya. Tetap jugaklah nak berenang ke sana sini. Tapi tak lama pon mandi. Kol 12 dah balik Chalet balik sebab suam-suam panas cuaca pada hari tu.

eskemmm.jpg

Balik dari Chalet tu, kiterang bertembung dengan penjual ais krim pantai. So apa lagi. Roti Vanilla ais krim yang berharga RM1.00 tu berjaya memenuhkan perut (mana akunyer plan diet???)

Dah balik Chalet semua, semuanya dah bersedia bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Pusat Penerangan dah Santuari Penyu. Nak tengok penyu pulak kekdahnya. Tak tahu pon ada kat Cherating. Trip ni memang tak plan ape pon. Ikut sedap jalan jer. Rasa nak pergi, pergi. Kalau tanak, duduk diam-diam. Tapi sebelum kiterang pergi tengok penyu tu, Naju ni nak cari ATM pulak untuk keluarkan duit untuk tujuan bershopping di petang hari. So abah drive turun sekejab ke Chukai / Kemaman dan singgah di Petronas. Oh, Kemaman Terengganu dan Cherating Kuantan tu dekat jer ye. 15 minit naik kereta. dua negeri itu dipisahkan melalui sempadan.

yehaapenyu.jpg ushamuzium.jpg

Ok dah sampai Ke Pusat Santuari tu, kiterang pon masuklah dalam tu. Dalam tu macam muzium jer. Ader penerangan gambar rajah pasal penyu dan segala spesiesnya. Abah tak baca pon sebab tak larat. Bayaran masuk dalam percuma tapi kita boleh donate secara ikhlas ke dalam tabung yang disediakan. Selamatkan spesies penyu weh! Tetibe hantu Oprah Winfrey menyelinap masuk untuk sibuk menyelamatkan mother nature. Masalahnya abah tader duit pecah nak kasi sumbangan. Kang kasi jer RM50 ni secara tak ikhlas, harus kena kejar dengan hantu penyu. Tak pe, Naju ngan Yepan dah sumbangkan dah *lariii…

penetasan.jpg

ngendap.jpg

Masa kiterang sampai tu, ada pulak bebudak sekolah tadika buat trip semua nak tengok penyu. Keadaan sesak masa tu. So, kiterang memberi laluan kepada bebudak tu untuk tengok puas-puas dahulu muzium tu sementara kiterang pergi melepak di bahagian belakang muzium. Belakang muzium tu ada tapak penetasan penyu. Tak boleh masuk pon. Cuma boleh intai-intai jer dari luar.

penyu1.jpg

ngaaaapenyu.jpg

Bila budak-budak tu dah meninggalkan muzium tu, kiterang pon bergegas ke kolam penyu kat muzium tu. Tengok penyu-penyu berenang. Snap-snap gambar jer pon. Biler dah puas-puas hamik gambar, kiterang pon bercadang untuk pergi mencari souvenier di Cherating. Kedai souvenier ni dekat jer dengan Chalet kiterang. Kalo naik kereta dalam kurang 10 minit dah sampai.

kekedai.jpg

barang2_tepi.jpg seliparrss.jpg

Cuaca petang tu sangat cantik. Suka sangat sebab hari yang cerah akan memudahkan abah mengambil gambar dengan girang. Kaler pon naik sebab cukup cahaya. Yes, im using my Cik Niko. Masa ngah hamik-hamik gambar tu abah dah feeling-feeling macam hamik gambar kat Pulau Perhentian/ Redang segala dah. Padahal Cherating ajo. Jadilah percutian untuk tahun ni kan sebab tahun ni abah SEDEH nak plan buat trip jauh-jauh. Takpe, tader rezeki lagi nak plan bercuti jauh-jauh pon… ” Aku terima dengan ketentuan-MU,” *baca dengan nada drama sinetron Indonesia ya.

mepilih.jpg

pos.jpg

Macam biasala dah nama souvenier pon ada keychains, tshirt, seluar, selipar, tempat gantung sana sini, magnet, topi segala benda yang hanya dicop dengan perkataan Cherating dijual dengan banyak dan pelbagai pilihan. Shopping jer dah makan masa sampai 4 jam. Lagi-lagi si Naju tu kalau shopping memang tak hengat nak balik. Pompuan memang camtu eh.

ikanbakar.jpg

Ok fine, dah beli segala benda kiterang pon bergerak pulang ke Chalet. Perut terasa lapar. Terasa nak makan ikan. Ikan bakar, 3 rasa, dan sotong. Biler dah meliurkan diri sendiri, kiterang pon cadang nak makan besar malam tu dekat gerai ikan bakar. Tawakal jer singgah kat kedai ikan bakar yang terletak di tepi sepanjang jalan menuju ke Chukai. Masa kiterang sampai untuk pilih ikan, kedai tu ada tampal artikel newspaper kedai derang dekat dinding. So kiranya kedai ni memang kedai yang betul untuk memuaskan nafsu serakah kelaparan pada malam tu. Kedai ni femes rupanya. Abah pon tak notice pon apa nama kedai tu. Pikir nak makan jer ni. Tak plan pon nak makan kat mana, alih-alih dapat kedai yang menjual ikan bakar yang ternyata SEDAP hoke!

sayur.jpg

Malam tu kiterang makan ikan bakar Kerapu dan pari, Siakap masak 3 rasa, Sotong goreng tepung dan Kailan ikan masin. Fuh sedap weh! Meleleh dah air liuq ni. Kenapa kedai tu sedap sangat! Air pulak kiterang hamik air jus. Hari-hari pon minum jus. Maklumlah kempen makan buah giat dijalankan sekarang ni. Totalnya sorang RM25. Berbaloila sebab sedap. Hahahaha. 3 jenis ikan, sotong, sayur, nasi dan air jus tu…

sotongness.jpg

Sedang kiterang tengah menikmati juadah yang enak tu, Naju dapat call daripada Pak Su. Pak Su ni adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa pelancong-pelancong untuk tengok penyu bertelur secara eksklusif dan live. Naju dapat number telefon pakcik ni masa dekat gerai souvenier yang terletak di belakang tempat santuari penyu siang tadi. Menyempat hoke pompuan ni.

Pak Su kata ada penyu bertelur malam tu dan kalao nak ikut sila tunggu dekat stesen minyak Esso Chukai, dekat dengan pintu gerbang sempadan Terengganu ngan Kuantan. Bayaran Rm25 seorang. Pada mulanya abah tanak ikut sebab duit dah habis. Bajet pon untuk beli keropok lekor pada keesokan harinya. Yepan pon sama. Naju dah merengsa mengajak abah ngan yepan. Siap nak sponsor lagi.

” Lagi pon sepanjang umur 25 tahun ni, pernah ker korang pi tengok penyu bertelur secara dekat? Kiranya, nak pergi pon atas dasar at least sekali seumur hidup pergi tengok penyu bertelur. Bukan selalu pon dalam bercuti macam ni. Dan kebetulan nasib kita baik hari ni sebab penyu tu nak bertelur,” tu diah hujah skrip RTM Naju canang baik berkobar-kobar. Tepuk la tangan uols.

Sesetengah orang, duduk sampai seminggu pon lom tentu ada penyu nak bertelur. Musim aktif penyu bertelur adalah pada bulan 4 dan 5. Kira kiterang pergi Cherating ni pon bukan season penyu bertelur. Agak miracle la jugak yang penyu tu dandan nak bertelur di saat ikan siakap yang sedap itu berada di dalam kunyahan mulut abah.

Weh penat la menaip. Krem otak dan jari. Mata kering lantas meletak eye drops. Oke ni harus ker kena cakap? Gile.

Ok sambung. Warffff.

Hujung pangkal, lepas makan kiterang pon call balik Pak Su. Kiterang bergegas ke lokasi tunggu Pak Su. Pak Su datang bawak van. Orang kat dalam tu kosong dan mungkin penumpang di dalam tu telah sedia ada di tempat lokasi penyu bertelur. Kiterang adalah batch terakhir pada malam tu (rasanya la)

ibupenyu.jpg

Sampai-sampai jer dekat lokasi tepi pantai Mak Nik ( tak jauh pon ), penyu betina berusia di dalam lingkungan 40 tahun itu sedang bertelur. Semasa penyu tersebut sedang mengeluarkan telur, kiterang tidak dibenarkan menggunakan flash untuk mengambil gambar. Dalam lebih kurang 10 minit selepas itu, penyu tadi pon dah siap bertelur dan mula mengambuskan tanah untuk menyorokkan telur.

penyubesen.jpg

kawaiipenyu.jpg

Sementara penyu tu ngah siap-siap mengambus pasir, kiterang pegi ke tempat di mana berpuluh ekor anak penyu yang sedia untuk dilepaskan ke laut sedang banyak berkumpul di dalam besen. Anak-anak penyu itu boleh disentuh dan masa ni abah mengambil peluang untuk bergambar dengan binatang comel ni. Comel giler, rasa macam nak bawak balik jer. Tapi bila pikir kang nanti benda tu besar macam mesin basuh, mana pulak abah nak letak kan…

mekawaii.jpg

Biler dah puas hamik gambar semua, penyu betina tadi bersedia untuk pulang kembali ke laut. Di sepanjang perjalanannya untuk ke laut, para pekerja expert penyu di situ sempat mencungkil parasit-parasit seperti kerang yang hidup menumpang di bawah badan penyu betina tadi. Pak Su kata lepas penyu tu bertelur, penyu tersebut pergi ke saloon untuk mencantikkan diri sebelum pulang semula ke laut. Nasib baik penyu tu tak datang kedai saloon KIMORE Sungai Wang Plaza.

pekerjakikis.jpg kikis.jpg

parasit.jpg

Sementara nak menunggu proses mencantikkan diri penyu tu, kiterang dipanggil untuk bersama-sama melepaskan anak-anak penyu ke laut. Sorang hamik seekor lepas tu kena kasi nama kat anak penyu tu. Tapi…

” Don’t forget to put a name for your turtle,”

kamipenyu.jpg

lepaskannn.jpg

Fark. Penyu abah dah berenang-renang ke laut. Selamat jalan Anonymous! Penyu Yepan nama dier Saber. Apekah nama futuristik sangat. Balik-balik ke pantai kang jadi half robot, half penyu baru tahu. Penyu-bots. Penyu Naju tatau nama apa. Ibu penyu masih lagi merangkak rangkak ke laut. Masa tu kiterang dah penat gila nak tunggu dan mengambil keputusan untuk pulang ke Chalet untuk tido. Sampai kat Chalet, borak-borak kejab and abah terus tido kol 1 pagi. Ke-esokan harinya abah kena drive ya balik KL. So kena ada tido yang cukup. Malam tido abah tido lena sebab bilik dah berair-con. Masyuk betul.

Hari Terakhir

Masing-masing bangun pada pukul 11 pagi. Hasil dari aktiviti semalam yang sangat memenatkan. Cheh padahal nak gerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain pon menggunakan kereta. Tu pon abah yang drive. Penat tang maner tatau la derang ni. Kol 12 tengahari kiterang pon check out la dari Chalet Kampung Inn tu dan bergegas ke Chukai untuk membeli keropok kering dan lekor. Dah alang-alang sampai kat situ, kiterang pon singgah la makan-makan Sata, laksam dan nasi campur. Gambar tak ada sebab Naju keji tak pas paskan lagi gambar kat abah. Argh! Ada satu gambar ni pinggan nasi campur Yepan tu sebesar kuali dekat rumah hoke. Teruja abah tengok. Tapi tu la Naju ni. Ishk. Hari terakhir ni gambar makanan banyak dekat kamera Naju. Pasrah.

bye2.jpg

Ok dah habis makan semua, kiterang pon pi la singah ke gerai keropok lekor untuk dibawa pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang ke highway, kiterang sempat singgah di pantai timur buat kali terakhirnya untuk bergambar. Pantai kat situ biru gila sebab mungkin kerana cuaca hari tu sangatla terik. Selepas bergambar sambil memakan jeli kelapa, kiterang pon meneruskan perjalanan pulang balik ke KL.

Fuh dah habis citer pasal Cherating. Walaupun trip ni pendek, tapi kualiti time yang kita spend sama-sama ngan kawan, dan pengalaman yang diperolehi tetap membuatkan trip ni berjaya. Ok saper nak sponsor abah pi Sabah and Sarawak? Teringin ni. Haha.

:D

Related Posts with Thumbnails

Trackback URL

  1. scorchys
    01/08/2009 at 9:34 am Permalink

    hahhaha baru puas baca blog ko.. semua adee.. makanan tetaapppp… ni berapa hari punya simpan dalam draf.?? heheh tapi best baca blog yg pepanjang nih.. lelagi yang banyak gambar cam nii… hehe best gak Cherating kannn….. cam nak pergi plakkk..

  2. iwani
    01/08/2009 at 11:40 am Permalink

    adeh.. venci ai tgk gambar2 food sedapp ni… :(

    nak jugak..

    weh ko gi dungun kat ne?? dats my kamponggg.. ntah2 sedare same wakakakaka..

    and dat penyu bot paragraph is so fani..wakakakahak

  3. Abah
    01/08/2009 at 12:37 pm Permalink

    scorchys on August 1, 2009 at 9:34 am said:

    hahhaha baru puas baca blog ko.. semua adee.. makanan tetaapppp… ni berapa hari punya simpan dalam draf.?? heheh tapi best baca blog yg pepanjang nih.. lelagi yang banyak gambar cam nii… hehe best gak Cherating kannn….. cam nak pergi plakkk..

    Tak pakai draft ponnn…aku balik lewat dari ofis semalam sbb gigih nak menaip. Dedikasi sangat kann…Hahahaha… pi ar cherating weh tapi tak ler sehebat Pulau² kauu :p Cepat nak baca citer Bangkok plakk!!

    iwani on August 1, 2009 at 11:40 am said:

    adeh.. venci ai tgk gambar2 food sedapp ni… :(

    nak jugak..

    weh ko gi dungun kat ne?? dats my kamponggg.. ntah2 sedare same wakakakaka..

    and dat penyu bot paragraph is so fani..wakakakahak

    Food dalam skolblog memang camtuu. Aku letak gambar yang sedap jer la. Tak sedap wat ape nak letak.

    Dungun kat2 Bandar Dungun jer…

    Paraggraph tu klaka ehh. Cis… Hahahaha yay berjaya buat orang tersenyum :p

  4. CypherHackz
    01/08/2009 at 3:40 pm Permalink

    Giler ah! Siap dapat lepaskan penyu yang best tu. Mana ada orang dapat pengalaman macam tu. Kalau macam ni, mau honeymoon dekat Terengganu je. Hahaha…

  5. GraFiQuE
    02/08/2009 at 7:31 pm Permalink

    kehadapan penyu poyo yang ntah ingat ker idak,

    bahawasanya saya menulis warkah ini sebab terlupa bahawa ini bukan laman untuk menyelamatkan penyu poyo yang hampir pupus itu, tetapi menyergah abah yang semuka penyu poyo.

    sekian harap maklum, wabilahi taufek…

    wahh.. tertiba buat post segala muat dlm first entry on august… besttt, besttt… nie kena celen nie…

  6. Cik Na
    03/08/2009 at 12:17 pm Permalink

    suker suker suker.. biasalar eh.. anak2 penyu tue chomel mcm ku inie… hehehe

    thanks for the kopok and leko… shedap sgt…

    yg penting, ko wat aku giler mencarie ikan bakar kay… dem u…

    muachh

    chiow bello…

  7. Abah
    03/08/2009 at 12:27 pm Permalink

    CypherHackz on August 1, 2009 at 3:40 pm said:

    Giler ah! Siap dapat lepaskan penyu yang best tu. Mana ada orang dapat pengalaman macam tu. Kalau macam ni, mau honeymoon dekat Terengganu je. Hahaha…

    Hahaha pengalaman tuuu sekali seumur hidup… pasnih pi la hanimun kat sana. Not bad apeee :p

    GraFiQuE on August 2, 2009 at 7:31 pm said:

    kehadapan penyu poyo yang ntah ingat ker idak,

    bahawasanya saya menulis warkah ini sebab terlupa bahawa ini bukan laman untuk menyelamatkan penyu poyo yang hampir pupus itu, tetapi menyergah abah yang semuka penyu poyo.

    sekian harap maklum, wabilahi taufek…

    wahh.. tertiba buat post segala muat dlm first entry on august… besttt, besttt… nie kena celen nie…

    Ala…penyu kah aku? Ingat beruang. Matila tukar spesies. LOL… dem yuh

    Cik Na on August 3, 2009 at 12:17 pm said:

    suker suker suker.. biasalar eh.. anak2 penyu tue chomel mcm ku inie… hehehe

    thanks for the kopok and leko… shedap sgt…

    yg penting, ko wat aku giler mencarie ikan bakar kay… dem u…

    muachh

    chiow bello…

    Same-sameeee. Ko dah jumpa ke ikan bakar kau yang dicari²? Adekah jumpa? Adekah tidak? Misteri. Aku tahu dahhh lepas ni mesti ader entri ikan bakar kat belog kooo.

  8. Cik Na
    03/08/2009 at 1:51 pm Permalink

    sedey kan… ko lar nie wat aku sedey kay…

    x pe x pe kalau ader rezeki mesti ader nyer..

    nanti akan ku hupdate ya..

  9. Abah
    03/08/2009 at 2:26 pm Permalink

    Yg penting tertibe ader entri steak TGI Friday. Siot jeeeeeeeee…lapaaaaaaaaaaaaaaaa

  10. 'ammi
    03/08/2009 at 9:50 pm Permalink

    huhuh.. fun baca blog Abah.. sedihhhhhh tak dapat ikut…

  11. GraFiQuE
    03/08/2009 at 10:20 pm Permalink

    penyu berbulu kot!

    ala, diaorang pon ader bearish gak!

    ekekeke

  12. Abah
    03/08/2009 at 11:03 pm Permalink

    ‘ammi on August 3, 2009 at 9:50 pm said:

    huhuh.. fun baca blog Abah.. sedihhhhhh tak dapat ikut…

    Ala jangan sedih²….next time leh join eh…. hehehehe thanx sbb baca….

    GraFiQuE on August 3, 2009 at 10:20 pm said:

    penyu berbulu kot!

    ala, diaorang pon ader bearish gak!

    ekekeke

    Hahahaha ader plak penyu bear-ish. Apekah aneh :))

  13. Lily.Lulu
    07/08/2009 at 1:37 pm Permalink

    sangat teliur bila tengok telur goreng tuh .. sebelah tu pulak mihun …

    perghhh !! tangkap leleh oke
    Lily.Lulu´s last blog ..Holiday @ Bali – Day 1 (Part 1)

  14. Abah
    07/08/2009 at 4:36 pm Permalink

    HAHAHAH makan selagi bolehhhhhh kan lily kannnn

  15. niety
    10/08/2009 at 5:14 pm Permalink

    Lagi pon sepanjang umur 25 tahun ni, pernah ker korang pi tengok penyu bertelur secara dekat? Kiranya, nak pergi pon atas dasar at least sekali seumur hidup pergi tengok penyu bertelur. Bukan selalu pon dalam bercuti macam ni. Dan kebetulan nasib kita baik hari ni sebab penyu tu nak bertelur,” tu diah hujah skrip RTM Naju canang baik berkobar-kobar. Tepuk la tangan uols.

    salute naju!! haha.

  16. Abah
    11/08/2009 at 10:12 am Permalink

    Hahaha ko dah tepuk tangan ke blom? Dem

Trackbacks

  1. [...] aku malas nak tulis panjang-panjang ni. Malas nak pikir ayat nak cite pasal trip tu.. so masuk blog Bardy ...