9hb lepas abah pulang ke Melaka untuk memenuhi jemputan kawan abah yang sorang ni kawin katanye. Abah balik dengan Yepan dan Ammi.
Majlis perkahwinan tu adalah pada hari Sabtu bersamaan 10hb. So hari Sabtu tu bolehlah pergi ke majlis kahwin tu dan membawa anak-anak beruang yakni Yepan dan Ammi ni bersiar-siar di kota Melaka…
Ok but first, congratulations kepada Nurul Nazlia aka Ayoui yang sudah selamat bernikah dan bersanding. Sama cantik, sama padan. Terima kasih kerana sudi gak menjemput abah ni ye. Menyempat dalam bilik pakai spek hitam. Panas ni masa ni…
Gambar ni plak abah sempat snap masa kat luar. Malas nak tepek banyak² gambar, so abah compilekan je yep. Klik untuk paparan yang lebih besar… Oh ye… abah luper bawak speedlight. Bawak bateri jer lebih. Haihhh…
Ok gambar ni telah disnap oleh Ammi. Bagus-bagus. Tayah disuruh, terus snap. Bagus sangat ader helper yang boleh snap gambar makanan. Thanx Ammi. Lauk hari tu ada daging, buah oren, ayam goreng dan papadom. Ammi snap guna Panasonic Lumix Abah.
Ok lepas dah kenyang-kenyang, misi seterusnya untuk berjalan-jalan. Si Ammi ni asek la kena tinggal kat rumah so jarang sekali berjalan-jalan. Alang-alang dah sampai Melaka ni, abah pon bawak la dier ke tempat dier nak pi. Dier nak pi Taman Beruang Buaya.
Masuk ke taman ni adalah sebanyak Rm5.00. Dalam tu kan ada Rumah Hantu, Rumah Cermin Ajaib, Rumah Jurassic Park, Pertunjukan aksi ular dan buaya, dan ofkos – Segala jenis buaya la kan. Takkan Taman buaya tapi buaya nan ado pulak kann. Oh setiap rumah-rumah tu kena bayar RM2.00 seorang ya jangan lupa.
Ok. Abah sempat masuk ke Rumah Hantu Melaka buat kali ke berapa ntah dalam seumur abah. Ni kali ke 5 kot. Tetappppp jugak nak menjerit-jerit saiko. Padahal dah tahu benda tu bertenggek kat tempat yang sama. Tak berubah dari dulu. Maybe saikologi sebab tempat gelap katanya. Motip audio mengilai + bunyi angin ribut tak ada?? Kurang seram la kan. Bunyi kokishhh kokishhh mesin hantu tu lagi kuat. Indah eh rumah hantu ni. Bunga segar kan main. Makan hati Makcik Timah yang dok la membaja tanaman seharian tapi hasilnya tetap sedeh.
Ok pastu dah jalan-jalan sket, ada la pulak pertunjukan ular sawa. Ular sawa tu belit this one pakcik kat pinggang. Pak cik tu berlakon la kan ala-ala terseksa. Anak-anak buah dier rilekkkk je… Hum. Scam kah? Siap salah sorang anak buah dier naik pijak ular sawa yang dibelit tu bagi membuktikan bahawa ular sawa tu betul-betul melilit that pakcik. Ok la… tepuk-tepuk.
Pastu ada aksi buaya plak. Besar giler hoke buaya ni. Anak buah dier yang sorang tu, memasukkan duit ke dalam mulut buaya dengan menggunakan mulut jugak… mouth to mouth katanya. Sebelum ni ada aksi memasukkan tangan ke mulut buaya tapi blur plak gambar. So malas letak. Bayangkan je la eh.
Audience pon leh tahan gak ramainya. Semua orang luar. Abah jer dok Melaka, tolong bawakkan derang ni melawat kann…
Ermm…lepas dah habis pertunjukan, kiterang pon pi la melawat buaya-buaya yang kemalasan di situ. TETAPI ada seekor buaya ni, biler nak snap jer, terus dier datang secara yang riak yang menyelerakan dan smile for the kamera! Suka suka!! See see the picture!!
” Dagingg, daginggg!” kata buaya itu. Mungkin. Ntah-ntah betul.
Ok. Biler nak nak muntah tengok banyak sangat buaya kat situ kiterang pon nak meneruskan ke next destination. Before that, Yepan ngan Ammi ternampak plak this ride – Jurassic Park Ride. Teruja eh. Abah dok luar jer sebab tak kuasa eh nak keretapi kecik tu. Bukan ape, takot keretapi tu tergelincir pulak daripada landasan. Pastu apek tu saman abah. Abah tader duittt.
Lepas derang dah masuk dalam tu kan. Abah nampak Derang sengih-sengih cam kera. Abah tanya la dalam tu ada apa. Nak tahu dalam tu ada apa? Sangat mengejutkan. Jeng jeng jengggg……
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kannnnnnnn. Motip sangat. Barney and friends katanya…. *Ok abah pengsan dulu ![]()
Ok lepas dah gelak-gelak cam nak mati, kiterang pon pergila ke Zoo Melaka pulakkkk. Seberang jalan je ponn
Motip nampak kurus dalam gambar ni *sebab tu abah gigih tepek gambar ni. Haruss….
Zoo negara ni nak masuk berharga RM7.00. Mahal sketla tapiii nak berjalan-jalan di dalam itu adalah sangat nak mati. Literally. Hazab penatnya Tuhan jer tahu. Punyala luas Zoo ni. Pusing-pusing pon tak habis lagi. Ader default zoo (leh tak default katanya), ada Taman Safari, ada tasik cam Tasik Titiwangsa tu, dan ada Taman apa ntah abah dah lupa di mana dalam taman tu ada jenis bermacam spesies monyet sahaja.
Gambar-gambar ni kan…kebanyakannya Yepan yang shoot sebab dier gigih. Abah dengan panasnya, kaki tercabut, menjadi tapir supir, haus, kepanasan, dan kemelekitan, memang tak larat nak snap gambar. Thanx Yepan. Banyak sangat gambar sampai nak muntah abah nak pilih. Baik korang pi tengok sendiri zoo tu besar mana. Boleh muntah hoke. For Rm7, berbaloi!
Gambar kat atas ni kelakar sebab Majlis daerah Alor Gajah sponsor Gajah untuk Zoo Melaka. Adekah sarkastik di situ? See! see! Kan… Dah krem ni kaki boleh plak ada cubaan mengelikan hati abah.
Adelah nak dekat 5 jam kiterang dalam tu, kiterang pon balik ke rumah Ibunda untuk makan time!! Gambar tak sempat nak ambil sebab tengah kebulur. Blehhhh???? Helper pon tak dapek nak nolong dahhh…
larii lariiiiii.
Dalam pukul 8:30 malam tu, kiterang bercadang untuk pergi pulak ke Jonker Walk. Jonker Walk ni hanya bukak pada weekends sahaja ya. Di sini, korang dapat merasakan seperti berjalan di pasar seni yang menjual banyak barang-barang artsy, crafty, dan inspiring stuff. Abah suka la kan gi tempat camni. Ops, abah bawak kamera kecik je sebab dah lenguh tangan.
Abah ngan Ammi sempat beli air Kampai. Non-alcohol punya type ye. Version biasa kan ada alcohol segala. Yang ni tak ada. Sebotol Rm 3.50, dua botol Rm6. Harus beli 2 sebab promotion katanya. Abah hamik perisa nenas dan Ammi hamik perisa Epal. Sedapppppp sangat hokeeee. Dah la panas kan pasar tu. Harus sejukkan badan. Maklumla beruang… Memang cepat panas memanjang.
Kat sini siapa yang suka nak menghias rumah ala-ala Bali tu… komfem akan menjadi gila sebab barang-barang dier banyak dijual di sini. Adek-adek kan suka modern Bali ala kontemporari meletop tari tirana keliwon wak sorjoyo etnik kreatif balada segala bagai kan… Ops memang ader dua tiga orang adek-adek dalam kedai ni pon. Mrasa open house nak gempak la tuh. Tu diaahh speku tapi betul kannnn…kannnnnnnnnnnnnnnn.
Kat penghujung Jonker Walk ni, ada satu stage ni di mana warga-warga emas dari golongan kaum China akan mengadakan aktiviti memenuhkan masa lapang dengan menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang tarian dan nyanyian. Kira ok la tu kan. Derang pon enjoy. Ader sorang aunty ni ada iras mommy Ammi. It’s trueeeee.
Jalan punya jalan kannn dah kol 11 malam hoke. Terasa sekejab sangat and tak puas! Jadi…kami pon beransur pulang.
Tetapi
Eh, banyaklah pulak songeh tau dah malam tak reti-reti nak balik. Untuk memenuhkan nafsu tekak abah ni, abah sempat singgah ke Bukit Beruang (ya namanya memang bukit beruang) di mana terdapatnya this one stall yang menjual air buah yang meletop hoke.
Air buah dier sedap, pure, pekat, tak kedekut dan hanya berharga RM3.50 dan mangga RM3.80 untuk satu gelas yang super besar. Minum la sampai kembung! Kalau kat restoran biasa, dah ler kedekut buah, gelas 3 sedut dah habis lepas tu harga RM2.50 – RM3.00. Kan kan kannnnnn.
Malam tu kiterang hamik air mangga, epal, dan oren. Slurpppppppp. Sedap giler. Balik flat terus. Ammi siap tapau air mangga sebab tak habis.
Ok tunggu episode kedua kiterang di Melaka pulak yeee…. ![]()





















Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
16/10/2009 at 3:08 pm Permalink
Nak part 2. pat2. haha.
Satu hari mengupdate je ko? siot
Entri blog terbaru Hepan ialah … – Project DESIRE Part two and …
16/10/2009 at 4:04 pm Permalink
yee sebab teman cik na pi alamanda td…..
16/10/2009 at 4:06 pm Permalink
HAHA
sedap nye juice !!
pergi x ajak pn
16/10/2009 at 4:06 pm Permalink
hihihi…tak rancang ponnnnn
18/10/2009 at 12:12 pm Permalink
Barney and friends katanya —> wakakakaka.. part neh yg paleng x leh memblahkan..
ble tngok story abah pasal melaka neh..mcm tringin laa plak nk berjalan ke sane..hikss
Entri blog terbaru feez mior ialah … – Salam Idulfitri | Ramadhan diberkati, Syawal yg dinanti.
18/10/2009 at 7:11 pm Permalink
ermmm… jalan2 yg x leh di lupakan… nak p lagi nak p lagi… x sabar nak baca part 2
Entri blog terbaru Ammi ialah … – Hukuman Mati!!
19/10/2009 at 9:53 am Permalink
Hihihi…pi laaa pi laaaaa. Pastu wat entri pasal jejalan di Melaka plak…mane tahu ader tempat yang abah tak pi tapi ko pi kannn
Glad Ammi happy tapi tak puas kannn. Taper nanti kiter pi lagi…
Part 2 tengok tahap kerajinan nak load gambarrrrr. Ngah malas ni…tak sihat kan…
Entri blog terbaru Abah ialah … – Jalan-Jalan Melaka – Part 1
22/10/2009 at 7:16 pm Permalink
en abah takde makan ikan pari ker? teringin nak pegi ke jonker tu, tapi takde rezeki lagi…
Entri blog terbaru Maksuhakim ialah … – Maksu rindukan Kiki!
28/10/2009 at 12:14 pm Permalink
Tak makan la Maksu… sebab makan masakan mak yang lain … ikan siakap 3 rasa
ngan rendang
Emm ada rezeki pi lepak Jonker Walk.. Sabtu Ahad jer ye derang niaga