Artis: The Fabulous Cats
Song: Cinta Kosmik
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
*Klik gambar untuk paparan yang lagi jelas katanya.
Finally, ada masa nak update blog!
Oke cerita Cherating. Wah… cerita tahun lepas ni. Bulan doblas hoke. Emm… lately ni banyak sangat benda nak catch up tambah lagi dengan tempat kerja baru yang tak ada life tu membuatkan abah memang tada masa nak edit2 gambar, nak upload, apetah lagi nak menaip.
So, abah nak hamik kesempatan cuti Chinese New Year ni dengan mengupdate blog. Gong Xi Fatt Chai to all Chinese out there. Mrasa kali ni ofis abah ramai chinese, so limau berkotak2 sudah selesai berada di dalam perut.
Berkotak katanya.
Ok abah pon dah rimas dah nak simpan update pasal Cherating yang tak berkesudahan ni. So lets kita teruskan. Wah cam nak pi mane je.
Bulan doblas tahun lepas Abah, Ammi and Yepan ada pi wat trip bajet kecil-kecilan ke Cherating, Kuantan, Pahang, Malaysia, Bumi, Cakerawala katanya. Matila gile.Kiterang pi pon masa cuti Christmas. So ada cuti panjang sket di situ.
Anyway, tak ada benda sangat nak citer pon since abah rasa baru beberapa bulan yang lepas, abah ada citer pasal abah, yepan ngan naju yang pergi bermesraaan dengan penyu2 kat sana.
Trip kali ni bezanya tak ada penyu. So its a bit dull but FUN! Sebab… sebab apa? Sebab Ammi ada sekali. Ammi tak pernah jejak ke Cherating so i guess its a good experience for him la kan.
Kiterang bertolak pagi dari umah Yepan kat Nilai ikut jalan dalam mane ntah yang alih2 tembus Bandar Muadzam Shah and terus ke Kuatan. Mrasa Yepan kan ske guna GPS dier. Handphone abah tade benda2 tu… *Nangis.
Kiterang decided nak stay kat Kampung Inn sebab rasanya kat situ pon cam bajet ok. Bila dah tanya owner tu, pakcik tu kata leh duduk satu malam jer sbb orang lain dah booking awal pada hari keesokannya. Yela, ekceli abah ada survey kat tenet nombor tepon Kampung Inn tapi malangnya tak dapat. Internet tak update. So, saper-saper yang tanya nombor phone terbaru Kampung Inn, Cherating, Pahang, Malaysia, nah abah tepek gambar kat sini.
Nak tengok dalam dier? Ada air-con, bilik mandi, tv, lemari, sinki, sofa, and 1 single bed and 1 queen size bed. Harga dalam Rm70 semalaman kot tak silap. Abah dah lupala sebab lama sangat dah citer ni tertangguh. Kalo korang nak rasa horror korang hamik yang bilik kipas punya. Ada kelambu and bilik air sekali. Tapi horror sikit la. Horror dalam erti kata, kereputan kayu-kayu kat dalam tu. Huhuhuhuhuhuhu.
Biler dah letak barang seme, kiterang pi makan sat then pergi usha pantai kat area hostel TM. Pantai apa ntah tak tahu nama. Tapi layan la sebab lawa.
Biler dah tengok2 keindahan segala, kiterang pon balik rehat-rehatkan badan dan tunggu petang sket untuk pi pantai yang belakang Chalet and nak plan untuk makan malam.
Malam tu kiterang makan ikan siakap 3 rasa, nasi, sotong goreng tepung, sayur kangkung belacan. Tak ada la sedap sangat but boleh makan. Nasib baik sotong sedap. Restoran ni dekat je ngan kampung Inn. Dalam 40 langkah camtu. Ishk gambar atas ni nampak cam setap plak kan. Hahaha…
Dah kenyang, balik tido nak simpan tenaga untuk day 2.
Zzz Zzzz Zzzzz
Tadaaaa dah bangun.
Bila dah bangun tu, kiterang terus pack-pack barang and pi serbu Tanjong Inn Chalet untuk bermalam kat situ pulak. Kat situ is a bit mahal sket tapi sangat worth it oke. Kiterang plan guna bilik kipas je sebab malam sejuk kan… Cuma nanti kiterang kena pi beli ubat nyamuk je. Tak makan hati ko tengok view dalam Tanjong Inn ni????? Kannnn…
Bilik bersih, bilik air besar, selesa, cadar baru, wangi…memang besttt. Cuma tade air-con and tv je. Semalam dalam RM60. Kot.
Oke nak brekfes. Tak de la brekfes pon sebab dah nak kol 12. So kiterang pi brunch terus ke Kemaman. Yepan nak makan Satar. Ammi pon sama nak mrasa Satar. So kedai mana lagi abah bawak kalo tak kedai restoran Aziz Satar. Satar dier paling setap kat situ.
Nasib Ammi tak baik ari tuh sebab teh o dier ada tahi cicak. Celaka sangat la restoran tu. Oh lagi satu, abah tak tahu kenapa pelayan-pelayan dier semua kekwat ari tuh. Muka masing-masing tarik muka PMS hoke. Bencila. Dah la jalan pon cam malas. Cam seret2 selipar. Rasa nak hempuk je. Nasib baik abang-abang satar and abang-abang lain cam mesra. Kalao tanak niaga, baik tutup je kedai tu. Bodo la.
Ops emo. Kalau diteruskan muka PMS tu, awas la kedai ko memang tak de orang dah pas ni. So kedai tu kiterang bann air dier. Satar tetap beli dik….
Oh ada gambar Yepan isi minyak mahal full tank. Ok tak de kena mengena.
Then, kiterang nak pi buru Pantai Kemasik, kemaman pulak. Situ cantik hoke. Abah pernah citer dulu. Sempat la jugak pose-pose kat situ. Feeling-feeling model plus size katanya.
Dah pose-pose kat situ tetiba lapar la pulak. So ade gerai berdekatan dekat situ, Ada jual keropok lekor goreng and ABC. Layan weh panas-panas ni. Mrasa gambar menggiurkan.
Then, perjalanan diteruskan lagi untuk ke next pantai. Drive punya drive baru abah ingat yang pantai cantik tu akan mengambil masa 2 jam lagi untuk sampai. Atas Dungun hoke. Wakakakaka ampeh. So cansel plan, and kiterang just pi Pantai Kerteh je.
Masa perjalanan tu, bebudak ni suka sangat tengok pembakaran Petroleum kat Kerteh. Abah tak teruja sangat pon sebab dari kecik memang lalu kawasan tu pon untuk balik kampung di Dungun. Kat situ api dier memang besar-besar membara. Kalao malam lagi cantik sebab lagi jelas nyalaan itu.
Yay biler dah bebel2 pasal petroleum, kiterang pon sampai kat Pantai Kerteh. Pantai tak bersih sangat but angin kat situ masyuk hoke. Ammi pon feeling-feeling angin-angin kat situ.
Masa tu dah petang so abah jalan cam bigfoot dah lapar. Malam, cari makan.
Mulanya Abah memang bercadang nak pi lagi kedai ikan bakar sedap ya amat cam last time abah pergi ngan Naju and Yepan. Malangnya, ari tu kedai tu tutup and terpaksala kiterang pi kedai sebelah yang cam rasta- rasta feel. Kedai memang cantik. Tetapi…
Selepas 3 jam, baru order kiterang sampai hoke!!! Mrasa banyak family yang kelaparan pulang camtuh je walaupon dah order. Yela, ngan anak bini segala tapi dah kol 10 order tak sampai-sampai lagi. Derang bengang lantas blah camtu je. Kiterang sebab leh tahan lagi sabar walaupon muka ammi cam anime dah menahan kepolakan yang melanda.
Kiterang buat teori yang restoren ni tak pernah handle customer yang full house packed. So, agak kelam kabut la malam tu. Ada pakcik yang siap gaduh-gaduh lagi sebab dah habis makan, baru ikan sampai. Pakcik tu tanak bayar sebab saper soh lembab kan. Wah…pakcik Diva katanya.
Around 10:30 kiterang makan and terus balik. Tido la weh.
Hari ketiga and final day. Hari diteruskan dengan mencari brekfes di Kedai kopi Hai Peng, kemaman Terengganu. Last time tak sempat pergi pon so kali ni abah gigih jugak hangkut Yepan ngan Ammi pi. Memang femes kedai tu sampai Jalan-Jalan cari makan pon ada buat liputan kat situ.
Kat sini, Starbuck pon leh bungkus kalo dapat makan roti bakar and kopi o Hai Peng. Sedap sangat hoke. Mulut dah kecur ni biler teringat roti bakar Hai Peng yang super marvelous ni. Servis kedai ni memang 1st class. Baru je nak angkat tangan, pelayan dier dah sampai kat meja. Betullllll. Its teruuuuuuue.
Selain roti bakar, Ammi ngan Yepan ada order nasi lemak ikan, mi hun goreng and nasi lemak biasa ikan bilis tu. Nasi dier setap hoke. Nasi dier guna beras yang cam besar and panjang-panjang. Tak tahu nak explain camaner. Setap la.
Balik dari Haipeng, kiterang singgah jab beli Satar lagi, and keropok lekor kat kedai biasa yang abah pergi. Kiterang beli Jelly Kelapa sekali sebab panassss. Best ni kalo minum panas-panas.
Then, before balik ke KL, kiterang nak singgah ke Santuari penyu. Malangnya derang tutup and bukak balik kol 2 30. Masa tu kalao nak pi dah lewat dahh. So, kiterang lepak belakang santuari tu je. Ada pantai and kucing cantik. Elegan sangat bulu dia sebab bersih.
Ok dalam kol 2 camtuh, kiterang pon pulang semula ke KL. Wah cam tak puas hati sebab tak dapat makan ikan bakar setap malam sebelum tu. Tak pe, tader rezeki la Ammi nak merasa.
S0 dah sampai KL kiterang sempat pi Bagan Lalang makan ikan bakar. Hmph. Balas dendam. Sekian.
Wah krem tangan. Lama tak menulis duduk atas bangku camni. Oke pasni abah update citer lain plak.
Bangku tak tahan.

















Abah :: 16 December 1984 :: Graphic Designer :: Seri Kembangan :: Passion in art , movies, Foods & music :: Single but not available :: More about
14/02/2010 at 12:01 am Permalink
more please
….nice pic btw !!!!!
14/02/2010 at 12:03 am Permalink
Tengs Daniel…
nanti ada masa abah update agik manyak2
14/02/2010 at 12:04 am Permalink
perghhhhhhhhhhh ! best nya g holiday kat cherating

p/s : mcm biasa view page Abah terus perut bekeroncong. HAHA btw nice pic.
Entri blog terbaru Y ē ï Ʀ k ï F ® ialah … – Ketawa Riang LOL
14/02/2010 at 12:22 am Permalink
Huhuhuhu tu jela yang leh cerita..bukan abah pi luar negara pon…
Tengs neway
14/02/2010 at 12:50 am Permalink
Eh ko kat Dungun ke? wahhhhh. kite bukan saje senegeri tapi sekapungggg.. hehehehe
Btw, jeles gile dapat makan kepok aaaaaghhhhh. asal ko tak bwk dieorg pi makan genggoreng tepong kat .. sotong, ikan, udang, kopok leko, hati dan bagai2 tu.. mesti terangkattttttttttttt ngn limau esss.. aaaaghhhh I WANT!!!
14/02/2010 at 12:55 am Permalink
dalam negara pn menarik apa . bukan semua tempat dh pergi kan
Entri blog terbaru Y ē ï Ʀ k ï F ® ialah … – Ketawa Riang LOL
14/02/2010 at 12:56 am Permalink
Hahahaha ala..aku tak ariff sangat pon nak pi culik anak orang pi makan-makan…tengok time gak masa tuuuu
Shitz lapa plak biler dengar menu ko ni. Hmphh!!! kenottt!! dietttt
14/02/2010 at 3:29 am Permalink
suka baca pasal kampung sendiri..huhu..
cherating besh kan..
Entri blog terbaru zuk zuhaiza ialah … –
14/02/2010 at 8:03 am Permalink
Hehehehe memang pon Zuk. I love it! Masakan tak datang banyak2 kali
14/02/2010 at 1:21 pm Permalink
Haha bestnye, nak pegi lagi. nak pegi lagi, nak pegi lagi, nak pegi lagi.
Entri blog terbaru Hepan ialah … – Goodbye
14/02/2010 at 2:01 pm Permalink
Huwaaa besnye ade kereta, i wanna go travel here and there and everywhere makan2 tooooooooooooo gahhhhhhhh!
14/02/2010 at 7:32 pm Permalink
Lets!
Ngee kannn beshnye kalo ader duit banyak plak. Leh pi cherating naik kapal tebang
15/02/2010 at 3:04 pm Permalink
dalam negara pn menarik apa . bukan semua tempat dh pergi kan
15/02/2010 at 4:47 pm Permalink
Memang pon..lagi2 kalo nak bajet. Larikkkkk
Entri blog terbaru Abah ialah … – Cerita Cherating
16/02/2010 at 8:31 pm Permalink
thanx la bawak Ammi jalan-jalan ngan Abah and Yepan.. best sangat.. best sangat.. best sangat… nak p lagi.. nak p lagi… tak puas tak puas..
Entri blog terbaru Ammi ialah … – RUMAH WARGA EMAS AL-IKHLAS
17/02/2010 at 1:14 am Permalink
No prob Ammi. Jom plan next trip plak
17/02/2010 at 4:12 pm Permalink
Road trip! jum jum.
Entri blog terbaru Hepan ialah … – Goodbye
17/02/2010 at 7:46 pm Permalink
Demyuh ym tido satu hari! hmph . Jeles!
18/02/2010 at 12:09 am Permalink
oh g ganu kalau tak makan ikan goreng tepung, sotong goreng tepung and kopok lekor mmg tak sah lah
dengan angin laut yang sejuk yang hamat
oh sgt best
Entri blog terbaru acik oren ialah … – ACIK [at] SENTAP
19/02/2010 at 1:59 pm Permalink
Eeeeeee panas2 camni memang setapppppppp makan2 goreng tepung camtuhhh layan beb!
Oh tidak naper aku dah terbayang pantai2
20/02/2010 at 6:05 pm Permalink
ron95 sudah yepan..
21/02/2010 at 11:52 pm Permalink
ui mane bole, RON95 tak power. Haha. Tak la aku saje nak test pakai RON97 aritu. Nak tengok brape jauh kalau full tank. The result? Lebih lam 20KM je. Huhu.
Entri blog terbaru hepan ialah … – Again
22/02/2010 at 8:44 am Permalink
Yess minyak mahal bestla sbb rasa cam pickup lebey.
Dandannnn je la aku ni kannn..
Tapi cam betul.
Hummm.
01/03/2010 at 2:42 am Permalink
bila tengok gambar u di pantai kemasik remember me my home town kemasik
i leave kemasik 17 year ago n never come back ,nice place to stay , alot of my momory in pantai kemasik that make me leave the place, try to forget but icant .
sal angola africa
02/03/2010 at 9:39 am Permalink
hi Salbiah… yeah its such a nice place…its sad that you have a bad memories there… Anyway, where ever you are just hang in there, keep on strong, and hopefully all the bad memories will wash away taken by the ocean.. <–wahhh teetibe ayat tak tahan
Entri blog terbaru Abah ialah … – Cerita Cherating
07/03/2010 at 1:15 pm Permalink
halo abah,
first time rasanya komen ni hahaha
menarik aa gi cherating. orang kerteh ni tak pernah lagi stay kat sana hahaha.
tak tau aa kalau abah dan pembaca sekalian kene ke tak, tapi tadi google tanye, do you want to translate this to english? hahahah
Entri blog terbaru Danial ialah … – Wolverine goes Japan?
07/03/2010 at 6:00 pm Permalink
Abah… Cerating tu kat Kuantan kan… tak gi Terengganu ke minum air Nira yang boleh wat high tu… best wooo….
Entri blog terbaru Beruang Madu ialah … – TAMU BESAR KOTA BELUD
09/03/2010 at 9:40 pm Permalink
Oh ye ke…abaikan jeeee hehehe… ape nih orang kerteh tak pi cherating…try laaa
terbaek
Hak ah kuantan….tak sempat nak pi minum cos tatau kat mana…wakakakakak
Entri blog terbaru Abah ialah … – Minggu makan-makan