Dah lama plak rasanya tak bercerita pasal kenangan sekolah. Dulu masa abah form 4 ngan 5, abah ader hamek subjek geografi. Yer satu subjek yang amat membosankan tapi terpaksa hamekla jugek.. ![]()
Neway, nak dijadikan cerita… *ada part yang ske hati abah tokok tambah ![]()
Selepas berakhirnya waktu rehat, aku kembali ke kelas. Bersediap sedia untuk mata pelajaran yang seterusnya, geografi. Ah…geografi..aku mengeluarkan buku kulit keras yang berada di bawah mejaku dan menyemak kerja rumah semalam. Bosan..
Aku tak suka masa selepas waktu rehat. Panas dan kelas berbau asam pedas, nasi lemak, dan hapak. Hurm..aku memandang ke luar tingkap, melihat ada pelajar yang berjalan beratur untuk bersedia ke makmal sains.

” Tuk! tuk! tuk!,” kami cam tapak kaki itu. Dari jauh telah kedengaran. Tapak kaki yang bakal membenakkan para pelajar dengan soalan - soalan mautnya itu. Cikgu geografi kami Puan Seow sedang menaiki tangga sambil membawa peta besar.
” Berdiri….semua……selamat sejahtera cikgu,” aku melaungkan kata hormat dan para pelajar lain seperti kehabisan bateri mengikuti launganku. Ironinya mereka baru sahaja habis melantak makanan. Aneh ![]()

” Ok..selamat sejahtera…Now, senyap ya. Hari ni cikgu nak cerita tentang import eksport hasil pengeluaran negara kepada negara luar..,” sayup - sayup je aku dengar suara cikgu di hadapanku. Seperti biasa fikiranku melayang sebentar. Memikirkan apekah rancangan tv pada malam ini. ![]()
Sedang cikguku sedang mengajar di hadapan…tiba-tiba
” Cikgu masih ingat masa cikgu masih kecil…,” Ha….aku suka part cikgu aku mengimbas kembali zaman lamanya. Kadang - kadang aku ingin memutar masa dan hidup sebagai seorang remaja di zaman 70 atau 80-an. Entahla. Aku rasa macam seronok ![]()

” Masa tu cikgu masih kecil lagik. Petang - petang ader sorang pakcik nih datang jual tebu. Abang - abang cikgu semua akan berebut untuk memilih tebu yang paling besar,” cikgu aku memang fasih berbahasa melayu kerana dia ni ada keturunan baba dan nyonya. Aku tersenyum kerana melihat kesungguhan cikguku bercerita ![]()
Cikgu aku masih bercerita perihal dia dan abang - abangnya yang berebut tebu dengannya. Cikguku kata, ada satu masa tuh dia menangis sebab tak dapat tebu yang besar. Tapi nenek cikguku kata, tebu yang kecik adalah tebu yang manis berbanding dengan yang besar. Sekelas kami dibawa ke zaman lampau cuba membayangkan situasi - situasi yang berlaku pada masa itu. Kami membayangkan.

” YOU!!! Berikan kawasan pemprosesan tebu terbesar di Malaysia. Come on! come on! Kita tiada masa ya,”

Waaaaaaa horror…aper nihh. Tadik citer pasal tebu. Alih - alih soalan yang ditanyanya. Aku kecut perut sekarang okeyy. Segala imbasan pasal tebu tadi tiba - tiba menjadi libasan maut.
Tundingan cikgu tadi diajukan kepada Ucop. Ucop teragak - agak ingin menjawab. Aku seperti biasa buat - buat tahu walhal tidak sama sekali kerana otak tiba-tiba beku dek panahan soalan tadi.
” Come on..cikgu tak marah kalau jawapan you tu salah.. choba! choba!,” Choba tu maksudnya cuba..
![]()
” Kedah?” jawab Ucop perlahan. Mungkin dia sendiri tidak yakin dengan jawapannya.

” Lorrrrrrrrrrrrrrrr awak nih tak baca buku kaaaa??? Yang mak awak, macik awak, nenek awak beli gula pasir tu datangnya dari mana?!” Apekah…..tadi kata tak marah. Ni cam marah je…
Keji tau skill modal nak suruh orang jawab.
” Seberang Prai laaaa….. Jawapan kena tepat ok. Kalau tak nanti pemeriksa kasi separuh markah,” akhirnya cikgu sendiri memberi jawapan. Sambil membulatkan tempat Seberang Prai di papan hitam.

Huaaa apekah tau…..camaner la kami nak jawab kalau soalan yang saiko pressure! Ngaaa aku mencatat nota di kertas conteng. Dan melukis gambar cikguku yang saiko pressure ![]()
Ekekekeke…itulah kenangan abah bersama cikgu Geografi abah. Walaupun perangai dia yang sungguh unpredictible itu, abah suka cara dia mengajar sebab dia seorang guru yang berpengalaman. Banyak tips yang diberi supaya kami lulus dalam subjek itu. Dan setelah beberapa lama, kelas kami memecahkan rekod 100% lulus dalam subjek geografi SPM. Abah dapat B3 je…ekekeke banyak sangat melukis kot… ![]()
” Terima kasih cikgu,” aku melaungkan kata hormat selepas loceng berbunyi dan juga selama-lamanya. ![]()
*Mrasa mouse hover kat gambar ok. Ader captions.. ![]()
Popularity: 35% [?]










