Pada 26 October yang lepas, abah sempat menghadiri ke majlis perkahwinan belah pengantin lelaki si Suhaimi.di Taman Sri Medan, Petaling Jaya.
Abah ngan Wan datang awal sikit hari tu sebab nak try-try hamik gambar event ni. Mengangkutla kao D80 ngan Speedlight segala pada hari tu. Alhamdulillah cuaca hari tu panas terik. Tiada tanda-tanda nak hujan pon. Rasanya tak tahulah dah berapa banyak peluh dah keluar pada hari tu.
Ok abah perlu tulis something. 1st of all, abah terlalu busy di ofis for the past 2 weeks. Korang kan tahu yang abah kena buat colouring untuk monument-monument dan buildings untuk Dresden, Germany tu. Setiap hari datang kerja, mengaler-ngaler jer kaedahnya. Pastu balik, keletihan, pastu tido. Biasanya camni la life orang bekerja. Kalau Sabtu Ahad tu pulak, masa dihabiskan dengan tido ataupon merewang-rewang sekejab.
Actually abah nak citer pasal citer rumah terbuka tapi abah kena kumpulkan banyak-banyak gambar lepas tu publish sekali arung la ek.
Anyway, ofis abah telah selamat mengadakan Potluck Raya pada hari Senin yang lepas. Ada di antara korang yang sudah pon diupdate dengan gambar-gambar meriah dekat Facebook tu. Bagi yang tak sempat tu, korang usha sini la sudah yek.
Rasanya kalau dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ni majoriti pekerja SII lengkap memakai baju melayu, kurung kebaya bagai. Terasa meriah sangat sebab ofis pada hari tu terasa sangat colourful. Abah pon ntah tersampuk jin apa ntah siap pakai baju melayu Johor dengan siap sampin semua. Colour palette tetap dalam lingkungan merah-merah pink.
Sebenarnya baru tersedar yang baju raya abah warna tu. Wakakaka abah ingat merah betul. Gile kan dah buta warna buat colouring banyak sangat dekat ofis. Tak kesah ler. Yang penting alih-alih ramai plak yang membuat puji-pujian ke atas baju aneh abah itu. Terima kasih diucapkan. Tahun depan sila la puji lagi.
Makanan? Aduh…sedap-sedap sekali makanan yang dibawa/dibeli/ditempah pada hari itu. Ala-ala fusion pon ado katanye seperti Lasagna, maruku, brownies etc . Malangnya abah tak sempat pon nak menjamah lasagna yang dikatakan sangat sedap sampai hilang sekelip mata! Rata-rata makanan semua tidak mengecewakan. Meriah sangat. Siap ada background music lagu-lagu raya dalam pantry
Abah telah pulang dari Terengganu dan Melaka semenjak 2 minggu yang lepas. Akibat daripada mood kemalasan yang melampau, abah tidak mendapat aura yang diperlukan untuk mengupdate blog. Tapi awas. Minggu hadapan blog ini akan penuh diisi dengan gambar-gambar makanan.
Hari-hari abah berlalu dengan penuh pasang dan surutnya. Abah bimbang jika berada di awangan bersendirian. Walaupon tidak meletakkan pada satu tahap harapan yang tinggi tetapi abah harus akur bahawa bukan semua yang diinginkan akan tercapai.
Meh layan lagu kelakar. Lagi kelakar video klipnya yang dicedok di youtube. Lagu ni buat abah lupa diri kejab. Abah bukan superstar.
Siap berposter bagai kan kaedahnya.Tahun ni abah malas nak citer pasal perjalanan raya bagai. Banyak tepek gambar jer.Pepandailah korang buat citer sendiri ek Oh tahun ni seperti yang korang tahu, abah beraya di Terengganu.Mrasa perjalanan setengah hari dengan menaiki dua kereta ke sana. Sakit pinggang hoke.
Raya tahun ni di Terengganu adalah berbeza sikit bagi abah. Dengan adanya bini abah yang menemani abah, abah banyak menembak di Terengganu. Raya di Terengganu juga adalah seperti biasa sahaja jika berbanding dengan Hari Raya korban yang super grand di Terengganu. Tiada ketupat anyam, rendang ayam, dodol, dan lain-lain macam blog Abang Bear kita tu.
Kat Terengganu ada rendang daging, lemang, ketupat palas, nasi minyak, nasi pulut kuning, nasi dagang dan sewaktu dengannya. Let say, raya tahun ni lebih kepada percutian abah ke Terengganu. Abah pon malas nak explain panjang-panjang sebab korang bukan baca pon. tengok gambar jer la ek. Lets.
Malam ni abah nak gi cari baju melayu kat Nilai 3 and terus balik ke Melaka. Esok abah nak gerak ke Terengganu dah. Sebelum itu abah nak memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri abah.
Blog ni mungkin tidak akan berupdate sehingga minggu hadapan. Kampung tader internet. Mrasa dah feeling-feeling macam nak beli wireless broadband jer ni. Hmph.
Walaupun tak ada perasaan to sambut raya tahun ni tambahan pulak gaji pon lom masuk, i just wanna wish you guyz, SelamatHariRayaAidilfitri
Skolblog.com. Catatan perjalanan hidup Abah mengharungi kehidupan seharian. Kadang-kadang berbicara perihal makanan, tempat menarik, luahan hati dan kreativiti. Abah adalah seorang yang berfikiran optimis dan mempunyai daya imaginasi yang aneh, Enjoying his life to the max. Outspoken, love to eat, singing, quite talkative and absolutely adore cats. Sensitive heart and emotional. Simple guy with a complicated mind. Welcome to skolblog.com
Shout Box
Last Message13 hours, 40 minutes ago
Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
Abah : LOL..menyempattt t....oraitsss cool! kiterang rindu kat ko gakkkk....!!!!! peluk cium abah kat Arianna!
Former Rock Chick : Cak!! shhhh.. I'm not supposed to be online!! aku rindu korang semua!!! neth! you still owe me a present! and abah.. kalau nak upload gambar Arianna.. dipersilekan amik je kat fb aku tu