Artis: Red Peanut
Song: Pergi Saja
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51 ye. Tapi yang paling penting, selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang bermula pada esok hari!
Pejam celik dah setahun yang lepas kita menyambut puasa dan raya. Alih-alih alhamdulillah bulan puasa tahun ni tiba jua. Esok abah tak kerja. Cuti merdeka katanya. Di kala tangan tengah menaip ni, abah duk pikir-pikir nak sahur apa la yek untuk pagi nanti. Persoalannya, harusker abah sahur kerana esok cuti dan aura-aura tidur seperti makruh akan dilaksanakan?
Esok mungkin abah akan berbuka puasa di rumah mak Yepan since minggu ni abah tak dapat balik ke Melaka. Hum.
Korang…..abah tatau la kalau abah patut publish entry ni ke tak. Tapi kalau korang dah boleh baca ni, meaning abah berjaya la publish yek. Wahahaha gile. Actually abah beli benda ni untuk bini abah. Makin solid plak dier ni.
Yes abah telah diracun oleh Scorchys pada hari Jumaat lepas supaya membuat investment terhadap benda ni.
Walau bagaimanapon, abah tak mampu semampu encik Scorchys kerana beliau telah membeli barang yang lebih gempak sehingga Speedlight SB800 tercampak jauh di kutub selatan. Nama pon mentor. Mestila hebat dari anak murid kan kaedahnye *larii Yes, SB900, bateri grip, tripod dan bateri chargers telah dihangkut olehnya tanpa segan silu. Over sangat menggores. Ergh jelesssss!!
Tapi bagi abah, abah dah cukup puas hati dengan SB800 abah ni. Malam tadi abah tak boleh tidur dibuatnya kerana teruja membaca manual dan melayari youtube. Yes Cik Na, kiterang dah beli Speedlight!!!!!! Photoshoot plis! Cepat, pulang ke Malaysia! Arahan gitu. Abah memang dah cukup puas hati biler dapat SB800. Tapayah nak tanya-tanya abah soh hamik SB900. Just bagi abah lebih RM400, abah gi tuka sekarang.
Oh ya, biler dah beli menatang alah ni, kena la beli bateri kan… Abah sempat rembat this 4 biji rechargeable bateri and its charging dock. Tayah pikir-pikir nak beli bateri lagi dah. Target seterusnya untuk membeli kamera bateri grip, beg, tripod and lense(s). This is how serious i am towards photography. Leh start tukar hobi-hobian kepada bisnes dah neh. Awas.
Thanx Scorchys. Sayang ko. Eh, lagu kat atas tu sebijik cam lagu Aerosmith, Fly away from here. Hum. Selamat berpuasa guys! ![]()
Popularity: 86% [?]


































