Hayoo kebizian sungguh hidup abah… menyelubungi menyelinap di sanubari. Dalam-dalam kesibukan yang melanda, sempat pulak nak mengupdatekan… tu pon selepas dipaksa oleh encik Yepan yang sedang bertindak luar biasa. Pagi-pagi dah gtalk abah :
winterwish: mane mane maneeee
Abah: Mane ape?
winterwish: tatau saje. Seisure
Abah tak cakap ek…dier yang ngaku kena sawan. Matilaaa. Gila pon sengsorang kat rumah. Boleh la dier selalu bunuh-bunuh lipas kat rumah tu. Aman sikit hidup.
Ok tader apa yang berlaku dalam hidup abah. Selepas ber-honey moon dengan my lover, abah banyak menghabiskan masa di depan pc demi untuk menyiapkan kerja-kerja freelancing. Abah rasa masa 24 jam sehari tidak cukup abah rasakan. Banyak sangat benda nak buat, nak explore, nak tengok, nak cuba dan macam-macam lagi la.
By the way, meh usha page flickr abah (dan-dan jer kan ader flickr sebab sebelum ni tak amik kisah pon) Hahahaha. Saper yang ada akaun flickr, meh la add abah ye. Lepas tu korang leh join pulak flickr group - Wah! flickr. Meh la .. meh la.. join ramai-ramai meriahkan suasana. Tak kisah la korang pakai kamera apa pon. Kamera handset pon boleh je. Tader rules pon. Kan Wan … kan… ( sebenarnya sedih sebab baru 4 members jer group tu ) Matila adekah ini perenggan promotion??
Kelmarin abah menghabiskan masa satu hari bersama housemate abah. Kiterang memula plan nak pergi mandi air terjun dekat Sg. Chongkak jer. Alih-alih balik tuh, tangan ni menggatal pulak nak snap gambar sunset kaedahnya. Abah tanak pergi jejauh tapi dah Yepan volunteer dan culik bawak kiterang ke Bagan Lalang petang tu, abah ikutkan jer.
So, pose-pose aneh lar kan kat sana. Kata nak geli-geli ngan bini baru. Tapi cam biasa la yek..gambar-gambar ni pon ala-ala amateur. Korang jangan lar pulak comparekan abah dengan well-known photographer Americas Next Top Model tuh. Tercampak abah. Kalao korang comparekan abah dengan Wan si budak kecik tu pon, gambar abah agak terpelanting la jugak *nanges.
Neway, bawah ni adalah gambar-gambar yang abah snap bersama kekasih hati abah. Gambar kat atas-atas tuh pon sama jugak. Hah apa lagi. Click jer semua gambar-gambar tuh, terus kuar zing zing pop-up. Tapi tatau la cantik ke tak gambar-gambar tu. Benda ni kan subjektif. Kalau tak lawa pon, apa kata korang gi snap-snap jugak lepas tu pergi ke flickr and upload gambar kat sana kan. Boleh la komen-komen gambar. Hehehehe… motif promote?!
Haih, ngantuknya…
Popularity: 76% [?]























