Artis: Sunrise
Song: Kau Selalu Di Hatiku
Jengggg… *pakai apron sambil hamek topi putih yang dirampas dari Wan. Bukan Wan kecik tu la. Chef Wan hoke.
Matila….disebabkan abah craving sangat nak makan onion ring tapi al kisahnya tidak berduit lagi sengkek, abah pon gigih gi cari resepi kat dalam internet mengalahkan si Siti Zubaidah di sebelah meja abah yang setiap hari gigih juga mencari resepi tapi jangan ditanya bilerkah resepinya itu akan direalisasikan kerana alasannya yang tidak lain dan bukan, mentol dapur terbakar, atau pon ketiadaan kuali untuk memasak. Mrasa dier masak guna kayu kayan dan tembikar serta labu sayung yang diisi air setiap hari. Mabeles!
Neway, kan dah membebel persis terkena rasukan Chef Wan. Gasak la kan Jah. Ok here are the bahan-bahan. Simple giler jer.
Bahan utama:
- 2 biji bawang besar yang dikupas, dipotong 1cm dan dileraikan. Yerla takkan bahan utama dier sotong pulak kan? Ni resepi Onion ringla. Ko kenapa?? Pay attention guys!
Bahan kering:
- Tepung gandum - 75gram,
- Tepung jagung - 2 sudu besar
- Serbuk penaik/baking soda - 1/2 sudu kecil
- Serbuk paprika/serbuk cili - 1/2 sudu kecil jugak. Abah malas beli serbuk paprika so, selamba guna serbuk cili. Mrasa.
- Serbuk lada hitam - sikit
- Garam - sikit jugak
- gula - 1/2 sudu kecil
Bahan Basah:
- Telur sebijik - dipukul bondage

- Susu 125ml. Abah rembat susu Hi Low courtesy oleh hincik Yepan.
Penyedap:
- Garam jer
Menggoreng:
- Minyak masak. No No sabun basuh baju cap Daia.
Cara-cara:
Panaskan minyak dulu uols. Jangan sampai minyak tu berasap tau. Nanti hitam legam pulak korangnyer onion ring. Gunakan api kecik. Korang jangan pakai lilin plak. Kang abah simpah dengan minyak panas.
Sambil-sambil tuh, korang gaulkan semua bahan kering. Pastu bancuh bahan basah. Then combinekan jer kedua-duanya. Korang kacaula sampai benda tu sebati. Korang janganlah feeling-feeling kacau ala-ala dodol sampai 7 - 10 jam. Just ala-ala jer. Paham? Yess…
Then apa lagi celup bawang tu selai-selai and goreng. Goreng sekali 6 bulatan. Jangan banyak-banyak sebab nanti derang akan melekat di antara satu sama lain. Tak cantik uols. Maklumla…nak hamik gambar untuk letak kat skolblog kan..
Sambil-sambil tu korang bukak la channel MTV lagu Usher ke, Beyonce ke, untuk korang buat krumping sorang-sorang kat dapur. Dalam 2-3 minit dah balik-balikkan tu, korang angkat and tosskan kat atas tisu dapur. Kasi minyak yang berlebihan tu meresap. Dengan ini, onion ring korang takla soggy/lembik disebabkan minyak dan kolestrol yang membuak-buak.
Kalau korang nak tempah masuk wad institut jantung KL tuh, korang tayah la toss. Mrasa.
Hidang:
Neway, inilah dier hidangan yang telah siap disusun cantik oleh abah. Jangan lupa korang renjis-renjis digilis dipilis the garam tu kat the onion rings ituh. Serve la panas-panas. Lagi best korang rajinkan diri buat teh O ataupon Nescafe. Layannn hoke. Boleh dimakan sambil tengok AFC ( Asian Food Channel) kat Astro. Kalau tader Astro, mrasalah korang tengok citer Medik Tv *sambil pandang Wan kecik *lariii.
Masaknya adalah dalam 1/2 jam. Makannya tak sampai 10 minit. Keji. Sedap hoke. Rangup, fluffy dan saving! Kalau korang beli kat kedai tu, Rm4 dapatla korang dalam sebiji bawang besar. Hidangan ni untuk 4 orang.
Tapi disebabkan craving, korang boleh jer makan sorang-sorang sambil nyuruk bawak naik bilik atas. Kunci bilik skali. Nanti lembaga Alleycats tu datang, pow korang *matila kedekut. Dah la curik susu HL dier dalam peti kan… ( p/s: actually dah mintak izin dah
Jangan speku lebih ye)
Ok la..okla..tak baik kedekut. Kang korang tercekik sorang-sorang dalam bilik saper yang susah. Sharing is caring. Kot. Jengg…
*buat-buat comel.
Popularity: 60% [?]






