Artis: Bunkface
Song: Situasi
Sabtu lepas Abah, Wan ngan Mann telah pergi ke 3rd FLYniversary party di Damansara. Tujuan utama pergi sana bukanlah sebab nak party pon, tapi nak merasa sendiri mengambil gambar mini konsert yang diadakan. TAPI it turns out that abah memang enjoy giler masa party tu. Terasa fun sangat!! Konsert tak bosan! Crowd tak bosan! Lagu tak bosan! Memang best la.
Ok so, hari tu beberapa artis tempatan termasuklah One Buck Short, Bunkface, Jaclyn Victor & KL Stompers, Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Bittersweet, Seven Collar T-shirt dan lain-lain telah membuat persembahan gempak masing-masing.
Kaki ni dah taleh berhenti menari sambil tangkap gambar. Layan seh. Buat dua kerja dalam satu masa ngkoh. Abah paling suka lagu Situasi nyanyian Bunkface dan dengan itu, mrasa kau abah letak mp3 kat atas tu.
Persembahan pembukaan pada hari tu actually dimulakan dengan satu group misteri and well not surprised, its the Fly FM DJs! Then Bunkface dah start nyanyi dua lagu derang. Situasi ngan Silly Lily. Best²!
Lepas tu Faizal Tahir dah mula nyanyi pulak. Dia ni kalau buat live memang best. Suara mantap la katakan… Memula dier ni pakai sweatshirt pastu bebudak dah soh bukak baju. Wakakaka… pastu dier bukak la sweatshirt dier tu. Pakai tshirt hitam jer dah.
Seven Collar T-shirt tidak ketinggalan untuk membuat persembahan selepas Faizal Tahir. Penyanyinya biasa jer. Menten.
Jaclyn Victor & KL Stompers membuat persembahan bertenaga pada malam tu. Ko tengok budak kecik tu hentak drum. Best hoke. Kagum kejab. Ada bakat ni biler dah besar. Huhuhu. Masa persembahan Jac ni, ader bebudak penonton kat bawah tu ntah giler apa membaling botol air secara rawak. Kamera Wann ngan Mann jadi mangsa percikan tu. Abah kena sikit jer. Cam celaka jer. Nasib baik tak ada apa-apa.
Masa persembahan Jac ni, kiterang keluar kejab dari crowd depan tu untuk check kamera masing-masing. Peluang untuk masuk balik ke barisan paling hadapan tu dah tipis la kan sebab punyalah banyak umat-umat manusia kat dalam tu.
Masa tengah check-check kamera, kumpulan Estranged ngan One Buck Short membuat persembahan disusuli dengan Bittersweet. Abah tak sempat nak rakam gambar Estranged ngan Bittersweet sebab masa tu tengah cuak check kamera. Sempat hamik dua keping gambar kumpulan One Buck Short jer. Tu pon dari jauh. Seperti biasa One Buck Short memang best!
Then selepas kumpulan One Buck Short membuat persembahan, Abah berjaya masuk ke barisan bawah stage. Ni semua sebab Wan ngan Mann dah masuk dulu ke “kawasan larangan” Terasa macam Peter Parker pulak masa tu sebab masuk secara illegal. Tapi yang bestnya, Pak guard RELA hari tu cam memahami passion kiterang yang berkobar-kobar untuk shoot gambar tanpa diganggu bebudak hingusan jahat itu.
Yes! Kiterang melepasi pagar penonton hoke. Apa lagi, snap macam orang giler la! Lepas tu, abah snap kumpulan Meet Uncle Hussain. Wohooo! Abah tersampuk nyanyi sekali macam orang giler. Antara photographer kat situ, abah sorang jer yang menjadi penonton ngan photographer dalam satu masa. I can’t help it myself to sing one of my favourite song, Lala kerjala ngan lagu untukmu. Best giler!!!!
Persembahan terbehenti seketika sebab crowd dah cam giler krumping ke ape ntah. Tarian yang ala-ala tolak-tolak cam nak gaduh tu. Actually tader ape pon, bebudak tu jer yang memang sengal create attention. Then semua dah cool, Meet Uncle Hussain sambung nyanyi lagu Lagu Untukmu.
Well, lepas habis tu ntah giler apa rupa-rupanya persembahan dah habis. Siap ada bunga api bagai. Abah malas dah nak hamik gambar bunga api sebab dah penat. Lagi pon tak bawak tripod. So, yeah. I had really fun that day! Balik tu, kiterang lepak SS2 Murni. Pekena roti ayam ngan Ribena special. Layan seh! Ok Mann, next gig/show, jangan lupa ajaklah kiterang lagi ![]()
( Mengupdate di kala ada kerja di ofis. Cam gampang jer malas buat kerja kan? Wakakakaka )
Oh yang penting, gambar kiterang ada dekat galeri Flyfm punya website! Wohoo!!! Mrasa.
Popularity: 11% [?]


















































