Artis: Rama Band
Song: Di antara berjuta cinta
Bulan-bulan puasa ni, malas betul abah nak menaip. Tapi biler dah menaip…. Ok. Hari-hari abah adalah seperti biasa jer. Bermain illustrator setiap hari bagi menampakkan efek water colour kepada clients di German. Dalam hari-hari biasa tu juga, abah sempat berbuka puasa bersama dengan Wan dan Wida di Hometown Chicken Rice di Cyberjaya. Nasi ayam kat situ sedap. Mengidam pulak semasa membuat kerja di tengahari Khamis lepas. Balik dari kerja, kiterang terus serbu nasi ayam ni.
Punyalah semangat pergi, kiterang sampai kat kedai tu dalam pukul 6:45 petang. Nasib baik tak ramai orang. Maybe semua pergi serbu Bazaar ramadhan kot. Anyway, biler dah sampai sini, abah selalu hamik satu set promotion ni.
Rm9.90 harganya. Korang dapat nasi, ayam (boleh pilih ayam Hainan atau ayam Rosted), sup wantan udang, sayur taugeh, dan air pilihan cincau, ice lemon tea atau pon chinese tea. Rasanya berbaloi la kot sebab dapat sekali air. Biasanya, kalo datang sini, mesti abah order wantan extra 5 biji. Sebiji Rm1. Tak puas yang dapat free satu tu katanya. Mrasa tamak.
Ini bukan wantan yer. Ini wan yang matanya bersinar-sinar menunggu juadah yang bakal datang. Ini maybe pose-pose nak lari balik umah kalau order lambat sampai. Motif?? Sebenarnya abah nak tunjuk gambar aneh kat dalam kedai tu. Konsepnya memang macam kedai tak siap. Ala-ala berpapan rumah setinggan. Motif dinding kayu tapi meja bagai dari IKEA?
Wida seperti biasa model kami yang selalu menjadi mangsa photoshoot juga tidak lupa bergambar bersama. Pose-pose penantian itu satu kesabaran hakiki. Hakiki la sangat ngkoh. Sebelah tu gambar taugeh. Taugehnya fresh. So tader la rasa masam ke ape ke kan. Ni yang abah suka. Sayur fresh. Tak over cook pulak tu. Biarlah entry ni abah letak gambar makanan banyak sikit yek. Korang kan suka.
Rasanya, yang buat nasi ayam kat sini adalah sambalnya. Sambal dier tak macam kedai nasi ayam lain. Dier punya pedas tu lebih sikit. Kenalah dengan selera kiterang yang tekak nak pedas jer manjang. Selalunya, sambal ni akan menjadi rebutan dahulu di meja makan. Selagi tak kosong, selagi tu tak balik. Over sangat la.
Ok sebenarnya, activity hari tu bukan sahaja melahap nasi ayam. Tetapi juga ke Mines Shopping center untuk menemani si Wan membuat cermin mata. Dah rabun pon dier. Dier kata kalau malam jer susah nak drive. Bahaya hoke. Maunyer ko langgar kambing ker.. abang pekerja turap jalan ke (ops) kan ke susah. So, bagi mengelakkan benda-benda itu berlaku, si Wan ni pergi la buat spek. Lagi satu, orang cam kiterang yang satu hari duk ngadap pc ni memang begitulah akhirnya. Habis semua pakai spek dah.
Susah jugak nak pilih cermin mata untuk first timer ni sebab nak cari cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka. Si Wan tu kecik jer uols. Motif ko nak pakaikan cermin mata half dari muka dier?? So pilihlah sesi-sesi try and error selama hampir sejam. Nasib baik siap dalam masa sejam jer. Tader la nak kena pergi balik kalao nak menyiapkan cermin mata tu selama beberapa hari kan. Saper yang tanya abah pakai camera ape, abah pakai Panasonic Lumix ajor hari tu. Yerla, kecik dan simple kan untuk dimuatkan ke dalam beg kerja. And yes, kiterang gi kerja pakai cam tu jer. Huahuahua…
Ok lepas tu pulak, Sabtu lepas abah keluar berbuka puasa di Greenbox Karaoke di Balakong Jaya Jusco bersama dengan my boys Epan, Nitty dan adik Epan si Iwan. Kiterang kena Rm40++ karaoke selama 4 jam sekali dengan buffet. Korang hamik la banyak mana pon korang nak. Top up air banyak maner pon boleh. Pelahap cam kiterang ni memang seswai la kan kalo jumpa buffet.
Hari tu, abah bawak bini abah si Cik Niko dan eksesori terbarunya si speedlight tu kan. Mengangkutlah abah sebagak-bagak kamera. Sebenarnya this is my first official shot dengan menggunakan speedlight. Selama ni asyik terperap shooting-shooting dalam bilik jer. Yerla, tader event la puasa-puasa ni. Oh ya, gambar kat atas tu baru suku kiterang makan. Selama 4 jam dalam tu, entah berapa banyak pinggan ntah kiterang hangkut. Dah nama buffet kan…
Masa abah shot ni, lampu memang tutup and kengkadang bukak kejab sebab nak makan kan.. Tu pon lampu karaoke ni hanya dim light jer. 20% jer cahaya. So…. having a speedlight memang sangat-sangat membantu. Abah sukeeeeeeeee. Biler lagi nak try shoot-shoot indoor kan… So, hari tu jugak abah snap-snap cam orang gile.
Abah try macam² teknik katanya. Kejab warm colour, kejab natural. Tu sebab gambar-gambar tu kejab oren, kejab tidak. Well, basically kata kuncinya, jelas. Tak nampak pon macam bilik tu gelap yang hanya diterangi cahaya monitor TV jer kan. Lalalala…
Tag kat atas tu kena pakai. As if cam pas untuk ke buffet dan mengambil makanan sesuka hati korang. Kalao tak pakai, nanti kena kejar soh nyanyi lagu Mawi dekat pintu gerbang Greenbox. Lepas dah nyanyi bagai tu, kiterang ada peluang menang hadiah misteri dengan meneka kekotak misteri. Hamoi tu kasi kunci and kiterang kena tekalah kotak mana yang boleh dibuka kan… Kiterang dapat 2 kali try sebab yang perginya 4 orang. Kalau 6 orang pergi, boleh try 3 kali. Kenapa masa abah pergi dengan Nini, Wida, Wan ari tuh tak dapat pon peluang bukak² kotak ni eh… Keji la! Eh jab. Ada ke? Kompius laaaaaaa.
Abah kalao bebenda cam ni memang tader luck. So, abah senyap jer. Sebab kalao abah bising², mesti tak menang punya. Dari dulu sampai sekarang kalao ada pertandingan bebenda cam ni, mesti tak pernah nak menang punya. Last², dari dua percubaan, derang menang satu kotak jer. Dapat tiket 1/2 jam free berkaraoke di karaoke akuarium kat luar tu untuk dua orang. Semua orang tanak. Segan hoke… Kalau kao kat Amsterdam tu lain citer la kan. Larikkk….
Dalam malas-malas nak menaip, terpanjang pulak mengupdate.
Popularity: 58% [?]










































