Kotak Merah Tambahan

Haa…

poster.jpg

Selepas banyak kali usaha untuk pergi ke karaoke Red Box ditunda, akhirnya Abah dan Cik Na akhirnya membuat langkah drastik untuk pergi ke sana secara mengejut. Ni semua adalah…. gara-gara…. Blog Lily again! Pada entry Melalaknya. Lily, nampak sangat kao buat benda, semua cam menarik.

misteri.jpg

Sari berita utama. 5 Orang budak telah sampai di tempat Karaoke Redbox Plus secara tidak sengaja gara-gara membaca blog seorang diva bernama Puan Lily yang mengupdate entry nya berkenaan aktiviti jula julinya pada bulan 6 yang lepas.

chak.jpg

Ok fine…. Penatlah nak tulis ala-ala berita camni. Gampang sangat bunyinya. Motip jula juli bagai keluar??! Ok sambil memakai suit beruang, meh abah nak cerita sikitla kan pasal karaoke Kotak Merah Tambahan ni. Warf.

Kiterang pergi sana masa hari Sabtu. Korang leh check the pricing semua dekat blog Cik Na dalam entri ini atau pon terus pergi check kat website Redbox Plus ni. Cik Na gigih dah dok cerita and promote sakan about this wonderful place! Redbox Plus ni is a little bit pricey sket kalo korang nak tahu. It is because their good buffet foods and desert, and also their environment yang  so selesa, cantik, dan juga privacy. Abah memang tader benda nak complain pon about this place sebab memang puas sangat. Kalao menyanyi daripada pukul 6 petang sampai 3 pagi tak puas jugak, tataulah abah nak cakap ape!

Hamik kao dah cam review ape dah. Siap smash diri sendiri. Kan…

Anyway, Skolblog ni kalo tader gamba makanan tak lengkap la kan. Terasa cam kuah kurang garam je.. So let’s check em out.

makan.jpg

Mrasaa… Ada pepahat goreng cili sambal. Ni nasi dier cam nasi marjerin. Bau harum. Ader ikan, daging, ayam, semuanyala kalao bebenda yang korang nak makan semua ada.  Cuma agak sedih sikir sebab hari tu taderla segrand macam blog Lily. Makanan masa derang pergi bulan 6 hari tu lagila best. Udang bersepah-sepah! Tapi taperla, makan jer apa yang ada. Oh kambing golek cicah kuah asam pon ada. Gambar je ada sebab daging tu dah dalam perut *larikk.

Oh ya, kalau korang perasan ader bentuk macam mangkuk lilin aromaterapi warna putih. Tu sebenarnya adalah puding. Puding tu sedap hokei sampai Abah, Yepan ngan Ammi rembat 10 mangkuk sorang. Buruk lantak sangat kan. Harus.

sirapbandung.jpg

Air kat atas ni macam lazat kan… Tapi memang lazat pon. Sedap dan menyegarkan. Air bandung selasih yang datang percuma pada malam itu. Sekali ngan package la kekdahnye.

makan2.jpg

Inilah di antara makanan yang sempat (suku ni) kiterang culik sehingga pada pukul 10 malam. Buffet ni sampai pukul 10 malam jer tau. So better hamik banyak-banyak. Kan nak karaoke sampai kol 3 pagi. Harus kena ada energy. Air dalam balang kat belakang tu adalah air Mango, oren, coke dan juga Laici Cincau.

Tips: Jangan hamik Laici Cincau tau sebab tak sedap. Air oren pon tak sedap sangat. Better hamik Mango ngan Coke je.

P1030400.jpg

Gambar kat atas tu gambar kek. Eh, takkan gambar selipar pulak kan. Emm semua sedap ni. Tapi yang paling sedap adalah gambar kek yang kat tengah-tengah tu. Cheese cake! Cheese cake dier memang sarat dengan cheese. Abah larat makan dua jer sebab abah dah pulun 10 cawan puding :))

Ok sesi bergambar dengan orang-orang di dalam pulak. Abah sempat bergambar dengan semua kecuali si mamat sorang tu yang semangat layan lagu rock kapak. Apekah sugar high?

menneth.jpg

Abah bersama Cik Na Gedevas. Anak patung sangat Cik Na ni ye. Abah jugak cam Monster Inc. :( *Nanges

nyuruk.jpg

Pastu bergambar pulak dengan Si Ammi. Thanx Ammi sebab belanja Abah malam tu.

Tips: nyuruk di belakang bagi menampakkan efek kekecilan di muka *Lariiii

menepan.jpg

Pastu hamik gambar ngan Yepan. Yang ni tapayah nak nyuruk di belakang kerana muka sama besar *Lariiiii lagi.

Ok tu jer pasal Redbox. :| Tader bendala abah nak citer sebab banyak citer Cik Na dah citer kat blog dier. Sila-silalah masuk blog dier and click Nuffnang ye supaya dapat menjana kewangan yang berduyun tiba. Iklan Nuffnang abah pon klik tau. Kalao korang sayang abah, korang clickla *tu diah ugut.

Kalau korang berminat korang leh wat reservation dulu and call derang. Derang friendly tau. Ni website official derang. Enjoy! :D

Meh Komen

Puasa dah

Nak jugak…konsep berkokish kokish aka bertopeng bagaikan sekarang ni. Ramai blogger pon nak pose² dengan topeng penutup muka ni. Anyway, trend ke, suka² ker, yang penting safety tu penting kan. Virus makin menular. Antibodi kena kuat. So langkah berjaga-jaga tu kenalah ada. Takot wooo. Tak larat nak masuk spital kang sebab tader duit *nanges. Minta-minta dijauhin penyakit menakutkan ni. Aminn…

meehtopeng.jpg

Korang sihat ke? Yang maner tak sihat tu banyak-banyakkan minum air masak selawat ye. Makan ubat jangan liat eh. Pesanan ditaja oleh Nuffnang. Hint: Clickla iklan Nuffnang belah kanan tu tolong abah jana duit *lariii.

posterpuasa2009.jpg

Puasa telah pun masuk hari ke-4 hari ni. Sedar-sedar jer dah 4 hari. Next entri ni kot-kot dah raya *hahaha malas tul nak ngapdet time-time puasa ni ye. Kalau blogger lain dah gigih ni letak gambar makanan juadah bukak puasa. Abah pulak macam kemalasan sedikit sebab makanan tak se-grand orang lain pon (Boleyy..) Anyway, selama 4 hari ni abah sempat pi Bazaar ramadhan untuk sambar pulut panggang udang dengan Roti john je. Hah tu jer la menu bukak puasa abah. Save katanya. Kang beli banyak-banyak tak larat nak makan pulak. Rumah abah kan yang duduknya selalu si Wan kecik tu je hah… Btw, Wan masak sedap hoke. Ke tepi kau Restoran Papa Joe depan rumah tu. Kennnnnnn…

Korangnyer puasa camaner pulak? Kalau yang mana masih duduk bersama mak bapak tu, abah rasa tader masalah kot sebab mak korang jugak la yang pening dok pikir nak masak apa untuk berbuka kan? kan? So, cam abah ni rumah pon bujang dan tahun ni abah berbuka puasa dengan si kecik di Vista Pinggiran. Kalau Cik Na, Ammi, Wida, dan Yepan ader, berbuka sekali la dengan derang. Meriah sket rumah tu. Insyallah. Update pasal berbuka puasa bakal menyusul. Don’t worry (Dandan…)

Hari Jumaat lepas before puasa, Cik Na bermurah hati nak belanja Abah dan kawan-kawan kat Techno Cafe. (Motif la kan baru nak update…Orang lain dah update 3 hari menu bukak puasa abah baru tergetis-getis nak ngapdet before puasa katanya. Isk. Sedeh!)

nasicikna.jpg

Apa-apa pon, thanx kepada Cik Na yang membuat grand entrance pada hari tu. Tetap kena citer kat sini kan. Harus. Gambar kat atas tu gambar makanan Cik Na… Makan camtuh punya grand tapi badan tetap menten.

soya.jpg

Hari tu abah tak makan sebab abah dah makan sarapan pagi. Still kenyang lagi kaedahnya. So minum air soya jer la tajaan Cik Na pada hari itu.

nasiayam1.jpg

nasiayam2.jpg

Wan ngan Wida pulak makan nasi ayam yang tiba-tiba sedap pulak nampak dalam gambar ni. Eh tapi memang sedap pon sebab ayam dier banyak. Ekekekeke. Hamik lagi gambar makanan. Hamik…hamikk..

Oh tidak…tiba-tiba abah teringat pulak pasal nak update pasal malam Hari Jumaat tu, abah sempat pulak pi William. William pada malam itu dihadiri oleh Cik Na, Lei, Yepan, Wan, dan juga Ammi. Hurmmm best melantak ye kira bersahur sekali pada malam tu. Ok here we goes. Sesi menepek-nepek gambar bermula.

blogger_tegar.jpg

Tu diah… Blogger tegar Wan ngan Cik Na. Kantoi ok nak ngapdet pasal makanan. Tapi bukak-bukak blog derang tader pulak entry pasal William. Abah kompiuss.

cabonara.jpg

Menu malam tu, Yepan ngan Wan hamik Cabonara Meatball. Nama mee nya kurang jelas sebab mi Fettuccine dah habis so dier ganti dengan benda lain yang aneh tak reti nak sebut dan eja.

nasigoreng-kapuchio.jpg

Ok lepas tu Abah order Nasi goreng Cappuchio. Hasil dari penyelidikan di blog Lily di page ini. Saper nak refer pi jer sana. Lily kan duta William *lariiii

nyambaked.jpg

air.jpg

Ok lepas tu Ammi ada order Baked Pasta chicken with Meatball. Manakala Cik Na pulak order benda sama cuma minus Meatball. Pastu abah sempat snap air Ribena Blended pada malam itu.

chickenpremium.jpg

Lei pulak sempat hamik Chicken Premium yang sedap itu. Rasanya ada satu menu lagi tapi abah tak sempat nak snap. Cabonara jugak kot.

ramai2.jpg

Masa nak dekat pukul satu camtu, abah pon pulang bersama Ammi dan juga Wan. Cik Na balik dengan Lei la of course and Yepan malam tu pulang awal pulak. Tak sempat nak hamik gambar ramai-ramai. Hehehee it was a fun night indeed.

*Berani mati update entry ni di tengah hari ni tau. Hehehehe…sebelum lapar baik publish siap-siap *lariiiiii

Meh Komen

Raja Burger jer la…

hartamas.jpg

Ok semalam aderla jugak tergerak hati nak pi try this one franchise that called Darabif Burger kat Damansara but sedihnya, kedai tu actually dah berpindah ke Hartamas Square and siapa yang tak sedia maklum tu, Hartamas Square hanya dibuka pada waktu senja² nak malam dah. So, kecewa betul sebab tak dapat merasa Darabif burger tu.

darabif.jpg

Siapa yang nak tahu pasal restoran tu boleh klik sini. Burger lamb tu sangat memanggil² hoke untuk abah try. Dem yuh tutup pulak. Motif Darabif ni re-branding jadi warna merah pulak. Asalnya warna kaler hijau macam Subway tu!

Perut masa tu dah lapar and after had a small discussion with Naju and Az, last² kiterang decided to makan kat Burger King jer since it was near dengan Hartamas Square tu.

hujan.jpg

Dandan pulak masa tu tiba² hujan turun dengan penuh lebatnya. Semakin lapar jadinya perut ni.

burgerking.jpg

burger.jpg

Thanx to Az kerana hari tu dier belanja Abah. Sedih woo tak dapat pi Darabif. Ni jerla pengubat rindu. Burger jugak ni kan cuma lain sikit.

onion.jpg

Thanx to Naju sebab teman kiterang mencari kedai Darabif tu. Walaupon dier dah mengidam burger kambing Darabif  (Hot seller ni kat kedai tu hoke. Hint : Tengok menu kat website Darabif tu! ) tapi nak buek camno. Tak kesampaian. Lengkali kiter serbu beb!

tembamness.jpg

// Ni naper dalam gambar ni abah nampak tembam? Tak aci!! Nom nom nom…

najueskem.jpg

So, yeah. Nom nom nom Burger King. Dah ler nak puasa dah kan. Baru nak feeling² makan lepas tu puasa leh diet balik. Hehehehe taper… Maybe i’ll try to go there next time. Culik Ajak Yepan, Wan , Wida and Cik Na sekali. Hmph! Kita serang itu Darabif! Ko tunggu ko tunggu! *sinsing lengan baju.

*Picture credit to Naju’s Lumix camera. Camera Abah lupa nak cas loh.

Pelik la pulak tulis pendek². HOH! Mengidam Burger kambing Darabif!  :|

Related Posts with Thumbnails

Meh Komen

prev posts prev posts